Categories
AGENDA NASIONAL

KKM kesan tiga kluster baharu, dua dari Selangor

SHAH ALAM, 30 NOV: Dua daripada tiga kluster Covid-19 yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melibatkan Selangor selain Kuala Lumpur.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes indeks kluster Jalan Lapan di Hulu Langat, Cheras, Kepong, Titiwangsa dan Lembah Pantai dikesan positif pada 25 November hasil saringan individu bergejala.

“Sebanyak 25 kes diuji positif wabak daripada keseluruhan 306 individu yang disaring melalui kluster tersebut setakat hari ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media.

Beliau berkata kes indeks kluster Batu Sembilan di Kuala Langat, Klang, Petaling dan Kuala Selangor pula dilapor positif pada 24 November juga hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, sejumlah 83 individu disaring dengan 19 kes dikesan positif,” katanya.

Tambahnya, satu lagi kluster iaitu kluster Nibong yang dikesan di Johor Bahru, Johor merupakan kes indeks ke-63,151 dan didapati positif pada 28 November lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, sejumlah 152 individu disaring dan 10 kes dikesan positif,” katanya.