Categories
AGENDA GLOBAL

PBB: Sejuta korban Covid-19 ‘tahap paling menyakitkan’

NEW YORK, 29 SEPT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Antonio Guterres menyifatkan jumlah kematian global akibat Covid-19 yang kini mencecah sejuta orang, satu “tahap amat menyakitkan” lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah kematian Covid-19 di seluruh dunia mencecah satu juta, dengan lebih 33 juta kes disahkan dan lebih 23 juta dalam pemulihan.

“Dunia kita sudah berada pada tahap paling buruk: kehilangan sejuta nyawa akibat pandemik Covid-19. Jumlah yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran. Namun, kita tidak boleh lupakan setiap kehidupan individu. Mereka adalah ayah dan ibu, isteri dan suami, ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja. Rasa sakit itu berlipat kali ganda disebabkan penyakit yang tidak dapat dikawal ini, ” kata Guterres dalam satu kenyataan.

“Dan masih belum ada pengakhiran untuk penyebaran virus ini, kehilangan pekerjaan, gangguan pendidikan, pergolakan terhadap hidup kita. Kita mampu harungi cabaran ini. Tetapi kita mesti belajar daripada kesilapan.

“Kepimpinan yang bertanggungjawab penting. Ilmu penting. Kerjasama juga perlu – dan maklumat yang salah boleh membunuh, ” katanya.

Guterres menyeru agar sentiasa menjaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

72 petugas PBB terbunuh tahun ini

NEW YORK, 7 SEPT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, setakat tahun ini, seramai 25 kakitangan perkhidmatan awam, 43 anggota pasukan pengaman dan empat pegawai polis PBB terbunuh, lapor agensi berita Xinhua, semalam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Pekerja PBB dan majlis memperingati mangsa yang terkorban.

Ketua PBB turut menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.

Petugas barisan depan PBB menghadapi pelbagai cabaran seperti menangani keperluan kemanusiaan, menjaga keamanan dan mempertahankan hak asasi manusia, kata Guterres.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

PBB sokong usaha wujud zon bebas tentera di Idlib

NEW YORK, 19 SEPT: Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengalu-alukan usaha Russia dan Turki untuk mewujudkan zon bebas tentera di Wilayah Idlib, Syria.

Persetujuan antara kepimpinan tertinggi kedua negara itu dilihat mampu membendung serangan tentera dan pihak pemberontak terhadap jutaan orang awam di sana.

Dalam pada itu, Guterres turut meminta semua pihakterbabit dalam persengketaan di Syria memberikan kerjasama bagi melaksanakannya.

Pada masa sama, Guterres juga menggesa semua pihak memastikan bantuan kemanusiaan dapat terus disalurkan di semua kawasan di Idlib, yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk.

– AFP