Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Jangkitan Covid-19 di Petaling turun, tiga daerah kekal kes bawah 10

SHAH ALAM, 29 MAC: Kes baharu Covid-19 di Petaling mencatatkan penurunan iaitu 73 kes semalam berbanding 126 kes pada Sabtu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata daerah itu kekal tertinggi di negeri ini susulan terdapat 45 kes hasil saringan kontak rapat.

“Tiga daerah kekal mencatatkan kes baharu di bawah angka 10 sama. Ia membabitkan Hulu Selangor dengan enam kes, Kuala Selangor (lima) dan Sabak Bernam (empat),” katanya menerusi Facebook.

JKNS berkata daerah kedua tertinggi kes wabak ialah Hulu Langat dengan 48 kes, majoritinya dari mukim Kajang iaitu 20 kes.

Ia diikuti Kuala Langat dengan 44 kes, Gombak (37), Klang (27) dan Sepang (12).

Semalam, Selangor mencatatkan 256 kes baharu Covid-19, terendah direkodkan setakat tahun ini.