Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Henti kerenah birokrasi perolehan vaksin, segerakan suntikan

SHAH ALAM, 27 JUN: Kerenah birokrasi dalam perolehan vaksin Covid-19 tidak seharusnya berlaku ketika rakyat memerlukan suntikan dengan segera bagi mencapai imuniti kelompok.

Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang berkata kebenaran bagi pembelian vaksin oleh Kerajaan Negeri atau pihak swasta harus diberi segera dengan syarat mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Ketika ini bukan masa wujudkan birokrasi untuk kawal (perolehan vaksin) kerana ia hanya melambatkan proses vaksinasi. Kita semua bersetuju sekiranya rakyat cepat dapat suntikan, maka pandemik dapat ditangani.

“Contoh Selangor mempunyai keupayaan untuk melaksana program vaksinasi sendiri memandangkan negeri ini ada ekonomi dan pendapatan yang baik,” kata Dato’ Mohd Imran Tamrin.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara melawan wabak, melangkau politik yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor malam tadi.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 berkata sebanyak RM200 juta diperuntuk untuk menjayakan Program Suntikan Vaksin Covid-19 Selangor (SCVP).

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan perbincangan dengan NPRA memuktamadkan bekalan vaksin berfasa bermula akhir bulan ini.

RM9.15 juta peruntukan tambahan untuk Stadium Shah Alam

RM9.15 juta peruntukan tambahan diluluskan pada 29 Februari lalu bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan di Stadium Shah Alam