Kerajaan Selangor menambah baik tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengukuh usaha membendung penularan Covid-19.
Sebagai negeri yang kadar jangkitan tinggi, garis panduan lebih ketat dijangka mampu mengekang perebakan wabak. Berikut ringkasan penambahbaikan SOP. Untuk garis panduan penuh, layari http://www.amirudinshari.com
Operasi bazar dan restoran
- Operasi bazar Ramadan enam daerah PKP dilarang mulai 8 Mei
- Makan di restoran dan hotel termasuk bufet Ramadan tidak dibenar
- Bazar Aidilfitri dan pasar malam boleh dibuka hingga 10 malam dengan syarat:
- Bilangan pengunjung dihad pada satu-satu masa
- Kuat kuasa sistem nombor giliran
- Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang hadir
- Penganjur lantik pegawai pemantau pematuhan SOP
- Kompaun dan arahan tutup serta-merta jika ingkar SOP
- Operasi restoran, kedai atau gerai makan, kendera saji, penjaja, medan selera dan kiosk antara 6 pagi hingga 12 tengah malam
- Kedai runcit, serbaneka dan farmasi antara 6 pagi hingga 12 tengah malam
- Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi 24 jam
- Kedai keperluan harian antara 6 pagi hingga 10 malam
- Stesen minyak antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam
- Stesen minyak di lebuh raya boleh dibuka 24 jam
- Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu (pasar pagi terhad kepada barangan keperluan harian) antara 6 pagi hingga 2 petang
- Pasar borong antara 12 tengah malam hingga 6 pagi dan 11 pagi hingga 4 petang
- Klinik dan kedai makanan haiwan dibuka 6 pagi hingga 10 malam
- Kedai dobi, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut, salun (gunting rambut sahaja) antara 6 pagi hingga 10 malam
- Dobi layan diri perlu pastikan pekerja ada di premis
Keagamaan
- Solat Jumaat, berjemaah dan tarawih di masjid serta surau dibenar mengikut had bilangan jemaah berbeza
- Majlis ilmu dan pengkebumian dibenar
- Upacara akad nikah Islam hanya di pejabat agama dan masjid
- Pendaftaran perkahwinan bukan Islam dibenar di Jabatan Pendaftaran Negara, rumah ibadat dan persatuan agama
- Kuliah dan tazkirah Jumaat dibenar tetapi dilarang memanggil penceramah luar daerah
- Qiamullail, tadarus, jamuan, solat jenazah dibenar dengan kehadiran terhad
- Kutipan zakat fitrah oleh amil dibenar
- Mesyuarat jawatankuasa kariah dibenar
- Operasi kiosk di kawasan masjid dan surau dilarang
- Ketetapan solat sunat Aidilfitri belum diputuskan
Pusat jagaan kanak-kanak
- Dibuka dengan kebenaran kementerian/agensi berkaitan
- Ibu bapa atau penjaga dibenar hantar anak menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan
- Pusat jagaan harian orang kelainan upaya, warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai boleh dibuka
Pendidikan
- Sekolah/institusi pendidikan ditutup mulai 6 Mei
- Penghantaran pulang pelajar asrama dibuat berperingkat
- Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selepas cuti Aidilfitri
- Pergerakan tenaga pengajar untuk pengajaran dibenar
- Pelajar kolej matrikulasi boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid
- Peperiksaan antarabangsa, badan profesional dan penyelidikan menggunakan makmal dibenar
- Kemasukan pelajar asrama bagi kelas peperiksaan dibenar
Kegiatan sosial
- Tiada majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan mahupun swasta
- Kenduri, doa selamat, tahlil dan sambutan hari lahir dilarang
- Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran, mesyuarat, konvensyen dan pameran tidak dibenar
Sukan dan riadah
- Aktiviti tiada bersentuhan fizikal dibenar dengan penjarakan 1.5 meter
- Operasi kemudahan premis sukan dan rekreasi termasuk kolam renang dibenar