Categories
SELANGOR

Juwairiya tekad selesaikan masalah rakyat jika diberi mandat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KUALA SELANGOR, 5 MEI: Calon Pakatan Harapan (PAKATAN) DUN Bukit Melawati berhasrat untuk melaksanakan dan menyelesaikan isu permasalahan rakyat yang berbangkit daripada aduan penduduk di kawasan itu jika dirinya dipilih sebagai wakil rakyat.

Calonnya, Juwairiya Zulkifli berkata, perkara itu dibangkitkan penduduk kepadanya ketika beliau menjalankan aktiviti walkabout di sekitar Kuala Selangor.

“Antaranya ketika saya turun bertemu penduduk, mereka membangkitkan isu infrastruktur, keselamatan yang memerlukan penambahbaikan.

“Mereka juga membangkitkan isu sekolah tamil yang tidak selesai di Batu Satu menjadi perhatian pengundi di Bukit Rotan,” katanya kepada Selangor Kini ketika aktiviti walkabout bertemu orang ramai di Kolam Pancing Ikan Tanjung Keramat Kuala Selangor, di sini, semalam.

Juwairiya berkata, isu sekolah tersebut adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) namun didakwa tiada sebarang tindakan diambil.

“Sekiranya Adun benar-benar serius untuk membantu penduduk dan pengundi di Bukit Rotan sepatutnya beliau boleh menyelesaikan isu itu ketika diberikan mandapat penggal lalu kerana beliau sendiri adalah wakil BN maka seharusnya lebih mudah berurusan dengan kerajaan persekutuan.

“Sekolah ini di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri, namun sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Harapan memerintah Malaysia, bukan setakat sekolah akan lebih banyak isu dapat kita selesaikan dengan cara yang terbaik,” katanya.

 

=EZY=