Categories
SUKANKINI

ARRC: Azlan Shah tak tertekan hadapi pusingan akhir

SHAH ALAM 28 NOV: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman tidak mahu dibebani harapan untuk meraih gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, minggu ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu yang ketika ini menghuni tangga keempat keseluruhan sebaliknya selesa bertindak sebagai pelumba bukan pilihan meskipun hanya 10 mata ketinggalan kepada pendahulu, Mohd Zaqhwan Zaidi.

“Saya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan kepada diri sendiri. Saya hanya memikirkan bagaimana untuk tampil terbaik ketika di litar dan bagaimana untuk memenangi perlumbaan. Lima pelumba teratas masih berpeluang dan sedang bersaing sengit memburu kejuaraan.

“Tumpuan lebih diberikan kepada Zaqhwan kerana dia sedang mendahului kedudukan. Saya selesa tampil selaku pelumba ‘underdog’ dan menamatkan perlumbaan di atas podium,” jelas juara tahun 2013 itu.

Pada masa sama, Azlan dan rakan sepasukan, Ahmad Yudhistira turut mempunyai misi untuk membantu pasukan muncul juara keseluruhan setelah mendahului kedudukan ketika ini dengan 155 mata, sembilan mata mengatasi juara bertahan, Musashi Boon Siew Honda Racing yang berada di kedudukan kedua.

“Kiraan mata diambil dari pelumba terbaik pasukan. Yudhistira ketika ini juga sedang bersaing untuk gelaran keseluruhan. Ini akan memberi kelebihan buat pasukan kerana tidak kira saya ataupun Yudhis pasti akan memungut seberapa banyak mata.

“Kami optimis mampu untuk menamatkan dominasi pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing yang memegang gelaran pasukan terbaik selama lima tahun berturut-turut,” tambah Azlan yang pernah membantu pasukan berpengkalan di Malaysia itu memegang gelaran pasukan terbaik pada 2012 dan 2013.

Kali terakhir jentera Kawasaki memenangi gelaran pada tahun 2011 melalui Katsuaki Fujiwara sebelum penguasaan oleh Musashi Boon Siew Honda Racing.

Categories
SUKANKINI

ARRC: Maju Motor buru status pasukan terbaik

SHAH ALAM 10 OKT: Selepas mengesahkan gelaran juara berpasukan dalam saingan Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pasukan Maju Motor kini dalam misi untuk mengesahkan gelaran juara berpasukan dalam saingan CP115 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan, minggu ini.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor melalui gandingan Mohd Akid Aziz dan Mohd Haziq Fairues kini mengumpul 226 mata, 90 mata meninggalkan pencabar di tangga kedua, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ diikuti Motul Zeneos Yamaha YY Pang ketiga dengan 100 mata.

Seandainya mereka mengulangi pencapaian pusingan lepas di Kelantan sebagai juara dan naib juara, pasukan ini akan mengutip 45 mata maksimum menjadikan 271 mata, gagal dicabar oleh mana-mana pasukan dengan hanya berbaki 90 mata maksimum yang ditawarkan pada dua pusingan terakhir musim 2017.

Pada masa sama, pasukan yang mendapat tajaan UMA Racing di saingan ARRC ini telahpun mengesahkan kedudukan selaku juara keseluruhan Underbone 150cc ARRC di India, 24 September lepas meskipun masih berbaki satu pusingan perlumbaan yang akan berlangsung di Thailand, Disember nanti.

Untuk rekod, pasukan Maju Motor merekod kejayaan gemilang pada musim 2016 dengan memenangi gelaran individu dan berpasukan dalam saingan CP130 dan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS selain pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor turut meraih gelaran berpasukan dalam saingan Underbone 130cc ARRC.

Musim 2017 turut menyaksikan pasukan ini berada dilandasan terbaik untuk memenangi enam gelaran apabila kini sedang mendahului senarai keseluruhan dalam kategori CP150 manakala Kasma Daniel Kasmayuddin kini mendahului carta pelumba kategori CP150.

Akid juga berada dalam landasan terbaik untuk mengekalkan gelaran juara CP115 2016 apabila sedang mendahului kedudukan dengan 130 mata selain turut berpeluang untuk menamatkan kemarau kategori Underbone bagi Malaysia di Kejuaraan ARRC sejak 2010 apabila sedang mendahului kategori Underbone 115cc dengan 164 mata.

“Saya akan bekerja keras dan tidak memandang mudah tugasan untuk memastikan gelaran pasukan terbaik kekal milik kami.

“Kami tidak memandang mudah walaupun mempunyai bekalan selesa kerana saya juga mahu memastikan gelaran indivudu juga menjadi milik saya,” jelas Akid.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Azlan mahu tebus aksi hambar di Indonesia

SHAH ALAM 21 SEPT: Azlan Shah Kamaruzaman tekad kembali ke podium bagi mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu SuperSports 600cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, minggu ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu jelas kecewa selepas prestasi kurang memberangsangkan sewaktu pusingan keempat di Litar Sentul, Indonesia selepas sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ketujuh dan kedudukan kesembilan dalam Perlumbaan 2.

Namun juara keseluruhan musim 2013 itu masih berupaya menjarakkan diri di tangga teratas dengan mengumpul 118 mata, 20 mata mengatasi Taiga Hada yang berada di kedudukan kedua.

“Pada tahun 2013, saya muncul naib juara dalam kedua-dua perlumbaan sewaktu kali terakhir perlumbaan ARRC berlangsung di litar ini. Namun suasana ketika itu agak berbeza.

SHZ_3156“Tahun ini saya menggunakan jentera berbeza. Dunlop juga memperkenalkan tayar baharu di sini. Mungkin ini akan dapat membantu saya untuk lebih pantas.

“Saya mahu mencari bekalan selesa sebelum pusingan terakhir di Thailand Disember nanti,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Akid fokus menang podium di India

SHAH ALAM 20 SEPT: Persaingan sengit melibatkan pelumba negara, Mohd Akid Aziz dalam memburu gelaran juara keseluruhan Underbone 150cc bakal berterusan apabila kontinjen Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) akan turun beraksi di Litar Lumba Motor Madras, India pada 22 hingga 24 September ini.

Setakat empat pusingan lepas, pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor sedang mendahului carta keseluruhan dengan 131 mata diikuti pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) kedua, 115 mata dan Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing) ketiga, 94 mata.

Berbaki dua pusingan melibatkan empat perlumbaan akhir sahaja lagi, Akid menjadi harapan untuk menamatkan kemarau gelaran underbone buat pelumba negara yang kali terakhir dimenangi Mohd Affendi Rosli pada tahun 2009.

Akid in podium“Pendekatan saya mudah, turun tanpa tekanan dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang gelaran keseluruhan. Saya hanya akan cuba memberikan aksi sebaik mungkin kerana masih ada 100 mata maksimum yang boleh dikutip.

“Keadaan litar mungkin memberi kelebihan atau kekurangan kepada pelumba kerana kebanyakannya tidak pernah beraksi di sini. Malah kelas perlumbaan juga berbeza memandangkan sebelum ini melibatkan kategori 115cc.

“Ketiadaan pelumba wildcard tuan rumah yang handal seperti di Indonesia juga menjadikan peluang sama rata buat kami semua. Apa yang penting, saya perlu menaiki podium dan pada masa sama tidak boleh membiarkan Wahyu jauh di hadapan saya,” kata pelumba berusia 19 tahun itu.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Helmi sasar menang podium, beri saingan sengit

SHAH ALAM 19 SEPT: Mohd Helmi Azman menyasarkan untuk sekali lagi meraih podium berganda dalam saingan Underbone 150cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India pada 22 hingga 24 September ini.

Pelumba Onexox TKKR Racing itu berkata dia yakin mampu mengulangi pencapaian meraih tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 dan muncul naib juara dalam Perlumbaan 2 pada aksi pusingan keempat di Litar Antarabansa Sentul, Indonesia, Ogos lepas.

“Aksi saya pada musim ini agak konsisten kecuali sewaktu di Suzuka. Dua podium yang diraih di Indonesia meningkatkan keyakinan saya untuk sekali lagi menaiki podium pada minggu ini.

“Pasukan juga menyediakan jentera yang bagus. Cuma keadaan litar sepanjang 3.717 kilometer itu agak asing bagi saya dan pasukan namun kami yakin dapat menyesuaikan diri dengan cepat,” jelas Helmi yang kini berada di tangga keempat keseluruhan dengan 87 mata.

Helmi double podium in SentulSelepas empat pusingan, rakan senegara, Md Akid Aziz (UMA Racing Yamaha Maju Motor) mendahului carta keseluruhan dengan 131 mata diikuti pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) kedua, 115 mata dan Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing) ketiga, 94 mata.

Kali terakhir saingan ARRC berlangsung di Litar Lumba Motor Madras, Chennai adalah pada tahun 2013.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan sasarkan podium di Sentul

SHAH ALAM 9 OGOS: Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi sasarkan untuk menaiki podium pada saingan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC).

Kejohanan itu akan berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, 12 dan 13 Ogos ini bagi terus menghambat kedudukan pendahulu keseluruhan milik seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing yang juga juara bertahan itu kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 80 mata, 22 mata ketinggalan kepada Azlan dan dua mata di belakang Yuki ito yakin mampu meraih keputusan positif berdasarkan dua podium yang diraih di litar sama pada musim lepas.

“Jurang mata semakin jauh selepas pusingan ketiga di Suzuka namun saingan masih panjang.

SHZ_0430“Kami masih ada baki enam perlumbaan, Cuma saya tidak boleh membiarkan Azlan untuk terus menjarakkan diri,” jelas Zaqhwan.

Tambahnya, pada masa sama dia sentiasa yakin pasukan mampu melakukan persediaan yang terbaik sebagaimana ketika aksi di Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8 Hour di Jepun, baru-baru ini.

Gandingan yang diketuai pengurus, Zulhelmi Ahmad dan rakan-rakan lain melakukan tugasan cemerlang di Suzuka, jadi momentum itu pasti akan berterusan di Indonesia minggu ini,” jelas Zaqhwan.

Dia yang menamatkan saingan Suzuka 8-Hour di kedudukan kelapan keseluruhan bersama-sama rakan sepasukan Dimas Ekky Pratama (Indonesia) dan Ratthapong Wilairot (Thailand).

Pada masa sama Zaqhwan juga ingin menebus kekecewaan sekadar menamatkan perlumbaan di sewaktu pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Jasin

“Saya begitu kecewa dengan aksi di Jasin. Kerja keras kami sepasukan serba tidak menjadi.

“Saya gagal memungut sebarang mata dan gagal tersenarai dalam 10 pelumba ke Superpole buat pertama kalinya. Saya akan bekerja keras untuk menebus kekecewaan tersebut di Indonesia nanti.” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Akid waspada pertahan kedudukan di Litar Suzuka

SHAH ALAM 31 MEI: Perlumbaan kategori underbone kembali bersaing di Litar Suzuka, Jepun setelah tidak berada dalam kalendar perlumbaan pada musim lepas dengan pelumba Malaysia, Md Akid Aziz bersedia untuk terus mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan kategori Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pada 2 hingga 4 Jun ini.

Pelumba Uma Racing Yamaha Maju Motor berusia 19 tahun itu kini mendahului kedudukan dengan 65 mata, 14 mata mengatasi Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing).

Manakala juara Underbone 130cc musim 2016 sebelum bertukar ke kategori 150cc pada musim ini, Wahyu Aji Trilaksana di tangga keempat dengan 45 mata.

Mengulas tentang persediaan menghadapi perlumbaan di litar sepanjang 5.8km itu, Akid berkata, saingan minggu ini mungkin sedikit sukar bagi nya dan rakan sepasukan, (Md Haziq Fairues) kerana tidak pernah berlumba di sini berbanding sebahagian pasukan yang pernah beraksi di sini pada tahun 2015.

“Cuma secara teknikal, tidak banyak pasukan mempunyai kelebihan dari segi data jentera kerana jentera 150cc ini pertama kali dipertandingkan di Suzuka.
“Saya berharap seluruh pasukan dapat membantu kami menyediakan jentera yang terbaik. Pasukan dan pelumba mana yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat akan mempunyai kelebihan.

“Cuma saya perlu lebih berhati-hati dan mengelak daripada keciciran mata. Perlumbaan baru masuk ke pertengahan musim, masih ada banyak baki perlumbaan.

“Saya perlu meminimumkan kesilapan dan perlu meraih penamat di atas podium sebanyak mungkin,” jelas Akid yang terpilih bersama lima lagi pelumba Asia lain menjalani latihan di Kem Master VR46 di Itali, baru-baru ini.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Kecederaan bukan penghalang Zaqhwan buru podium di Buriram

SHAH ALAM 11 APRIL: Meskipun masih belum pulih dari kecederaan retak tiga jari kaki kanan, semangat Mohd Zaqhwan Zaidi tetap membara untuk turun mempertahankan kejuaraan dalam kategori SuperSports 600cc.

Pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand bermula 13 hingga 15 April ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mengalami kecederaan dan gagal meneruskan Perlumbaan 2 SuperSports 600cc setelah terjatuh pada peringkat awal perlumbaan meskipun tampil cemerlang menjuarai Perlumbaan 1 sebelum itu sewaktu pusingan pertama ARRC di Litar Johor, awal bulan ini.

“Kesakitan ini tidak apa-apa jika dibandingkan dengan semangat saya untuk menang. Kecederaan tidak menghalang pelumba untuk memenangi perlumbaan.

“Saya tidak bol eh kehilangan mata lagi setelah gagal mengutip sebarang mata pada Perlumbaan 2 sewaktu di Johor,” jelas Zaqhwan yang kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 25 mata.

Kedudukan teratas milik Taiga Hada (45 mata) diikuti Azlan Shah Kamaruzaman (33 mata).

“Saya perlu merapatkan jurang perbezaan mata ini di Buriram,” jelas Zaqhwan.

Jadual Zaqhwan agak padat sepanjang April apabila dijadualkan terbang ke Jepun sebaik Pusingan 2 ARRC di Buriram berakhir untuk mengambil bahagian dalam Perlumbaan Suzuka 2 & 4 di Jepun, pada 22 dan 23 April.

“Perlumbaan Suzuka 2 & 4 merupakan sebahagian daripada latihan untuk menyertai perlumbaan Suzuka 8-hour Endurance, Julai nanti.

Saya perlu menggunakan masa itu nanti untuk lebih membiasakan diri dengan litar Suzuka,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan bermula cemerlang juara SuperSports 600cc

PASIR GUDANG 2 APR: Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi memulakan musim 2017 dengan cemerlang apabila berjaya memenangi Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor, semalam.

Juara SuperSports 600cc 2016 itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 24’48.515s mengatasi pelumba muda pasukan Rama Honda by NTS T. Pro Ten 10, Taiga Hada dengan kelebihan 0.739s diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing) di tangga ketiga dengan masa 24’52.067s.

“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana mereka sentiasa percaya kemampuan saya untuk memenangi perlumbaan dan sentiasa melakukan persiapan terbaik untuk mengharungi perlumbaan,” jelas pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu.

Bercakap tentang perlumbaan, Zaqhwan berkata, perlumbaan ini bukanlah perlumbaan mudah kerana cabaran sengit daripada Taiga dan pelumba lain seperti Decha Kraisart.

“Walaupun bermula dengan baik, namun saya ketinggalan di kedudukan kedua selepas pusingan kedua setelah dipintas Decha.

Zaqhwan (21) and Taiga“Dari situ, saya lihat Decha agak pantas, namun saya cuba konsisten dengan kelajuan disamping mengawal penggunaan tayar dengan baik. Masuk ke pertengahan perlumbaan saya lihat Decha semakin perlahan dan saya mencari ruang untuk memintas dan mendahului perlumbaan.

“Saya agak terkejut apabila melihat Taiga yang berada di belakang saya namun gembira kerana dia merupakan pelumba yang masih muda dan semakin menunjukkan peningkatan,” jelas Zaqhwan.

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki) menamatkan saingan di tempat keempat dengan masa keseluruhan 24’56.546s.

Sementara itu, Gerry Salim (Astra Honda Racing Team) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pelumba pertama yang pernah memenangi perlumbaan kategori SuperSports 600cc dan Asia Production 250cc.

Dia memenangi perlumbaan itu dengan masa keseluruhan 20’52.279s sekaligus menjadi pelumba pertama dari Indonesia yang memenangi perlumbaan dalam kategori ini. Sebagai rekod, Gerry Salim pernah memenagi perlumbaan SuperSports 600cc di Indonesia pada musim lepas.

Tempat kedua menjadi milik Takehiro Yamamoto (Sidrap Honda Ikazuchi Racing Team) yang menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 20’52.334s diikuti pelumba Thailand, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) dengan masa 20’52.334s.

Dalam persaingan sengit Underbone 150cc menyaksikan Fakrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) diisytiharkan sebagai pemenang melalui penentuan kamera photo finish dengan perbezaan hanya 0.004s mengatasi pemenang tempat kedua, Md Akid Aziz (Uma Racing Yamaha Maju Motor).

Fakhrusy menamatkan perlumbaan dengan masa 14’55.380s sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan manakala Akid kedua dengan masa 14’55.384s. Tempat ketiga milik rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues yng menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’55.663s.
Keputusan Perlumbaan 1:

SuperSports 600cc

Perlumbaan akhir (16 pusingan)

1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 24’48.515s 25 mata

2. Taiga Hada (JPN) Honda 24′ 49. 2544s 20 mata

3. Yuki Ito (JPN) Yamaha 24’52.067s 16 mata

4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 24’56.546s 13 mata

5. Decha Kraisart (THA) Yamaha 24’56.993s 11 mata
Asia Production 250cc

Perlumbaan akhir (12 pusingan)

1. Gerry Salim (INA) Honda 20’52.279s 25 mata

2. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 20’52.738s 20 mata

3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 20’52.738s 16 mata

4. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 20’58.657s 13 mata

5. Awhin Sanjaya (INA) Honda 21’01.623s 11 mata

Underbone 150cc

Perlumbaan akhir (8 pusingan):

1. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) Honda 14’55.380s 25 mata

2. Md Akid Aziz (MAS) Yamaha 14’55.384s 20 mata

3. Md Haziq Fairues (MAS) Yamaha 14’55.663s 16 mata

4. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 14’55.804s 13 mata

5. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 14’55.916s 11 mata
=EZY=

Categories
NASIONAL

ARRC: Zaqhwan hampiri kedudukan pendahulu

SENTUL INDONESIA 7 OGOS: Pelumba Malaysia, Md Zaqhwan Zaidi merapatkan jurang kedudukan pendahulu keseluruhan kepada tujuh mata setelah berjaya menamatkan Perlumbaan 1 SuperSports 600cc di tempat ketiga pada saingan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Sentul, Indonesia, semalam.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Malaysia itu berjaya menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 24’28.161s untuk menambah 16 mata kejuaraan menjadikan jumlah keseluruhan 111 mata di belakang pendahulu, Tomoyoshi Koyama (T Pro Yuzy Honda NTS With Wow) yang mengumpul 118 mata.

Terlebih dahulu, Zaqhwan yang mencatat masa terpantas pada hari pertama kejuaraan terpaksa akur kepada dua pelumba tuan rumah, Gerry Salim dan Dimas Ekky Pratama yang mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan untuk berada di petak pertama dan kedua manakala Zaqhwan hanya memulakan perlumbaan dari petak ketiga.

Bermula dari barisan hadapan turut memberi kelebihan buat dua pelumba Astra Honda Racing Team itu untuk muncul juara dan naib juara perlumbaan dimana Gerry muncul juara dengan masa keseluruhan 24’27.838s diikuti Dimas, 24’27.932s.

“Perlumbaan hari ini sangat sengit. Saya memintas Koyama pada pusingan ke-11 dan pada masa sama, pendahulu, Ahmad Yudhistira terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Pada dua pusingan terakhir saya lihat Gerry dan Dimas saling berebut kedudukan pertama, jadi saya turut mengambil peluang untuk memintas mereka.

Walaupun berjaya mendahului kedudukan, namun saya melakukan sedikit kesilapan dan membolehkan Gerry dan Dimas kembali mendahului perlumbaan pada penghujung perlumbaan.

Sudah agak lambat untuk saya kembali bertindak, jadi saya memutuskan untuk terus kekal di kedudukan ketiga pada Perlumbaan 1 ini,” jelas Zaqhwan.

Dalam pada itu, juara bertahan, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) terus memberikan tekanan kepada pendahulu apabila berjaya meraih gelaran juara pada Perlumbaan 1 Asia Production 250cc.

Yamamoto muncul juara dengan masa keseluruhan 21’21.719s menewaskan duo AP Honda Thailand, Vorapong Malahuan dan Somkiat Chantra yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan ketiga dengan masa 21’22.222s dan 21’22.429s.

Jumlah 25 mata yang dipungut meletakkan Yamamoto di tangga kedua keseluruhan dengan 115 mata, 31 mata di belakang pendahulu, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) yang mengumpul 146 mata. Rakan sepasukan Apiwat, Peerapong Loiboonpeng di tangga ketiga dengan 93 mata.

Sementara itu, pelumba IUGB AFB Tech Racing, Md Helmi Azman mencipta kejutan apabila muncul juara pada penampilan pertamanya di dalam kelas Underbone 130cc sekaligus menewaskan pelumba-pelumba lebih berpengalaman.

Md Helmi menamatkan 10 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19’45.426s diikuti pelumba wildcard tuan rumah, Wahyu Nugraha (Yamaha Traxx-D TJM Bien Racing) dengan masa 19’45.469s. Tempat ketiga milik seorang lagi pelumba Malaysia, Md Amirul Ariff Musa (T Pro Yuzy Honda NTS With Wow) dengan masa 19’45.598s.

Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing Team) yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat terus kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 82 mata diikuti Md Amirul dengan 73 mata dan Wahyu Aji Trilaksana (TPK48 BKMS Indonesia) ketiga, 63 mata.

Keputusan Perlumbaan 1
SuperSports 600cc
1. Gerry Salim (INA) Honda 24’27.838s 2. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 24’27.932s 3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 24’28.161s 4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 24’28.681s 5. Decha Kraisart (THA) Yamaha 24’39.876s

Kedudukan keseluruhan
1. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 118 mata 2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 111 mata 3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 104 mata 4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 89 mata 5. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 83 mata

Asia Production 250cc
1. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 21’21.719s 2. Vorapong Malahuan (THA) Honda 21’22.222s 3. Somkiat Chantra (THA) Honda 21’22.429s 4. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 21’22.436s 5. Imanuel Putra Pratna (INA) Yamaha 21’22.600s

Kedudukan keseluruhan
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 146 mata 2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 115 mata 3. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 93 mata 4. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 89 mata 5. Yusuke Nakamura (JPN) Yamaha 62 mata

Underbone 130cc
1. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 19’45.426s 2. Wahyu Nugraha (INA) Yamaha 19’45.469s 3. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 19’45.598s 4. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) 19’45.656s 5. Sasitharen Sukumaran (MAS) Honda 19’45.908s

Kedudukan Keseluruhan:
1. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) Yamaha 82 mata 2. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 73 mata 3. Wahyu Aji Trilaksana (INA) 63 mata 4. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MAS) Honda 49 mata 5. Florianus Roy Brilyan (INA) Yamaha 41 mata

EZY

Categories
NASIONAL SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan terpantas di Sentul, catat rekod baharu litar

SENTUL, INDONESIA 6 OGOS: Md Zaqhwan Zaidi menyekat dominasi pelumba Indonesia apabila muncul pelumba terpantas kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, semalam.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda itu melakukan catatan terpantas 1’29.936s yang juga merupakan rekod baharu litar mengatasi catatan 1’29.984s milik Md Zamri Baba pada minit akhir sesi latihan bebas kedua sekaligus mengatasi catatan empat pelumba tuan rumah yang mendominasi kelompok depan di sepanjang sesi latihan hari pertama.

“Saya terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan masa terbaik dan mengatasi catatan pelumba tuan rumah yang mempunyai banyak kelebihan di litar ini. Dengan permukaan litar yang sangat mencabar, mereka mempunyai banyak kelebihan kerana kerap kali beraksi di sini.

“Dengan empat pelumba Indonesia berada di kelompok hadapan, situasi seperti ini pasti menjadikan perlumbaan akhir nanti lebih sukar,” jelas Zaqhwan.

Pelumba Rookie Astra Honda Racing, Gerry Salim muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 1’29.955s diikuti rakan sepasukan, Dimas Ekky Pratama dengan masa 1’30.244s.

Duo Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Andy Muhammad Fadly dan Ahmad Yudhistira masing-masing mencatat masa terbaik 1’30.278s dan 1’30.348s.

Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, pelumba tuan rumah, Galang Hendra Pratama (Yamaha Racing Indonesia) muncul pelumba terpantas buat kali pertama musim ini dengan catatan masa terbaik 1’44.229s.

Sementara itu dua pencabar utama kejuaraan, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) dan 1’44.822s Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) kekal memberikan cabaran setelah masing-masing mencatat masa kedua dan ketiga terpantas dengan masa 1’44.822s dan 1’45.204s.

AFS46 - UB130 Fazli
UB130 Fazli

Saingan Underbone 130cc, dua pelumba negara, Md Amirul Ariff Musa dan Ahmad Fazli Sham bakal memulakan perlumbaan dari barisan hadapan setelah mencatat masa kedua dan ketiga terpantas pada sesi superpole.

Md Amirul (T Pro Yuzy Honda NTS With Wow) bermula di petak kedua dengan masa terbaik 1’55.985s diikuti Ahmad Fazli (UMA Racing Yamaha Maju Motor) ketiga, 1’56.135s.

Pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (TPK48 BKMS Indonesia) bakal bermula dari petak pertama dengan catatan masa terpantas 1’55.802s.

EZY