Categories
BERITA UTAMA RENCANA

Garis panduan PKP

Kerajaan Selangor menambah baik tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengukuh usaha membendung penularan Covid-19.

Sebagai negeri yang kadar jangkitan tinggi, garis panduan lebih ketat dijangka mampu mengekang perebakan wabak. Berikut ringkasan penambahbaikan SOP. Untuk garis panduan penuh, layari http://www.amirudinshari.com

Operasi bazar dan restoran

  • Operasi bazar Ramadan enam daerah PKP dilarang mulai 8 Mei
  • Makan di restoran dan hotel termasuk bufet Ramadan tidak dibenar
  • Bazar Aidilfitri dan pasar malam boleh dibuka hingga 10 malam dengan syarat:
    1. Bilangan pengunjung dihad pada satu-satu masa
    2. Kuat kuasa sistem nombor giliran
    3. Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang hadir
  • Penganjur lantik pegawai pemantau pematuhan SOP
  • Kompaun dan arahan tutup serta-merta jika ingkar SOP
  • Operasi restoran, kedai atau gerai makan, kendera saji, penjaja, medan selera dan kiosk antara 6 pagi hingga 12 tengah malam
  • Kedai runcit, serbaneka dan farmasi antara 6 pagi hingga 12 tengah malam
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi 24 jam
  • Kedai keperluan harian antara 6 pagi hingga 10 malam
  • Stesen minyak antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam
  • Stesen minyak di lebuh raya boleh dibuka 24 jam
  • Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu (pasar pagi terhad kepada barangan keperluan harian) antara 6 pagi hingga 2 petang
  • Pasar borong antara 12 tengah malam hingga 6 pagi dan 11 pagi hingga 4 petang
  • Klinik dan kedai makanan haiwan dibuka 6 pagi hingga 10 malam
  • Kedai dobi, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut, salun (gunting rambut sahaja) antara 6 pagi hingga 10 malam
  • Dobi layan diri perlu pastikan pekerja ada di premis

Keagamaan

  • Solat Jumaat, berjemaah dan tarawih di masjid serta surau dibenar mengikut had bilangan jemaah berbeza
  • Majlis ilmu dan pengkebumian dibenar
  • Upacara akad nikah Islam hanya di pejabat agama dan masjid
  • Pendaftaran perkahwinan bukan Islam dibenar di Jabatan Pendaftaran Negara, rumah ibadat dan persatuan agama
  • Kuliah dan tazkirah Jumaat dibenar tetapi dilarang memanggil penceramah luar daerah
  • Qiamullail, tadarus, jamuan, solat jenazah dibenar dengan kehadiran terhad
  • Kutipan zakat fitrah oleh amil dibenar
  • Mesyuarat jawatankuasa kariah dibenar
  • Operasi kiosk di kawasan masjid dan surau dilarang
  • Ketetapan solat sunat Aidilfitri belum diputuskan

Pusat jagaan kanak-kanak

  • Dibuka dengan kebenaran kementerian/agensi berkaitan
  • Ibu bapa atau penjaga dibenar hantar anak menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan
  • Pusat jagaan harian orang kelainan upaya, warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai boleh dibuka

Pendidikan

  • Sekolah/institusi pendidikan ditutup mulai 6 Mei
  • Penghantaran pulang pelajar asrama dibuat berperingkat
  • Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selepas cuti Aidilfitri
  • Pergerakan tenaga pengajar untuk pengajaran dibenar
  • Pelajar kolej matrikulasi boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid
  • Peperiksaan antarabangsa, badan profesional dan penyelidikan menggunakan makmal dibenar
  • Kemasukan pelajar asrama bagi kelas peperiksaan dibenar

Kegiatan sosial

  • Tiada majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan mahupun swasta
  • Kenduri, doa selamat, tahlil dan sambutan hari lahir dilarang
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran, mesyuarat, konvensyen dan pameran tidak dibenar

Sukan dan riadah

  • Aktiviti tiada bersentuhan fizikal dibenar dengan penjarakan 1.5 meter
  • Operasi kemudahan premis sukan dan rekreasi termasuk kolam renang dibenar