Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Pencinta Alam bangga usaha MDKS, harap diikuti PBT lain

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 25 JAN: Persatuan Pencinta Alam (Malaysian Nature Society-MNS) memuji usaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mewujudkan Pusat Sumber Taman Alam.

Presidennya, Henry Goh berkata, usaha itu sewajarnya dijadikan ikutan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Malaysia dalam usaha mewujudkan masyarakat celik alam sekitar, terutama tanah lembap.

“Kami sangat bangga dan gembira dengan apa yang dilakukan MDKS yang berjaya mewujudkan pusat pertama seumpamanya.

“Harapan kami, agar ia tidak dipersiakan dan digunakan sebaiknya orang awam sehingga mencapai kelasnya tersendiri dan dirujuk sebagai pusat sumber tanah lembap terbaik di dunia,” katanya kepada SelangorKini.

Taman Alam Kuala SelangorBeliau ditemui sejurus selesai Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2017 dan Perasmian Pusat Sumber Taman Alam, di sini, hari ini.

Henry berkata, MNS juga sedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan tanah lembap.

“Kerajaan Negeri boleh memperbanyakkan lagi program pendidikan alam sekitar dalam usaha mendidik generasi muda hari ini.

“Tanpa usaha sebegini, kita khuatir ia memberi kefahaman salah mengenai tanah lembap kepada umum sehingga ia diabaikan dan akhirnya memberi kesan jangka panjang kepada kita semua,” katanya.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah

Dikeluarkan pada : 11:58pm pada 24 Januari 2017

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH) – Dikemaskini pada 11:58pm, 24 Januari 2017

Hujan lebat yang sedang berlaku di negeri Johor (Daerah Segamat, Kluang dan Mersing) dan Pahang (Daerah Rompin, Pekan dan Kuantan) dijangka berterusan sehingga Rabu, 25 Januari 2017.

SEKSYEN B :AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA) – Dikemaskini pada 11:58pm, 24 Januari 2017

Hujan sederhana kadangkala lebat yang sedang berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin), Melaka (Daerah Jasin), Johor (Daerah Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai), Pahang (Daerah Bera, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Cameron Highlands dan Lipis) dan Terengganu (Daerah Kemaman) dijangka berterusan sehingga Rabu, 25 Januari 2017.

SEKSYEN C : AMARAN HUJAN BERTERUSAN – Dikemaskini pada 11:58pm, 24 Januari 2017

Hujan berterusan di negeri Perak (Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang & Selama, Manjung, Kerian, Kampar dan Perak Tengah), N. Sembilan (Daerah Seremban, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah), Sarawak : Bahagian Bintulu, Mukah (Daerah Mukah dan Dalat) dan Sibu ; dan Sabah : Bahagian Pantai Barat (Daerah Ranau) dan Sandakan (Daerah Beluran) dijangka berterusan sehingga pagi, Rabu 25 Januari 2017.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah)

Dikeluarkan pada : 03:00pm pada 24 Januari 2017

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Hujan lebat yang sedang berlaku di negeri Johor (Daerah Segamat, Kluang dan Mersing) dan Pahang (Daerah Rompin dan Pekan) dijangka berterusan sehingga Rabu, 25 Januari 2017.

SEKSYEN B :AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA) –

Dikeluarkan pada 06:36am, 23 Januari 2017 masih berkuatkuasa.

Hujan sederhana kadangkala lebat yang sedang berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin), Melaka (Daerah Jasin), Johor (Daerah Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai), Pahang (Daerah Bera dan Kuantan) dan Terengganu (Daerah Kemaman) dijangka berterusan sehingga Rabu, 25 Januari 2017.

SEKSYEN C : AMARAN HUJAN BERTERUSAN – Kemaskini

Hujan berterusan di negeri N. Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Rabu 25 Januari 2017.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Ribut dan banjir kilat landa UIAM, pokok hempap kereta

GOMBAK 18 JAN: Beberapa lokasi di daerah ini dilanda banjir kilat, selain kejadian pokok tumbang sehingga mengganggu lalu lintas susulan hujan lebat lebih sejam, petang semalam.

Beberapa keping foto dimuat naik pengguna media sosial menunjukkan beberapa batang pokok menghempap kereta di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selain turut berlaku kejadian banjir kilat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata kejadian itu berlaku berhampiran pintu masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta di tempat letak kereta Fakulti Ekonomi universiti itu.

“Tiga batang pokok dilaporkan tumbang berhampiran pintu masuk UIAM bersebelahan Plaza Tol Gombak dan salah satunya menghempap sebuah kereta Honda City, namun tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

C2XjF4NUoAAY_Of“Sementara itu, dua batang pokok dianggarkan sebesar tiga pemeluk lelaki dewasa tumbang akibat angin kencang menghempap 10 buah kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta Fakulti Ekonomi UIAM,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, katanya laporan banjir kilat serta banjir lumpur turut diterima membabitkan beberapa lokasi.

Antara paling teruk terjejas adalah di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Gombak menghala Ampang berhampiran susur keluar Lebuhraya Karak-Gombak hingga menyebabkan ketiga-tiga lorong terpaksa ditutup.

Selain itu, beberapa lokasi lain turut dilaporkan berlaku pokok tumbang, antaranya di laluan utama Kampung Gombak Utara, Kampung Sungai Chincin dan Fasa 5 Sri Gombak.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga

Dikeluarkan pada : 09:05 pagi pada 18 Januari 2017

I) AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

 

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Sabah: Bahagian Pantai Barat (Daerah Ranau, Kota Belud, Tuaran & Kota Kinabalu), Kudat dan Sandakan (Daerah Beluran & Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Rabu 18 Januari 2017.
II) AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) yang dikeluarkan pada 11:36 pagi 16 Januari 2017 masih berkuatkuasa.

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai dari Rabu, 18 Januari 2017 sehingga Jumaat, 20 Januari 2017.

 

SUMBER: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Banjir: Mangsa dipindah di Terengganu meningkat kepada 3,469

KUALA TERENGGANU, 3 JAN: Bilangan mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan kepada 3,469 orang setakat jam 5.30 petang ini berbanding 1,712 orang tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, kesemua mangsa banjir ditempatkan di 63 buah pusat pemindahan di enam daerah yang terjejas banjir.

“Daerah Besut yang sebelum ini telah ditutup pusat pemindahannya kini mempunyai bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu 1,469 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

“Ini diikuti daerah Hulu Terengganu (1,251 mangsa), Setiu (443 mangsa), Kemaman (176 mangsa), Dungun (100 mangsa) dan Marang (30 mangsa),” menurut portal itu.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada : 12:58pm pada 03 Januari 2017

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Maran, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Januari 2017.

 

15825849_1189952481054713_3479629656059779688_n

Amaran Hujan Berterusan

Dikeluarkan pada : 10:35am pada 03 Januari 2017

KEMASKINI AMARAN :

Hujan berterusan di negeri Johor (Daerah Mersing), Pahang (Daerah Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa 3 Januari 2017.

 

15825806_1189890254394269_3412457531456597393_n