Categories
SELANGOR

YIDE pantas bertindak, bantu mangsa kebakaran

AMPANG, 17 JUL: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bertindak pantas menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Bukit Sungai Puteh, di sini sejurus menerima maklumat daripada Skuad Bencana Selangor, baru-baru ini.

Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian diserahkan Pengurus Operasi YIDE, Arifin Jaafar kepada mangsa.

Hadir sama, Pegawai Kebajikan YIDE, Muhammad Zubair.

Menurut mangsa, Mahtom Ali, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu hanya disedarinya setelah dimaklumkan jiran yang ketika itu beliau berada di Putrajaya.

Kebakaran ditingkat bawah memusnahkan sebahagian besar pekakas rumah dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

YIDE menyeru sebarang maklumat berkaitan bencana dan sumbangan boleh menghubungi En Muhammad Zubair di talian 017-7569476 untuk tindakan lanjut.