Categories
AGENDA NASIONAL

462 kes varian delta dikesan dalam tempoh empat hari

SHAH ALAM, 22 JAN: Sebanyak 462 kes baharu varian Delta dikesan dalam tempoh 19 Januari hingga hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Kesihatan dan Komuniti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) mengesan 278 kes, Institut Genom dan Vaksin (155 kes), Institut Penyelidikan Perubatan (18 kes) dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (11 kes).

“Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan varian membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu diwaspada¬† (VOI) di negara ini sebanyak 6,894 kes.

“Sebanyak 6,874 kes adalah VOC, manakala 20 kes ialah VOI. Secara keseluruhan sehingga kini bagi VOC, sebanyak 6,188 kes membabitkan varian Delta, 439 kes Omicron, 233 kes Beta dan 14 kes Alpha.

“Bagi VOI pula, 13 kes membabitkan varian Theta, empat kes Kappa dan tiga kes Eta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.