Categories
NASIONAL

Tender Baru Kendali NFC Cuba Tutup Kesalahan PM

SHAH ALAM,28 MAC : Pengumuman bidaan baru bagi memilih kontraktor untuk mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) hanya untuk menutup kesalahan pentabiran Umno-BN.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menutup fakta sebelum ini di mana projek yang bernilai RM250 juta itu diberi secara terus kepada seorang ahli perniagaan yang tidak mempunyai pengalaman.

Pengarah Stratagi PKR, Rafizi Ramli menegaskan selagi persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru.

“Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.

“Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah,” kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

“Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri, tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan.

“Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana MenteriĀ  tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat,? kata beliau.

Rafizi berkata beliau khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.

Justeru menurut beliau, siri pembongkaran skandal NFC itu akan diteruskan bermula minggu depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.