Categories
SELANGOR

Lautan manusia banjiri ceramah PAKATAN di Taman Sri Andalas

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 2 MEI: Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum hadir ke program Jelajah Harapan Rakyat yang diadakan di Padang Rakan Muda, Taman Sri Andalas, semalam.

Program itu menampilkan kunjungan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Parlimen Kota Raja.

Mohamed Azmin nyata gembira dengan kedatangan pelbagai kaum ke program terbabit.

“Saya terharu melihat lautan rakyat Selangor pelbagai bangsa dan kaum hadir malam ini.

“Ini membuktikan rakyat memberikan sokongan padu kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan (PAKATAN). Kekalkan perpaduan ini, 9 Mei pasti milik kita,” katanya.

Sementara itu, Calon KEADILAN DUN Sungai Kandis (N49), Shuhaimi Shafiei berkata kehadiran penduduk ke kawasan yang beliau tandingi itu menunjukkan dukungan kepada pimpinan PAKATAN.

“Saya sangat gembira. Kehadiran rakyat pada malam ini buatkan saya kenyang setahun,” katanya.

Shuhaimi turut menafikan kedatangan rakyat ke program itu bukan disebabkan berita palsu yang tersebar menerusi sistem pesanan ringkas dan aplikasi whatsapp.

Katanya, mesej palsu itu memaklumkan setiap kehadiran akan menerima RM100 seorang jika hadir pada malam itu.

“Ini mesej palsu yang dihantar menggunakan nombor telefon saya bagi memburukkan saya.

“Ini semangat Andalas. KEADILAN berani berjuang dengan kebenaran tanpa sebarang bayaran,” katanya.

=EZY=