SHAH ALAM, 10 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan permohonan lesen perniagaan secara dalam talian yang dibuka sepanjang masa.
Sekretariat unit komunikasi korporat berkata permohonan merangkumi lesen iklan luaran, iklan sementara, tred-pejabat pengurusan, establisymen makanan dan permit usahawan mikro.
Pemohon boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-79541560 atau emel kepada [email protected] untuk pertanyaan lanjut.
“Perkhidmatan dalam talian ini merupakan inisiatif majlis untuk memudahkan peniaga memohon lesen perniagaan.
“Di samping itu, dapat mengawal dan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan masyarakat tidak perlu keluar rumah terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD),” menurut kenyataan jabatan tersebut.