Categories
NASIONAL SELANGOR

Sempena Aidiladha, Selangor sumbang 753 lembu korban – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 11102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor menyumbangkan 753 lembu bernilai RM2,259,000 untuk diagih ke setiap daerah, masjid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di seluruh negeri.

2. Enam beradik ditinggalkan ibu bapa di Jalan Bukit Panjang, Kuala Selangor sejak beberapa hari lalu, mendapat pembelaan Kerajaan Selangor, kata Rodziah Ismail.

3. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Lee Chean Chung, berkata Kerajaan Pahang perlu mencontohi Kerajaan Selangor yang memberi keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang melalui penggubalan Enakmen Ketua Pembangkang Negeri Selangor.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Enam beradik ditinggal ibu bapa akan dipelihara pihak ketiga

rodziah pc green 20 jul 01

SHAH ALAM 10 OKT: Enam beradik ditinggalkan ibu bapa di Jalan Bukit Panjang, Kuala Selangor sejak beberapa hari lalu, mendapat pembelaan Kerajaan Selangor, kata  Rodziah Ismail.

Dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita itu berkata, mereka ditempatkan dalam penjagaan sementara pihak ketiga.

“Kejadian itu benar. Ibu bapa mereka abaikan tanggungjawab. Jadi, kita memohon perintah mahkamah supaya enam anak itu diberi kepada pihak yang lebih bertanggungjawab,” katanya

Hak penjagaan mereka dijangka diputuskan Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Selangor esok.

Rodziah yang mengunjungi rumah mereka selepas pendedahan media berkata, isu  pendidikan akan diberi perhatian berikutan mereka tidak pernah bersekolah.

“Anak sulung berusia sembilan tahun tidak pernah ke sekolah walaupun kerajaan membina rumah mereka di bawah kelolaan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya.

Rodziah berkata, ibu bapa mereka pula akan dibawa ke pihak berwajib untuk sesi kaunseling supaya timbul kesedaran dan tidak mengabai tanggungjawab.

Katanya, kerjasama masyarakat diperlukan dengan memiliki sensitiviti tinggi supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa.