Categories
AGENDA NASIONAL

Misi cari kapsul masa di Antartika

SHAH ALAM, 14 NOV: Tiga wanita muslim yang dipilih sebagai Ratu Ais bagi ekspedisi ke Antartika diberi tanggungjawab penting untuk melunaskan misi mencari dan membawa pulang kapsul masa lama ditanam wirawati negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir pada 2004.

Sharifah yang juga Mentor Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA) berkata, menerusi pengembaraan bersalji yang bermula 18 Disember ini, kumpulan terbabit juga ditugaskan untuk menanam kapsul masa baharu.

Katanya, kapsul itu ditanam sebagai menyuntik inspirasi kepada generasi baharu untuk menakluki benua Antartika sebelum atau pada 2020.

“Saya mahu mengotakan janji yang terakhir (mencari kapsul), oleh sebab itu saya mengambil pendekatan untuk membentuk ikon dan protege baharu.

“Sekurang-kurangnya kita ada pelapis untuk meneruskan pengembaraan ini dan mereka (tiga protege) adalah orangnya.

“Kita harap kapsul (mengandungi mandat bekas Perdana Menteri) dapat ditunjukkan kepada orang ramai. Jadi, kena tunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila kami kembali nanti,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar bagi memperkenalkan tiga protege terbaik ekspedisi itu, di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini hari ini.

Difahamkan, kapsul yang ditanam sejak 14 tahun lalu di Kutub Selatan itu perlu dilakukan segera berikutan lokasi penanamannya berada berhampiran sebuah pusat penyelidikan Amerika Syarikat, selain dibimbangi memasuki kawasan berkenaan.

Mengulas berhubung misi penanaman kapsul baharu, Sharifah berkata, kapsul berisi sepucuk surat itu kemungkinan mengandungi mesej atau pesanan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tempoh masa tertentu.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu maklum balas daripada beliau (Tun Mahathir). Malah, kita juga sudah menghantar permohonan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memasukkan misi ini.

“Kita juga membuka peluang ini untuk sesiapa sahaja termasuk penaja yang menyokong ekspedisi ini. Sekiranya tiada pesanan sebelum berangkat ke sana, AWETA akan meletakkan misi sebagai simbolik (ekspedisi) ini,” katanya.

Ketiga-tiga protege yang diwakili Siti Jumaidah Bensali, 34; Salehah Abu Nor, 33 dan Nurul Atiqah Tamarun, 31 dijangka menamatkan cabaran di benua Antartika pada 3 Januari tahun hadapan.

Categories
GLOBAL NASIONAL

Jumlah pelancong ke Antartika meningkat dalam tempoh 5 tahun

ANTARTIKA, 11 MAC: Jumlah pelancong yang melawat Antartika meningkat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, menurut data Persatuan Pelancong Antarabangsa Antartika (IAATO).

Data itu mendedahkan terdapat peningkatan 28 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, menyaksikan pada 2013 hingga 2014 seramai 37,405 orang pelancong meningkat kepada 51,707, pada 2017 hingga 2018.

Kos lawatan ke Antartika kira-kira US$5,500 hingga US$96,100.

Kebanyakan pelawat yang mengunjungi benua itu 33 peratus dari Amerika Syarikat, diikuti China (16 peratus) dan Australia (11 peratus).

Pembantu Operasi dan Komunikasi IAATO, Amanda Lynnes berkata, jumlah pelancong ke benua itu diramal akan terus meningkat pada tahun berikutnya.

Beliau berkata, bagi memastikan alam semula jadi terus terpelihara, kapal yang membawa lebih 500 penumpang tidak dibenarkan melawat benua itu. -BERNAMA

Categories
SELANGOR

Misi mencari kapsul masa di Antartika

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 OKT: Seramai lima protege bakal terpilih bagi mengikuti misi membawa balik kapsul masa yang ditanam di Antartika, pada Disember 2004.

Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, kapsul masa yang ditanamnya itu disasarkan untuk digali semula pada 2020.

Katanya, ia bagaimanapun dipercepat selepas mengambil kira faktor pemanasan global.

“Kapsul itu berisi sepucuk surat ditulis saya dan ditujukan kepada seseorang dan hanya akan diketahui pada penghujung 2018 nanti.

“Protege juga akan menanam kapsul masa baru, KMTN50 untuk digali semula pada 2050,” katanya pada sidang media.

Bertempat di Pejabat All Women Expedition to Antartica (AWETA), di sini, ia turut disertai, Pengarah Projek AWETA 2018, Dato’ Noorizah Abd Hamid.

Penyertaan AWETA 2018 terbuka kepada semua wanita rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat dan melepasi ujian ditetapkan.

Antara lokasi temuduga seterusnya di adalah di Ipoh pada 4 November 2017, Melaka (5 November), Kuala Kubu Bharu (18 November), Putrajaya (21 November) dan Universiti Utara Malaysia (7 Disember).

AWETA juga akan ke lokasi di Sabah dan Sarawak yang akan ditentukan tarikhnya kelak.

Hanya 30 peserta akan terpilih untuk disenarai pendek kepada lima finalis, menerusi program realiti TV selama 13 minggu.

Mereka akan menjalani latihan intensif di dalam dan luar negara negara selama lebih kurang enam bulan.

Kelima peserta bakal mencipta nama sebagai Ekspeditor Wanita Berkumpulan Pertama Malaysia berjaya menjelajah Antartika.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Larian Amal Antartika 7 Jan 2018 di Shah Alam

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 OKT: Orang ramai dijemput menyertai Larian Amal Antartika 2018 yang dijadual berlangsung di Shah Alam, pada 7 Januari 2018.

Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata, ia diadakan bagi menyokong misi ekspedisi lima wanita ke Kutub Selatan pada November 2018.

Katanya, dana diperolehi menerusi larian amal itu akan disalurkan ke tabung All Women’s Expedition To Antartica (AWETA) bagi menampung kos ekspedisi berkenaan.

“Setakat ini, kita menerima penyertaan yang menggalakkan dan kita sasarkan penyertaaan mampu mencecah sehingga 3,000 peserta,” katanya pada sidang media.

Bertempat di Pejabat AWETA, di sini, ia turut disertai, Pengarah Projek AWETA 2018, Dato’ Noorizah Abd Hamid.

Larian amal berkenaan bermula dan berakhir di Pejabat Karangkraf dan terbahagi kepada dua kategori iaitu 5 kilometer (KM) Fun Run dan 13 KM.

Peserta berpeluang memenangi wang tunai, medal unik dan hadiah menarik bagi kategori Kostum Antartika Terbaik.

Pada Mei lalu, AWETA memulakan pencarian lima Ratu Ais di beberapa lokasi seperti di Selangor, Johor, Terengganu dan Kelantan.

Noorizah berkata, pemenang 10 tempat teratas turut layak ke peringkat separuh akhir pencarian Ratu Ais.

“Pemilihan peringkat awal Ratu Ais akan berakhir pada pertengahan Januari 2018, manakala separuh akhir akan dijalankan pada Februari 2018.

“Kita sasarkan 30 peserta untuk ke peringkat seterusnya yang akan disaring menerusi program realiti TV, selewatnya awal Mei 2018,” katanya.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA GLOBAL

Saintis temui lubang besar ‘misteri’ di Antartika

GLOBAL 14 OKT: Sebuah lubang besar bersaiz mempunyai keluasan seperti negara Belanda kira-kira 80,000 km persegi ditemui saintis di Antartika baru-baru ini.

Lubang dikenali sebagai polynya itu ditemukan menerusi rakaman imej satelit.

Para penyelidik percaya bahawa polynya mungkin terbentuk kerana air yang dalam di Lautan Selatan lebih hangat dan lebih masin dari permukaan air.

Istilah polynya diambil daripada bahasa Rusia untuk kawasan air terbuka yang dikelilingi oleh ais.

Konveksi lautan berlaku di polynya apabila air hangat datang ke permukaan dan kemudian mencairkan ais laut dan menghalang ais baru daripada terbentuk.

Pasukan yang termasuk penyelidik dari Universiti Toronto dan Kumpulan Pemantauan dan Pemanasan Iklim di Selatan dan Observasi Iklim (SOCCOM) di Princeton University sedang memantau kawasan dengan teknologi satelit dan menggunakan terapung robot yang beroperasi di bawah ais laut untuk akhirnya menumpahkan beberapa cahaya pada polynya dan kesannya terhadap iklim.

Menurut para penyelidik dari GEOMAR Helmholtz Centre for Ocean Research Kiel, yang mula-mula menemui polymya, kini pada pertengahan musim sejuk di Antartika dan Laut Weddell biasanya diliputi oleh lapisan tebal ais laut.

Para saintis berkata, itu bukan kali pertama mereka melihat lubang tersebut.

Lubang besar itu terletak di Weddell Sea, timur Semenanjung Antartika dan kali pertama muncul ialah pada tahun 1970-an dan diperhatikan selama tiga musim sejuk berturut-turut.

Kemudiannya, lubang itu tertutup selama 40 tahun dan pernah terbuka selama tiga minggu pada tahun lalu.

Ahli fizik atmosfera, Kent Moore yang juga profesor di Universiti Toronto sedang mengkaji fenomena tersebut.

“Fenomena itu seperti anda menebuk lubang di dalam ais. Kami masih cuba mencari punca berlakunya lubang itu. Jika tiada satelit, kita tidak akan tahu kewujudannya,” katanya.

Moore dan saintis lain sedang menjalankan kajian untuk memahami kewujudan polynya.

Walaupun ada yang cuba me­ngaitkannya dengan perubahan iklim, Moore menegaskan dakwaan tersebut belum dapat disahkan.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Lawatan ke Antartika telan kos RM846,000, membazir wang rakyat

Oleh: Sim Tze Tzin

Saya amat terkejut dan terpingga atas satu delegasi yang dihantar oleh Kerajaan Terengganu ke Antartika.

Mengikut jawapan kerajaan, tujuan delegasi ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama antara Program Penyelidikan Antartika Malaysia (MARP), Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dengan Institut Penyelidikan Antartika Chile (INACH).

Antartika1Mengikut laman web MARP, sejak 1999, Kerajaan Malaysia telah membelanjakan RM13.7 juta dalam program MARP yang melibatkan lebih kurang 39 penyelidik.

Pertama, Saya kurang faham apa kena-mengena sebuah Negara tropika yang panas terik setiap hari dengan kajian perubahan iklim di Antartika.

Apa rasionalnya kita mengkaji kabatic winds untuk menyejukan salji (kabatic winds to cool the surface of continental snow surface)? Malaysia tidak ada salji.

Kita tidak menghalang sebarang penyelidikan saintifik, tetapi, kerajaan harus menjelaskan guna pakai hasil penyelidikan di antartika untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim di Malaysia.

Yang saya pasti, untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim, kerajaan haruslah kurangkan pengeluaran dan penggunaan minyak (fossil fuel) di Terengganu dan kurangkan penebangan hutan berleluasa di Terengganu.

Kedua, Delegasi lawatan ini adalah satu pembaziran wang rakyat. Delegasi ini telah membelanjakan sejumlah RM846,328.26 dengan purata belanja RM105,791 seorang.

Adakah wang pembayar cukai Malaysia diguna pakai dengan bijak? Dalam keadaan hutang Negara yang tinggi dan pemotongan subsidi yang mendadak, kita kesal kerajaan masih membenarkan lawatan yang cukup membazirkan.

Ketiga, delegasi “high profile” ini kebanyakan terdiri daripada ahli politik, Setiausaha Sulit MB, KSU, duta besar dan bukannya penyelidik. Hanya Prof Dato Dr. Azizan Abu Samah sahaja yang terlibat dalam National Antartica Research Center.

Maka kita nak tanya adakah ini satu lawatan sambil melancong atau lawatan penyelidikan? Kalau kita serious dengan penyelidikan, bukankah lebih baik duit hampir RM 1juta ini diberikan kepada MARP dan para penyelidik? MARP hanya dapat RM2juta dalam penyelidikan sejak Julai 2012.

Keempat, mengapa Menteri Besar mengetuai delegasi? Beliau bukan menteri Sain dan Teknologi. He has no business there.

Akhir sekali, saya ingin melahirkan kekhuatiran bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menubuh stesen penyelidikan Antartika Malaysia-Chile yang tetap.

Penyelidikan Antartica didominasi oleh Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, UK, Canada yang mempunyai research grant yang banyak.

Dengan kemasukan Malaysia dengan bajet penyelidikan yang kecil, kita tidak akan ke mana. Nasib akhirnya akan menjadi gajah putih. Akhirnya ia akan hanya menguntungkan ahli-ahli politik yang ingin melancong ke tempat-tempat exotic sahaja.

* Sim Tze Tzin adalah Ahli Parlimen Bayan Baru

Categories
NASIONAL

PKR: MB Terengganu patut perjelas siapa tanggung lawatan ke Antartika

TERENGGANU 25 JAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu menjelaskan pihak yang menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika.

Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata Mat Said sepatutnya menumpukan kepada pembangunan Terengganu dan bukan menumpukan usaha di luar tugasan beliau.

antartika“Kepimpinan Terengganu tidak mempunyai perancangan jelas. Pembangunan fizikal dibuat tanpa perancangan, tidak sempurna dan ada yang separuh jalan.

“Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu. Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah,” kata Azan dipetik Keadilan Daily.

Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Antartika1Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Bagaimanapun, semalam, YDSM dalam kenyataannya menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.

Azan IsmailMenurut Azan, beliau turut mempersoalkan kapasiti Ahmad Said mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya mengetuai misi berkenaan

“Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan antartika. Apakah belanja ini ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar.

“Sekarang sudah jadi lucu. Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari antartika,” katanya.

Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.

EZY