Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

40 pelajar Malaysia di China telah pulang

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Kira-kira 40 pelajar yang rata-ratanya menuntut di Beijing telah kembali ke Malaysia dalam tempoh seminggu berikutan penularan koronavirus 2019 di China.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan kesemua pelajar itu telah menjalani ujian saringan kesihatan di lapangan terbang negara ini dan dikuarantin 14 hari di rumah masing-masing.

‚ÄúPihak Pendidikan Malaysia Beijing juga telah berhubung dengan mereka untuk mendapatkan maklum balas tahap kesihatan. Setakat ini, pelajar yang pulang berada dalam keadaan sihat dan baik,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga memaklumkan semua pelajar terbabit turut diberikan garis panduan kesihatan yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga semalam, Malaysia mencatatkan lapan kes koronavirus 2019 yang kesemuanya melibatkan warga China.

Kerajaan kini dilaporkan memberi keutamaan untuk membawa pulang 117 rakyat Malaysia di Wilayah Hubei berikutan penularan virus itu.

– BERNAMA