Categories
NASIONAL

Komander Abu Sayyaf maut dalam pertempuran

MANILA, 29 APRIL: Pasukan tentera Filipina dilaporkan membunuh Alhabsy Misaya yang juga komander militan Abu Sayyaf, dipercayai salah seorang penculik terkenal di selatan negara itu.

Ketua tenteranya, Jeneral Eduardo Ano berkata, Misaya terbunuh dalam pertempuran dengan unit marin kelmarin dalam hutan antara bandar Indanan dan Parang di wilayah Sulu, lapor AP.

Misaya dipersalahkan atas penculikan puluhan tebusan Malaysia dan Indonesia, termasuk seorang yang sudah dipenggal kepala.

Ano berkata, mayat Miyasa sudah dikenal pasti anggota Abu Sayyaf yang berjaya ditangkap.

Tentera Filipina melancarkan operasi besar-besaran terhadap Abu Sayyaf yang terkenal dengan pengeboman, penculikan dan memenggal tebusan.

Ia disenaraihitamkan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dan Filipina.

Categories
GLOBAL NASIONAL

Tiga militan Abu Sayyaf tumpas

MANILA, 24 APRIL: Tiga anggota militan Abu Sayyaf dilaporkan terbunuh selepas menyusup masuk ke kawasan pelancong di Pulau Bohol, di sini, dalam satu pertempuran bersama tentera Filipina di daerah terbabit.

Insiden terbabit berlaku selepas militan berkenaan gagal menculik pelancong di kawasan persembunyian mereka, menurut Ketua Perhubungan Awam Tentera, Kolonel Edgard Arevalo.

Beliau berkata, kesemua mereka maut ketika bertempur di pulau terbabit, kelmarin yang juga salah sebuah kubu kuat militan terbabit di selatan negara itu.

“Ada dalam kalangan mereka yang berjaya melarikan diri, namun kami dimaklumkan mereka turut tercedera selain kehabisan peluru,” katanya lapor Reuters.

Kira-kira 10 militan menyusup masuk ke pulau berkenaan, pada bulan ini dan ia mendorong negara Barat mengeluarkan amaran perjalanan di kawasan itu.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Dua mangsa culik Abu Sayyaf tiba di KLIA malam ini

SHAH ALAM, 26 MAC: Dua dari lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai 2016 dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, malam ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid ketika dihubungi BERNAMA hari ini mengesahkan perkara itu, namun enggan mendedahkan masa mereka tiba.

Mangsa yang dikenali sebagai Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, dilaporkan berada di Manila, Filipina bersama pihak berkuasa negara itu, semalam.

POLIS BIRU 2 4x4Pada 22 Mac lalu, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengesahkan mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka akan diberikan rawatan bagi memulihkan kembali tahap kesihatan sebaik tiba di tanah air.

“Difahamkan, mereka tidak sihat dan polis akan pastikan mangsa mendapat rawatan sebelum menyerahkan kepada keluarga.

“Namun kita akan berbincang dan merujuk kepada pihak berwajib sebelum membuat sebarang tindakan,” katanya lapor BERNAMA.

Tayudin dan Abdul Rahim adalah kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu, pada 18 Julai 2016.

Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf iaitu Fandy Bakran, 27; Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga.

-NFN-

Abu Sayyaf: DAP mahu mesyuarat tergempar

DAP meminta Putrajaya memanggil sidang Dewan Rakyat tergempar membincangkan tragedi penculikan dan pembunuhan rakyat Malaysia oleh pengganas Abu Sayyaf.