Categories
SELANGOR

Selangor peruntuk RM5 juta projek atasi banjir Rawang

Oleh : NAZLI IBRAHIM

RAWANG 21 FEB: Kira-kira RM5 juta ringgit diperuntukkan untuk fasa dua projek mengatasi banjir di Rawang yang dijangka siap sepenuhnya Julai tahun ini.

Adun Rawang, Gan Pei Nei, berkata fasa pertama projek mengatasi banjir melibatkan kerja-kerja naik taraf Sungai Raja dengan peruntukan disalur kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Selangor dan dipantau JPS Gombak.

Gan Pei NeiKatanya, projek ini dijangka menangani ancaman banjir di Bandar Rawang, Bandar Country Homes, Kota Emerald, Kota East West, Kampung Sungai Bakau dan Kampung Sungai Dua.

“Pihak Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sudah luluskan permohonan melebar dan menaiktaraf Sungai Gong.

Pihak Pegawai Daerah juga telah buat lawatan tapak untuk mengenal pasti kawasan yang akan jadikan kawasan tadahan air bila hujan lebat,” kata Pei Nei kepada Selangor Kini di Bandar Rawang.
Kata Pei Nei lagi, Kerajaan Negeri mensyaratkan semua projek pembangunan pada masa akan datang membina longkang monsun supaya pengaliran air lebih cepat.

“Yang penting pihak JPS dan pihak lain yang bertanggungjawab perlu buat pemantauan secara berterusan supaya dapat mengekalkan kebersihan sungai dan longkang.

“Ia supaya memastikan kelancaran aliran air bukan sahaja pada musim hujan tetapi juga pada musim biasa,” kata beliau lagi.

EZY

Kejohanan Bola Sepak Piala Mega Ahli Majlis DUN Rawang

24 pasukan yang bertanding pada kejohanan berkenaan mendapat tawaran menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru yang menjadi medan melahirkan pemain bola sepak berwibawa.