SHAH ALAM, 7 FEB: Sebahagian intipati Belanjawan Selangor 2021 disegerakan melalui Pakej Kita Selangor bagi merancakkan usaha pendigitalan seterusnya mencipta peluang pekerjaan dan melahirkan usahawan.
Usaha memerangi Covid-19 turut dipergiat manakala aspek kebajikan rakyat tidak dilupakan.
Dua tema pakej itu disiar minggu lalu, kali ini ringkasan strategi yang dipercepat:
Merangsang Ekonomi

Bantu usahawan, penjaja dan peniaga kecil
- Program e-Dapur Selangor bagi membantu 1,000 penjaja kecil makanan dan minuman
- Peruntukan RM10 juta yang dijayakan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah)
- Peserta mendapat skim pinjaman mikrokredit untuk menampung kos operasi dan mengadaptasi perniagaan ke platform e-dagang seperti Grab serta Foodpanda
Inisiatif e-Pembekalan Peruncit dan Mikro
- Dilaksanakan dengan peruntukan RM5 juta
- Membantu 1,000 peruncit kecil mendapat bekalan pada harga lebih murah, mudah dan cepat melalui platform digital
- Mendapat kemudahan pinjaman mikro (mikrokredit) untuk menampung kos bekalan, operasi dan adaptasi kaedah perolehan secara digital

Selangor Freelance
- Peruntukan RM10 juta
- Mewujudkan peluang pekerjaan berpanjangan
- Kerjasama dengan platform pekerja bebas (freelancers) bagi mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan melalui ekonomi sampingan
- Melibatkan kemahiran
- Lebih 1,000 peluang pekerjaan sampingan dicipta
Rakan Digital Selangor
- Peruntukan RM3 juta
- Melantik 1,000 individu untuk membimbing peniaga, warga emas, mahasiswa mengguna pakai aplikasi digital
Skim Niaga Darul Ehsan (NaDi)
-
- Diperluas untuk usahawan wanita
- 3,000 peserta berniaga menggunakan permit sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)
- Pelan pinjaman antara RM1,000 hingga RM3,000
- Tiada syarat pemilikan premis dan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Bilik Gerakan Covid-19 Negeri Selangor
- Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) beroperasi 24 jam
- Merencana pengurusan bantuan, menyokong operasi kawalan bersama agensi persekutuan termasuk pemantauan berpusat kes Covid-19 secara waktu nyata
- Dilengkapi jaringan internet 3 Gbps, pusat data hidbrid, sistem komunikasi berpusat dan Smart Data Platform
Tabung Bantuan Menangani Covid-19
- Diaktifkan semula sejak ditubuh semasa pengumuman pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin fasa dua
- RM9.3 juta diterima sepanjang 2020 untuk petugas hadapan dan aspek perubatan
- Pemotongan gaji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri dan pegawai tinggi
- Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyumbang sebulan gaji
- Sumbangan RM2.3 juta diterima pada 20 Januari