Categories
NASIONAL

RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 JUN: Harga runcit RON97 turun 3 sen kepada RM2.38 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Pengumuman terbaharu bagi harga minyak itu untuk tempoh 22 hingga 28 Jun, bermula tengah malam ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penurunan itu ekoran harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia menunjukkan trend penurunan, susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya RM2.08 seliter; bersamaan had penetapan harga runcit yang ditetapkan Kerajaan, manakala harga diesel bagi tempoh sama kekal RM2.19 seliter.