SHAH ALAM, 15 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara menurun sedikit kepada 20,546 kes berbanding 20,670 semalam, mengikut data dikongsi ketua pengarah kesihatan.
Angka yang dipapar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook bagaimanapun menunjukkan jangkitan di Selangor naik sebanyak 701 kes kepada 7,307.
Data menunjukkan tujuh negeri mencatat kes melebihi angka 1,000 iaitu Kuala Lumpur (1,442), Johor (1,508), Sabah (1,665), Kedah (1,596), Pulau Pinang (1,111), Kelantan (1,025) dan Perak (1,069).
Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:
Sarawak – 963
Pahang – 926
Negeri Sembilan – 698
Melaka – 631
Terengganu – 534
WP Putrajaya – 47
Perlis – 21
WP Labuan – 3