Categories
NASIONAL

Musim kering: Wajar pertimbang catuan air – AWER

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Catuan bekalan air wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan yang paras empangannya berada pada lingkungan 50 peratus berikutan musim kering yang dijangka melanda negara sehingga Mei ini.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran berkata, ini bagi memastikan bekalan air mentah sedia ada akan terus dapat bertahan dalam tempoh yang lebih lama.

“Langkah ini juga adalah bagi mengawal penggunaan air secara berlebihan kerana apabila berlaku catuan, secara automatik pengguna pun akan meminimakan penggunaan air dalam aktiviti seharian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Malaysia dijangka mengalami musim kering sehingga Mei ini dengan Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan akan merekodkan hujan kurang daripada 25 peratus purata hujan tahunan bagi tempoh April-Mei ini.

Tiga empangan merekodkan storan kapasiti dalam lingkungan 50 peratus iaitu Empangan Muda di Kedah (58.97 peratus) serta dua empangan di Johor iaitu Machap (55.61 peratus) dan Sembrong (54.07 peratus).

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum sebarang tindakan catuan dilaksanakan seperti memberi notis sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal kepada pengguna bagi mengelakkan ‘penggunaan panik’ di kalangan mereka.

Ditanya sama ada perlu atau tidak kerajaan mengumumkan darurat dan seterusnya menguatkuasakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006, beliau berkata, pihaknya melihat tiada lagi keperluan ke arah itu setakat ini memandangkan situasi masih terkawal.

“Sekiranya margin air mentah mencapai tahap 40 peratus, mungkin ia (darurat) boleh dipertimbangkan…bagaimanapun setakat ini kita belum pernah lagi umum ‘darurat air’,” katanya.

WSIA adalah kuasa khas semasa kecemasan berkaitan penggunaan sumber air yang diberikan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli .

Seksyen 56 akta itu antara lain memberi kuasa kepada menteri berkenaan untuk menghalang penggunaan air secara umum atau untuk kegunaan tertentu, mengehadkan penggunaan dan pengeluaran air pada waktu tertentu, dan mengenakan caj tambahan ke atas penggunaan yang melebihi had yang telah ditetapkan.

SUMBER: BERNAMA

JURNAL BERITA- MB: Tiada catuan air di Selangor walaupun musim panas

1. Twit MB keluar parti palsu, dibuat pihak tak bertanggungjawab

2. MB: Tiada catuan air di Selangor walaupun musim panas

3. MB: Kejayaan struktur air jamin kadar tarif tidak naik 4 tahun lagi

4. Sabotaj air: Polis patut tingkat pengawasan, salur maklumat dalang kepada pihak berkuasa

5. Majoriti rakyat kecam tindakan sabotaj air, susahkan pengguna Lembah Klang

6. Selangor catat lebih 30 kematian akibat denggi hingga 31 Julai

7. Kes Denggi meningkat 338%, tingkat waspada

8. MBPJ: 590 serbuan banteras pusat siber & kafe haram

9. Kerajaan pusat perlu serius laksana insentif cuti umum

Selangor henti catuan air


http://tv.selangorku.com

Yunus: Kalau paras air tak sampai 55% tapi hujan berterusan, mungkin catu batal

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Catuan air dijangka hingga hujung April

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kerajaan Negeri meneruskan tindakan catuan air di beberapa kawasan sehingga satu masa yang akan ditetapkan berikutan paras air di beberapa empangan Selangor masih mencatat bacaan di bawah paras sasaran.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata perkembangan setakat ini memberi gambaran kaedah terbabit perlu dijalankan bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi.

Katanya, hujan yang mula turun sejak beberapa hari lalu memberi reaksi positif terhadap perubahan dengan jangkaan mencapai sasaran 55 peratus bacaan paras air di empangan mampu dicatat dalam masa terdekat.

Yunus Hairi“Dimaklumkan, di empangan Sungai Selangor iaitu empangan yang menjadi sumber 60 peratus di kawasan keperluan air di Selangor sudah mula hujan semalam.

“Semalam, bacaan pada paras 37.79 meter. Saya harap hari ini (semalam) lebih kerana kita juga membuat pembenihan awan. Kita masih lagi di paras berhati-hati seperti dimaklumkan Menteri Besar iaitu bila capai 55 peratus akan hentikan catuan air,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Yunus berkata, keadaan catuan itu dijangka sehingga penghujung April ini jika hujan berterusan seperti sedia kala dan menegaskan masalah bekalan air tidak hanya berlaku di Selangor, tetapi turut dihadapi beberapa negeri lain.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat, berkuatkuasa 4 April lalu.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan pelan itu dilaksanakan serentak dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dilanjutkan, sehingga 30 April ini.

loji semenyih 02Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang ditutup akibat pencemaran ammonia, beroperasi semula selepas paras kandungan bahan itu berkurangan ke tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

Yunus berkata, Kerajaan Negeri mengharapkan kerjasama orang ramai supaya menggunakan air secara berhemah mengikut keperluan harian.

“Kita sarankan supaya mereka berjimat cermat dalam penggunaan air supaua tempat penting seperti masjid, sekolah dan beberapa tempat yang perlukan air diharap tidak terputus bekalan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Catuan air tamat jika empangan Sungai Selangor di paras 50%

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 APRIL: Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan pengecualian catuan air ke perumahan bertingkat ekoran kawasan terbabit sering terputus bekalan akibat catuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara terbabit akan dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Air, Datuk Khusrin Munawi.

Katanya, setakat ini hanya beberapa kawasan yang dikecualikan termasuk bangunan kerajaan, hospital kerajaan dan perindustrian.

03“Bagaimanapun, kita akan bincang sama ada perumahan bertingkat perlu dikecualikan kerana jika pengaliran air dibuat secara fizikal, ia memerlukan pertambahan pekerja.

“Saya akan mengemukakan kepada Khusrin supaya kawasan itu diberi keutamaan,” katanya ketika sesi penggulungan rang undang-undang pembekalan tambahan di Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, semalam.

Cadangan itu di kemukakan Haniza Talha (PKR- Taman Medan) dan R Rajiv (DAP- Bukit Gasing).

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata, catuan air tidak akan diteruskan dalam jangka masa panjang kerana Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka kolam simpanan dalam menghadapi peringkat kritikal termasuk rancangan menggunakan air bawah tanah.

“Buat masa ini, langkah catuan adalah lebih baik sebab kita mengharapkan kadar hujan yang turun masih banyak. Setakat ini, kita merancang untuk membuka 37 kolam simpanan dan 10 kawasan air bawah tanah yang boleh digunakan.

syabas“Rancangan itu masih dalam kajian jawatankuasa terbabit,” katanya.

Abdul Khalid berkata, ketika ini empangan Sungai Selangor mencatatkan 60 peratus kegunaan penduduk Lembah Klang yang menyebabkan ia adalah paling penting, namun paras empangan baru mencecah 40 peratus.

“Jika empangan terbabit mencecah 50 peratus, catuan air akan dihentikan. Kita tidak perlu menunggu ke paras 55 peratus kerana ketika ini musim hujan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tidak timbul soal taraf hidup, catuan air babit semua golongan

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 6 APR: Rakyat Selangor diseru melaksanakan penjimatan air bagi menjamin bekalan air berpanjangan di empangan, terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Exco Negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata penjimatan juga perlu dilakukan bagi menghadapi musim kering yang dijangka berlaku sekali lagi, pada September ini.

Katanya, pengguna masih lagi tidak mencapai tahap penjimatan yang diinginkan walaupun langkah catuan dilaksanakan.

IMG_4915“Seperti dilaporkan sebuah akhbar, sejak program catuan, hanya tujuh peratus sahaja penjimatan pengguna sedangkan kita jangkakan 25 peratus.

“Harap setiap pengguna dapat optimakan penggunaan air kepada perkara asas seperti mandi, memasak dan minum bukan perkara lain seperti siram pokok dan basuh kereta,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2014 peringkat Selangor di Pusat Membeli Belah One Utama (OU), di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Roslan Sakiman; Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat dan Pengarah OU, Datuk Ir Teo Chiang Kok.

Bermula awal bulan ini, Kerajaan Negeri melancarkan program catuan peringkat keempat membabitkan kawasan lebih besar berbanding sebelum ini.

IMG_4841Yunus berkata, program catuan tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Negeri tetapi demi kepentingan bersama.

“Kita perlukan lakukan catuan ini kerana khuatir hujan tidak berterusan dan paras empangan tidak mencapai peratus selamat. Catuan yang kita laksanakan juga bukan ikut kumpulan penduduk sama ada sederhana, rendah atau golongan elit,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan catuan akan dihentikan jika paras air di empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55 peratus.

-NFN-

Categories
SELANGOR

SYABAS lanjut catuan air hingga 30 April

SHAH ALAM, 30 MAC: Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dijadualkan berakhir 31 Mac akan dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pelan Kontigensi Pengagihan Bekalan Air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kerajaan Selangor, kelmarin.

“Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama masih aktif kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

syabasPriscilla berkata, bagi pengguna di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperoleh bekalan air melalui kedua-dua LRA berkenaan akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama.

Bagi Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang membabitkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang masih diaktifkan ekoran paras empangan dan aliran air di Sungai Selangor masih tidak meningkat.

“SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Selangor) dan Puncak Niaga masih meneruskan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates,” kata yang dipetik daripada BERNAMA.

Beliau menasihatkan pengguna supaya mengelakkan pembaziran dan tidak menggunakan air untuk tujuan tidak penting seperti mencuci kenderaan, mengisi air ke dalam kolam renang dan menyiram tanaman hiasan.

Categories
SELANGOR

Catuan air diteruskan, kemarau dijangka berakhir awal April

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 MAC: Pelan catuan air yang sedang dilaksanakan di Selangor akan diteruskan sehingga peratusan takungan air di empangan negeri itu mencapai paras 65 hingga 70 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi memastikan bekalan air di Selangor mampu bertahan sehingga berakhirnya musim kemarau yang sedang melanda negara ketika ini.

“Sebenarnya kita jangka hujan turun dalam minggu ini tetapi Jabatan Meteorologi mengesahkan ia akan berlaku pada minggu pertama bulan April.

IMG_3855 copyOleh sebab itu, kita tidak akan mengubah keputusan dalam program catuan air sehingga hujan turun dan peratus takungan air di empangan melebihi 65 hingga 70 peratus,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Sejak awal Mac lalu, bekalan air seluruh Selangor dicatu berikutan paras air di empangan di negeri itu semakin merosot disebabkan musim kemarau yang sedang melanda negara ketika ini.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Selain Selangor, beberapa negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah turut melaksanakan program catuan air masing-masing.

Walaupun terdapat hujan selama beberapa hari minggu lalu tetapi masih tidak mencapai paras memuaskan bagi memberhentikan pelan catuan berkenaan.

-NFN-