Categories
SELANGOR

47 ditahan dalam 22 operasi pelombong pasir haram sepanjang 2013

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 APRIL: Seramai 47 individu berjaya ditahan dalam 22 operasi mencegah aktiviti perlombongan pasir secara haram sepanjang 2013, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) berkata, operasi itu dijalankan di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 dengan mengadakan serbuan dan sitaan di lokasi terbabit.

khalid dun 5“Operasi dijalankan pihak berkuasa Pejabat Daerah Tanah dan Galian dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd,” katanya ketika menjawab soalan di Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, pihak sama berjaya melaksanakan 19 serbuan dengan membabitkan 21 tangkapan, pada 2010.

Selain itu, pihak berkenaan juga boleh mengambil tindakan menyita jentera dan tanah yang terbabit dengan perlombongan pasir haram.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Catuan air diteruskan, kemarau dijangka berakhir awal April

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 MAC: Pelan catuan air yang sedang dilaksanakan di Selangor akan diteruskan sehingga peratusan takungan air di empangan negeri itu mencapai paras 65 hingga 70 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi memastikan bekalan air di Selangor mampu bertahan sehingga berakhirnya musim kemarau yang sedang melanda negara ketika ini.

“Sebenarnya kita jangka hujan turun dalam minggu ini tetapi Jabatan Meteorologi mengesahkan ia akan berlaku pada minggu pertama bulan April.

IMG_3855 copyOleh sebab itu, kita tidak akan mengubah keputusan dalam program catuan air sehingga hujan turun dan peratus takungan air di empangan melebihi 65 hingga 70 peratus,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Sejak awal Mac lalu, bekalan air seluruh Selangor dicatu berikutan paras air di empangan di negeri itu semakin merosot disebabkan musim kemarau yang sedang melanda negara ketika ini.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Selain Selangor, beberapa negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah turut melaksanakan program catuan air masing-masing.

Walaupun terdapat hujan selama beberapa hari minggu lalu tetapi masih tidak mencapai paras memuaskan bagi memberhentikan pelan catuan berkenaan.

-NFN-