Categories
NASIONAL SELANGOR

Sempena Aidiladha, Selangor sumbang 753 lembu korban – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 11102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor menyumbangkan 753 lembu bernilai RM2,259,000 untuk diagih ke setiap daerah, masjid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di seluruh negeri.

2. Enam beradik ditinggalkan ibu bapa di Jalan Bukit Panjang, Kuala Selangor sejak beberapa hari lalu, mendapat pembelaan Kerajaan Selangor, kata Rodziah Ismail.

3. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Lee Chean Chung, berkata Kerajaan Pahang perlu mencontohi Kerajaan Selangor yang memberi keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang melalui penggubalan Enakmen Ketua Pembangkang Negeri Selangor.

Categories
SELANGOR

Adun Pahang gesa contohi Selangor iktiraf Ketua Pembangkang

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Lee Chean ChungSHAH ALAM 10 OKT: Kerajaan Pahang perlu mencontohi Kerajaan Selangor yang memberi keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang melalui penggubalan Enakmen Ketua Pembangkang Negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Lee Chean Chung, berkata ia membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjunjung semangat demokrasi demi memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Tahniah kepada rakan-rakan di Selangor kerana mewujudkan Enakmen Ketua Pembangkang Negeri Selangor yang memberi keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang.

“Ketua Pembangkang sebagai ketua barisan bayangan kepada pemerintah, harus diberi sumber dan ruang mencukupi bagi menjayakan peranan semak dan imbang kepada kerajaan sedia ada,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Penguatkuasaan enakmen itu melayakkan Ketua Pembangkang menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun lain.

Chean Chung berkata, kegagalan kerajaan Pahang mewujudkan jawatan ketua pembangkang secara sah menjadikan negeri itu terkebelakang dari segi amalan demokrasi.

Beliau menggesa Kerajaan Pahang segera melaksanakan enakmen sama selain menubuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan bagi melicinkan perjalanan menyemak kepincangan dan perbelanjaan dewan.
– FZL