Categories
SELANGOR

Penyelesaian masalah penduduk DUN Chempaka jadi keutamaan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad menjelaskan pihaknya dan agensi berkaitan memberi penekanan bagi menyelesaikan permasalahan dihadapi penduduk di kawasan DUN berkenaan.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak dalam menangani isu itu akan memudahkan lagi segala tindakan demi kebaikan rakyat.

“Saya melahirkan rasa gembira terhadap sokongan dari pelbagai pihak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

“Segala permasalahan dan persoalan ditujukan penduduk sekitar akan segera diselesaikan setiap agensi,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri itu berkata demikian dalam dialog bersama penduduk di Karnival Rakyat di Pangsapuri Merpati A, Pandan Indah, di sini, hari ini.

Dialog itu ialah acara kemuncak dijayakan bersama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Chempaka, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Daerah Hulu Langat, Jabatan Bomba dan polis.

Karnival terbabit dijayakan Majlis Permuafakatan Prihatin Rakyat Selangor (MPRS) dengan kerjasama PKM DUN Chempaka mendapat sambutan meriah di kalangan penduduk sekitar.

Ia menyediakan pelbagai acara menarik untuk disertai kanak-kanak dan ibu bapa serta penduduk.

Categories
SELANGOR

MPAJ diminta pantau kerja kontraktor, utama keselamatan penduduk

OLEH HAFIZAN TAIB

KULA LUMPUR, 4 JAN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta memastikan kontraktor menjalankan kerja pembentungan dengan mengutamakan keselamatan penduduk di Taman Angsana Hilir, di sini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ia berikutan kerja menaik taraf pembentungan dilakukan di kawasan itu didapati tidak dilaksanakan dengan sempurna.

“Saya meminta MPAJ memberi tekanan kepada kontraktor untuk memastikan keselamatan penduduk tidak terancam akibat kerja pembentungan itu.

“Ini kerana selepas kerja selesai, kawasan diturap atau ditutup tidak sama paras dengan permukaan jalan di sekeliling dan ia menjadi tidak rata,” katanya.

Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar berkata, hasil kerja tidak sempurna itu boleh mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motorsikal.

Katanya, terdapat juga lokasi yang menjadi tempat air bertakung.

“Ini sama ada boleh menyebabkan kemalangan atau menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Pejabat saya telah menghubungi kontraktor terbabit dan mengadakan perbincangan dengan mereka,” katanya ekoran penduduk berhadapan dengan pelbagai kesusahan ketika kerja pembentungan dijalankan.

Katanya, nasib penduduk kini boleh dianggap bagai jatuh tangga ditimpa tangga.

Categories
SELANGOR

1,000 peserta meriahkan Fun Walk DUN Chempaka

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 JAN: Kira-kira 1,000 orang menyertai Fun Walk 10,000 langkah anjuran Pusat Khidmat DUN Chempaka.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, program yang bermula sejak malam 31 Disember itu dimulakan dengan Solat Berjemaah dan solat hajat.

Katanya, ia kemudian di serikan dengan persembahan Kelab Teater Pandan dan Forum Perdana Khas menampilkan penalis seperti Brother Shah Kirit Govingier dan Dr Ann Wan Seng.

“Sambutan Ambang Tahun baru 2018 disambut meriah oleh masyarakat pelbagai kaum di Pandan Selangor.

“Kemuncaknya diakhiri dengan Selawat Nabi dan Doa Awal Tahun Baru yang dipimpin oleh Hafiz Razak selaku Pegawai Khas ADN Chempaka.

“Program diteruskan disebelah pagi tahun baru 2018 dengan Program Fun Walk 10,000 langkah yang terbuka kepada semua lapisan umur,” katanya.

Beliau berkata, 500 helai t-shirt turut diberikan percuma kepada peserta mendaftar awal dan program bertemakan Selamatkan Bumi kita disertai pelbagai Kaum.

Turut bersama didalam program Fun Walk 10,000 langkah ialah Yang Dipertua Majlis Ampang Jaya, Hamid Hussein serta Pegawai Bomba dan Polis Pandan Indah.

Peserta diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan dari pihak pengajur. Seramai 50 peserta terpilih dari undian menerima hadiah cabutan bertuah semasa majlis penutup Fun Walk.

Iskandar turut bersyukur diatas sambutan luar biasa dari peserta Fun Walk dan berharap akan meneruskan kesinambungan program seperti ini dimasa hadapan.

Categories
SELANGOR

‘We Are The Champions’ penuhi masa cuti sekolah

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 DIS: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Chempaka menganjurkan program motivasi pelajar ‘We Are The Champions’ membabitkan pelajar 7 hingga 17 tahun, pada 24 Disember lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Dato’ Iskandar A Samad berkata, penganjurannya memberi pendedahan buat peserta untuk membina kepimpinan terbaik dalam pelbagai aspek.

“Menerusi kerjasama pihak masjid, ahli jawatankuasa (AJK) Kampung Pandan dan pegawai pelaksana bagi DUN Chempaka, program ini memberi manfaat langsung kepada peserta untuk mengisi masa cuti sekolah dan bersedia dengan motivasi sebelum musim persekolahan bermula,” katanya.

Terdahulu, bertempat di Masjid Nurul Hidayah, Pandan Indah, program sehari itu disertai 83 pelajar lelaki dan perempuan yang turut menampilkan pendakwah bebas, Pencetus Ummah Fakhrul dan Abu Sufian.