Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Gempa bumi sederhana gegar Mindanao

KUALA LUMPUR 5 MAC: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 8.08 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu adalah 22 kilometer di selatan Surigao City, Filipina dan 921 kilometer timur laut Kinabatangan, Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu lagi lapor BERNAMA.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Gempa bumi sederhana gegar sempadan Myanmar-India

SHAH ALAM 4 MAC: Satu gempa bumi sederhana berlaku pada jam 10.11 pagi lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia melaporkan ia berlaku di kedudukan 25.1 Utara 95.0 Timur dengan magnitud 5.3 dan kedalaman 95km dikesan di sempadan Myanmar-India. 334km Barat Laut Monywa,Myanmar.

Ia berlaku di 2,122 km Barat Laut Padang Besar, Perlis. Tiada ancaman tsunami.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran angin kencang 40-50 kmsj, laut bergelora 11 kaki

AMARAN KATEGORI PERTAMA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Sabtu, 4 Mac 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Sabtu, 4 Mac 2017.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang, Reef South dan Palawan sehingga Sabtu, 4 Mac 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SUMBER: Malaysian Meteorological Department

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran cuaca buruk

Dikeluarkan pada : 06:16pm pada 28 Februari 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh dan Hilir Perak), N. Sembilan (Daerah Tampin), Melaka, Johor (Daerah Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat dan Pontian) dan

Sarawak : Bahagian Bintulu (Daerah Tatau), Sibu, Sarikei, Betong, Samarahan (Daerah Asa Jaya dan Samarahan) dan Kuching dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa 28 Februari 2017.

Dikeluarkan pada : 03:01pm pada 28 Februari 2017
KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka, Johor (Daerah Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat dan Kluang), Pahang (Daerah Bentong),

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Daerah Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Sandakan (Daerah Beluran, Tongod dan Kinabatangan) dan WP Labuan; dan

Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Lawas), Miri (Daerah Miri), Bintulu, Sri Aman (Daerah Sri Aman), Samarahan, Serian dan Kuching dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa 28 Februari 2017.

SUMBER: Malaysian Meteorological Department

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Met Malaysia: Angin kencang, laut bergelora dijangka esok hingga Khamis

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang esok sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dijangka pada Selasa sehingga Khamis ini.

Angin kencang dan keadaan laut bergelora turut melanda kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan pada Isnin hingga Khamis ini, dengan angin kencang pada kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut, menurut kenyataan itu.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran ribut petir di perairan Selangor

SHAH ALAM 24 FEB: Ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Timur, Sarawak (Kuching & Rejang) dan Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj).

“Ribut petir akan menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil,” katanya dalam satu kenyataan dikemaskini pada 6.21 pagi tadi.

Sementara itu, ribut petir juga dijangka berterusan sehingga pagi ini dan menjejaskan aktiviti perkapalan di perairan Selat Melaka Selatan, Reef South serta Sulu.

Jabatan itu berkata, ia berisiko menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter sekali gus, berbahaya kepada bot kecil.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran ribut petir perairan Selangor

Dikeluarkan pada pukul 12:30PM, 21 Februari 2017

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah (Tawau) dijangka berterusan sehingga awal petang, Selasa, 21 Februari 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Selat Melaka Selatan dijangka berterusan sehingga awal petang, Selasa, 21 Februari 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

JMM: Kawasan pantai terdedah kenaikan paras air laut

SHAH ALAM 14 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Jumaat ini.

Amaran angin kencang timur laut dan laut bergelora kategori kedua di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan.

JMM dalam kenyataan hari ini menyatakan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang dan keadaan laut bergelora turut melanda kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Labuan dan Sulu hingga Jumaat ini, dengan angin kencang pada kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter.

Situasi sama juga diramal berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (pedalaman, pantai barat, Kudat dan Sandakan).

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut, menurut kenyataan itu.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Beri masa lihat keberkesanan kempen bebas plastik

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 FEB: Tempoh masa sebulan adalah masih terlalu awal untuk merumuskan keberkesanan Kempen Selangor Bebas Plastik, kata Elizabeth Wong.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau itu sebaliknya berkata, Kerajaan Negeri memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan bagi mendapatkan angka keberkesanannya.

Katanya, ia adalah tempoh masa ideal untuk melihat sebarang perubahan berhubung penggunaan beg plastik dalam kalangan penduduk Selangor.

“Kempen baru berlangsung sebulan takkan kita sudah mahu buat rumusan kerana itu tidak menunjukkan sebarang perbezaan jelas.

“Tetapi ia berbeza sekiranya kita memberi tempoh masa enam bulan, kita dapat sekurang-kurangnya melihat sama ada bilangan penggunaan plastik menurun, meningkat atau lain-lain,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditanya sama ada Kerajaan Negeri melakukan audit dan penilaian sejak kempen itu dilaksanakan pada awal Januari lalu.

Elizabeth turut diajukan tindakan terhadap peniaga kecil-kecilan yang masih meneruskan penggunaan beg plastik tanpa sebarang caj.

“Jika terdapat aduan, orang ramai boleh hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk tindakan sebab ia adalah di bawah syarat pelesenan.

“Sesiapa yang melihat perbuatan itu dan rasa tidak patut, boleh mengadu kepada PBT kerana itu di bawah bidang kuasa mereka, bukan pejabat saya,” katanya.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Gempa bumi lemah gegar Ranau

KOTA KINABALU 31 JAN: Gempa bumi lemah pada skala 3.4 magnitud dikesan di Ranau pada jam 3.44 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur.

Katanya, susulan gempa itu, gegaran turut dirasai di sekitar Ranau dan Kundasang.

“Setakat ini, maklumat yang kita terima gegaran cuma dirasai di Ranau dan Kundasang, namun tidak membabitkan apa-apa kerosakan,” katanya.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MeT: Ribut petir di perairan Selangor

SHAH ALAM 31 JAN: Ribut petir dijangka berterusan hingga pagi ini di perairan Perak, Selangor dan Sarawak lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam memberi amaran keadaan itu menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Ribut petir juga berlaku di perairan Selat Melaka dan Reef South dan dijangka berterusan hingga pagi ini.

“Ia boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, keadaan cuaca pada sebelah pagi di Semenanjung dilaporkan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka di satu dua tempat di semua negeri di Semenanjung.

Sementara itu Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam kenyataannya jam 9 pagi ini menyatakan terdapat tiga pusat pemindahan banjir dibuka dengan mangsa dipindahkan berjumlah 206 mangsa daripada 48 keluarga.

SABAK BERNAM – BANJIR

1. Dewan Seri Bernam – Aktif
Tarikh buka : 23/1/17
Jumlah Keluarga – 2
Jumlah Mangsa – 5

SEPANG – BANJIR

1. Dewan Taman Gemilang – Aktif
Tarikh buka : 30/1/2017
Jumlah Keluarga – 28
Jumlah Mangsa – 135

2. Dewan Orang Ramai Kg. Ampar Tenang – Aktif
Tarikh buka : 30/1/2017
Jumlah Keluarga – 18
Jumlah Mangsa – 66
=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran ribut petir sehingga lewat pagi

SHAH ALAM 29 JAN: Ribut petir diramalkan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah dan Bintulu) hingga lewat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada jam 5.44 pagi ini berkata angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan.

“Di kawasan perkapalan, ribut petir juga dijangka berlaku di perairan Selat Melaka, Bunguran dan Reef South hingga lewat pagi ini.

“Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

=EZY=