Categories
SELANGOR

Haniza menang Lembah Jaya

OLEH HAFIZAN TAIB

AMPANG, 9 MEI: Calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Haniza Talha, berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dengan majoriti 14,790 undi.

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN itu memperoleh 22,512 undi mengatasi tiga calon lain iaitu penyandang, Khasim Abdul Aziz (Pas) yang mendapat 7,358, Mohd Nizam Shith (BN) (7,722) dan Norizwan Mohamed (PRM) (177).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus, Abdul Hamid Hussein secara rasmi di Dewan Datuk Ahmad Razali di sini, malam ini.

Peratusan keluar mengundi direkodkan bagi DUN Lembah Jaya adalah sebanyak 84.7 peratus manakala undi rosak 359.

Haniza terpilih mewakili PAKATAN di DUN itu berdasarkan pengalaman dan prestasi ditunjukkan sepanjang menjadi Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan.