Categories
SUKANKINI

ARRC: Ramdan bersemangat ke Suzuka

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 JUN: Pelumba negara, Mohd Ramdan Rosli mengakui, tugas sukar mengulangi pencapaian podium di Australia apabila bertandang ke Litar Suzuka, Jepun, bagi perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC), bermula hari ini hingga 3 Jun ini.

Pelumba Hong Leong Yamaha Malaysia itu mencipta kejutan apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam perlumbaan kedua selepas perlumbaan pertama dibatalkan, sekali gus meraih podium pertamanya dalam kelas SuperSports 600cc.

Beliau berkata, podium di Australia menjadi pembakar semangat untuknya beraksi lebih baik di litar Suzuka walaupun mungkin faktor nasib turut membantu, namun ia tak boleh dicapai tanpa usaha bersama pasukan, sepanjang minggu.

“Memang tidak dinafikan bukan tugas mudah untuk menaiki podium di Suzuka terutama dengan kehadiran ramai pelumba Jepun dan juara musim lalu, Anthony West, yang kembali beraksi, pada pusingan ini.

“Namun, jentera kami semakin baik berbanding pusingan pertama di Thailand dan saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan jentera serta yakin minggu ini pasukan akan menyediakan jentera terbaik,” katanya yang kali terakhir beraksi di litar Suzuka, pada 2013.

Ramdan yang bergandingan dengan pelumba muda, Kasma Daniel Kasmayuddin, berkata tumpuan sepenuhnya akan diberikan pada sesi latihan bebas pertama untuk mengumpul data dan menyesuaikan diri dengan litar.

Categories
SUKANKINI

ARRC: Azlan hadapi cabaran getir di Suzuka

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 MEI: Juara Asia dua kali, Azlan Shah Kamaruzaman berdepan cabaran getir bagi mempertahankan gelaran juara SuperSports 600cc apabila turun beraksi, pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun pada 1 hingga 3 Jun ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu memulakan kempen musim 2017 dengan baik apabila meraih dua podium sewaktu pusingan pembukaan, di Thailand.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pelumba berusia 34 tahun itu apabila menghadapi masalah mekanikal sewaktu di Australia menyebabkan Azlan jatuh ke tangga ketiga dalam senarai keseluruhan ketika ini.

“Litar Suzuka bukan litar kegemaran saya dan selain faktor bentuk teknikal litar, nasib saya juga tidak begitu baik di sini.

“Saya berharap nasib lebih baik pada tahun ini dengan pasukan mengadakan ujian persendirian, di sini (litar Suzuka) bersama jentera baharu Kawasaki Ninja ZX6R untuk mendapat lebih banyak data jentera bagi menjadikannya lebih kompetitif berbanding, di Australia.

“Saya akan bekerja keras minggu ini untuk kembali ke podium. Mudah-mudahan semua berjalan lancar,” katanya.

Azlan menghadapi tugas mencabar apabila jentera baharu digunakan difahamkan masih belum berada, pada tahap terbaik selain turut mengharapkan insiden kemalangan di litar Suzuka sepanjang dua tahun lalu tidak berulang.

Categories
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan teruja kembali beraksi

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 MEI: Mohd Zaqhwan Zaidi teruja untuk kembali beraksi dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, hujung minggu ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing berusia 23 tahun itu sebelum ini tidak beraksi pada pusingan kedua di Australia, April lalu bagi memberi tumpuan terhadap perlumbaan JSB1000 di Kejuaraan Seluruh Jepun MFJ.

Mohd Zaqhwan berkata, beliau tidak sabar untuk beraksi bersama keluarga besar ARRC dan pada masa sama berbangga dengan prestasi ditunjukkan pelumba rookie pasukan, Azroy Hakeem Anuar.

“Saya gembira dia berjaya menamatkan perlumbaan di kelompok 10 pelumba terbaik walaupun bermula dari barisan belakang.

“Pengalaman saya beraksi dalam saingan di Jepun akan digunakan sebaiknya untuk perlumbaan minggu ini,” katanya yang kini jatuh ke tangga ke-15 keseluruhan.

Juara keseluruhan pada 2014 dan 2016 itu berkata, perlumbaan terbabit memberi kelebihan kepadanya untuk memahami litar kerana baru beraksi di situ, bulan lalu.

“Pengalaman menggunakan jentera 1000cc yang lebih laju dan berat juga dapat meningkatkan penguasaan saya bersama jentera 600cc,” katanya.

 

Categories
SUKANKINI

ARRC: Mohd Izzat azam kekal momentum

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 MEI: Pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing, Mohd Izzat Zaidi, mempamer prestasi terbaik dengan mendahului kategori Underbone 150cc menjelang pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, minggu ini.

Selepas empat perlumbaan dalam dua pusingan lalu, Mohd Izzat mengumpul 67 mata mendahului pelumba lain dengan 11 mata hasil dua kemenangan dan dua penamat di kedudukan ketujuh serta kelapan.

Mohd Izzat berkata, ia bukan situasi pertama mendahului kedudukan seperti itu kerana pada 2016, beliau juga mendahului selepas dua pusingan perlumbaan namun gagal mengekalkan momentum sehingga ke penghujung musim dan perlu lebih berhati-hati kali ini.

“Belajar daripada kesilapan, saya menukar strategi memberi keutamaan untuk mengutip seberapa banyak mata berbanding mengejar podium.

“Saya perlu kekal mengutip mata secara konsisten dalam setiap pusingan namun pada masa sama juga berharap dapat meraih podium di sini (Litar Suzuka) kerana tidak pernah menaikinya sejak 2014,” katanya.

Dua lagi pelumba negara, Mohd Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) dan Mohd Affendi Rosli (Team One For All) berada di kedudukan kedua dan ketiga keseluruhan dengan masing-masing mengumpul 56 mata dan 44 mata.

Sepanjang empat tahun beraksi dalam kelas Underbone ARRC, pencapaian terbaik Mohd Izzat adalah di kedudukan ketiga keseluruhan pada musim 2016 dan keenam keseluruhan sewaktu kategori 150cc mula diperkenalkan pada musim 2017.

Categories
SUKANKINI

ARRC: Izzat, Helmi raih kemenangan podium

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 APR: Pelumba negara, Mohd Izzat Zaidi, meraih kejayaan podium dengan memenangi perlumbaan pertama Underbone 150cc pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar The Bend Motorsport, Australia, semalam.

Pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing yang memulakan perlumbaan dari petak kelima menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’23.831s sekali gus naik ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan jumlah 58 mata.

“Saya gembira dengan kemenangan pertama musim ini memandangkan agak ketinggalan pada awal perlumbaan selepas berlaku insiden membabitkan pelumba lain pada awal perlumbaan.

“Selepas itu saya berjaya mengejar dan pada dua selekoh terakhir, Md Helmi Azman dan Wahyu Aji Trilaksana bersaing sesame sendiri serta membuka ruang untuk saya memecut memintas mereka seterusnya memenangi perlumbaan,” katanya.

Helmi (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 16’23.947s manakala Wahyu (Yamaha Racing Indonesia) ketiga dengan hanya perbezaan 0.021s.

Helmi bagaimanapun jatuh ke tangga kedua dalam senarai keseluruhan dengan 56 mata diekori Wahyu (36 mata)

Dalam saingan Asia Production 250cc menyaksikan penguasan tiga pelumba Indonesia dengan kemenangan menjadi milik Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) diikuti rakan sepasukan, Mario Suryo Aji. Kedua-dua pelumba menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19:18.357s dan 19:18.436s.

Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di tempat ketiga dengan masa 19:25.995s.

Penamat di tempat keempat cukup untuk membantu Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM) untuk kekal mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 49 mata. Rheza di kedudukan kedua dengan 48 mata diikuti Mario ketiga, 46 mata.

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1

AP250
1 Rheza Danica AHRENS (INA) Astra Honda Racing Team 19:18.357s
2 Mario Suryo AJI (INA) Astra Honda Racing Team 19:18.436s
3 108 Andy Muhammad FADLY (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 19:25.995s
4 Anupab SARMOON (THA) Yamaha Thailand Racing Team 19:26.398s
5 Muklada SARAPUECH (THA) A.P. Honda Racing Thailand 19:28.491s

Kedudukan Keseluruhan
1 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 49 mata
2 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 48 mata
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 46 mata
4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 42 mata
5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 39 mata

UB150
1 Md Izzat ZAIDI (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 16:23.831s
2 Md Helmi AZMAN (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 16:23.947s
3 Wahyu Aji TRILAKSANA (INA) Yamaha Racing Indonesia 16:23.968s
4 Md. Aiman AZMAN (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16:24.253s
5 Md Akid AZIZ (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 16:26.286s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 58 mata
2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 56 mata
3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 36 mata
4 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All 34 mata
5 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 31 mata

Categories
SUKANKINI

ARRC: Kasma cipta kejutan, catat masa keempat terpantas

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 APR: Pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayuddin mencatat masa keempat terpantas dalam sesi kelayakan SuperSports 600cc, pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar The Bend Motorsport Park, Australia, pada 20 April lalu.

Pelumba Hong Leong Yamaha Malaysia itu kian serasi bersama jentera YZF-R6 dengan mencatat masa terbaik 1’56.736s, hanya 0.145s di belakang pelumba terpantas, Yuki Ito (Yamaha Racing Team Asean) yang mencatatkan 1’56.591s.

Pelumba gantian, Joseph Francis (WeBike Ikazuchi Racing) bakal bermula dari petak kedua setelah mencatat masa kedua terpantas, 1’56.690s diikuti Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) ketiga (1’56.710s).

Catatan Kasma menyaksikannya muncul pelumba terpantas negara mengatasi rakan sepasukan, Mohd Ramdan Rosli yang akan memulakan perlumbaan dari petak ke-10 (1’57.459s) manakala juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) kelihatan bergelut untuk mendapat rentak terbaik apabila terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke 11 (1’57.509s).

“Berbanding pusingan pertama di Thailand, saya semakin memahami karakter jentera terutama dari segi suspensi dan penggunaan tayar yang banyak membantu saya, di sini.

“Bentuk litar ‘fasttrack’ juga memberi sedikit kelebihan kerana saya sukakan litar sebegini dan berharap dapat mencatat keputusan terbaik dalam perlumbaan,” kata Kasma.

Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, trio Astra Honda Racing Team, Rheza Danica Ahrens, Mario Suryo Aji dan Awhin Sanjaya menguasai barisan hadapan dengan Rheza bakal bermula dari petak pertama setelah mencatatkan masa terbaik 2’08.039s diikuti Mario di petak kedua (2’08.561s) dan Awhin ketiga (2:08.773s).

Pendahulu keseluruhan kelas Underbone 150cc, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) terus mempamerkan aksi konsisten apabila bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan Superpole dengan masa 2’18.857s diikuti pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) kedua (2:19.281s) dan Md Haziq Md FAIRUES (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team) ketiga (2:19.643s).

Perlumbaan satu akan berlangsung pada hari Sabtu (21 April) manakala Perlumbaan dua pada Ahad (22 April).

KEPUTUSAN PUSINGAN KELAYAKAN

SS600

1 Yuki ITO (JPN) Yamaha Racing Team Asean 1:56.591s

2 Joseph FRANCIS (GBR) Webike Ikazuchi Racing 1:56.690s

3 Taiga HADA (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro TenlO 1:56.710s

4 Kasma Daniel KASMAYUDIN (MAS) Hong Leong Yamaha Malaysia 1:56.736s

5 Tomoyoshi KOYAMA (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 1:57.063s

AP250

1 Rheza Danica AHRENS (INA) Astra Honda Racing Team 2:08.039s

2 Mario Suryo AJI (INA) Astra Honda Racing Team 2:08.561s

3 Awhin SANJAYA (INA) Astra Honda Racing Team 2:08.773s

4 Rafid Topan SUCIPTO (INA) Yamaha Yamalube KYTTJM WR Super Battery 2:09.004s

5 Anupab SARMOON (THA) Yamaha Thailand Racing Team 2:09.041s

SUPERPOLE

Underbone 150cc

1 Md Helmi AZMAN (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:18.857s

2 Wahyu Aji TRILAKSANA (INA) Yamaha Racing Indonesia 2:19.281s

3 Md Haziq Md FAIRUES (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:19.643s

4 McKinley Kyle PAZ (PHI) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:19.892s

5 Md Izzat ZAIDI (MAS) / RCB Yamaha YY Pang Racing 2:20.337s

Categories
SUKANKINI

ARRC: Azroy bermula positif di Australia

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 APR: Pelumba muda negara, Azroy Hakeem Anuar mempamerkan aksi positif apabila mencatat masa kelapan terpantas, pada hari pertama pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar The Bend Motorsport Park, Australia, semalam.

Penunggang Musashi Boon Siew Honda Racing itu mencatatkan masa terbaik 1’58.561s, pada sesi latihan bebas kedua, hanya 1.229s di belakang pelumba terpantas, Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) yang melakukan catatan terbaik 1’57.332s.

Malah, catatan Azroy, 19, lebih baik berbanding seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang melakukan masa terbaik 1’58.641s yang meletakkannya, pada kedudukan ke-10.

“Saya semakin selesa dengan jentera CBR600RR ini dan perasaan juga lebih baik, berbanding perlumbaan pertama, di Thailand bulan lalu.

“Saya semakin memahami bagaimana untuk mengendalikan jentera ini selain dapat memperbaiki beberapa kelemahan sebelumnya,” katanya.

Katanya, ketiadaan Mohd Zaqhwan Zaidi juga memberi sedikit tekanan kepadanya memberikan aksi terbaik untuk membantu mengutip mata kepada pasukan.

“Saya mahu menjadikan tekanan ini kepada kelebihan untuk merebut petak mula terbaik, pada sesi kelayakan esok (hari ini),” katanya.

Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing Team) mencatat masa kedua terpantas, 1’57.552s diikuti rakan sepasukan Ito, Keminth Kubo ketiga (1’57.964s).

Dalam saingan Asia Production 250cc, duo Astra Honda Racing Team, Rheza Danica Ahrens dan Mario Suryo Aji menguasai sesi latihan bebas hari pertama dengan catatan 2’08.675s dan 2’08.724s diikuti Muklada Sarapuech (AP Honda Racing Thailand) ketiga (2’08.846s).

Pelumba wildcard dari Filipina, McKinley Kyle Paz yang membawa cabaran UMA Racing Yamaha Maju Motor mencipta kejutan apabila muncul pelumba terpantas Underbone 150cc dengan masa 2’18.393s mengatasi Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) yang mencatat masa terbaik 2’18.737s, diikuti Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) ketiga (2’18.922s).

KEPUTUSAN LATIHAN BEBAS

SS600
1 Yuki ITO (JPN) Yamaha Racing Team Asean 1:57.332s
2 Decha KRAISART (THA) Yamaha Thailand Racing Team 1:57.552s
3 Keminth KUBO (THA) Yamaha Racing Team Asean 1:57.964s
4 Broc PEARSON (AUS) Persendirian 1:58.034s
5 Tomoyoshi KOYAMA (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 1:58.288s
*8 Azroy HAKEEM ANUAR (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 1:58.561s
*10 Azlan Shah KAMARUZAMAN (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:58.641s

AP250
1 Rheza Danica AHRENS (INA) Astra Honda Racing Team 2:08.675
2 Mario Suryo AJI (INA) Astra Honda Racing Team 2:08.724
3 Muklada SARAPUECH (THA) A.P. Honda Racing Thailand 2:08.846
4 Anupab SARMOON (THA) Yamaha Thailand Racing Team 2:09.014
5 Andy Muhammad FADLY (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 2:09.535

UB150
1 McKinley Kyle PAZ (PHI) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:18.393s
2 Md Helmi AZMAN (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:18.737
3 Wahyu Aji TRILAKSANA (INA) Yamaha Racing Indonesia 2:18.922s
4 Md Akid AZIZ (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:19.326s
5 Md Haziq Md FAIRUES (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:19.640s

Categories
SUKANKINI

ARRC: West tidak beraksi, beri kelebihan kepada Azlan Shah

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 APR: Azlan Shah Kamaruzaman mempunyai kelebihan apabila beberapa pelumba handalan termasuk pendahulu keseluruhan SuperSports 600cc, Anthony West, tidak beraksi pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di The Bend Motorsport Park, Australia, 20 hingga 22 April ini.

Pelumba negara mewakili Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu kini di kedudukan kedua keseluruhan dengan 32 mata iaitu 13 mata di belakang West.

“Di atas kertas, memang saya nampak mempunyai kelebihan tetapi minggu ini baru masuk pusingan kedua dan masih ada baki banyak perlumbaan lagi maka saya tidak melihat sebagai kelebihan sebaliknya lebih menumpukan kepada prestasi sendiri.

“Cuma saya perlu menggunakannya untuk mengumpul mata maksimum sebagai bekalan penting untuk pusingan akan datang.

“Walaupun West dan beberapa pelumba lain tiada, namun cabaran hebat pasti datang dari pelumba Thailand serta rakan sepasukan saya sendiri juga pelumba wildcard tuan rumah,” jelas juara bertahan SuperSports 600cc itu.

Mengulas cabaran di litar baharu pertama kali berada dalam kalendar ARRC, beliau berkata, difahamkan ia baharu disiapkan manakala cuaca juga mungkin agak sejuk.

Katanya, pihaknya perlu mengumpul data dan mendapatkan pelarasan terbaik secepat mungkin kerana sesi pada hari pertama sangat penting buat pasukan.

“Laluan lurus panjang dan litar ‘high speed’ mungkin memberi sedikit kelebihan kepada jentera Kawasaki dan saya berharap semuanya akan berjalan lancar nanti,” katanya.

West tidak beraksi di halaman sendiri pada minggu ini kerana menyertai Kejuaraan SuperSports Dunia manakala pelumba di kedudukan ketiga, Thitipong Warokorn pula hanya beraksi atas tiket wildcard sewaktu perlumbaan pusingan pertama di Thailand.

Juara keseluruhan 2016, Mohd Zaqhwan Zaidi juga tidak beraksi di Australia bagi memberi tumpuan perlumbaan Kejuaraan Seluruh Jepun.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan fokus perlumbaan seluruh Jepun

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 APR: Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi, akan memberi tumpuan kepada saingan Kejuaraan Seluruh Jepun di Litar Suzuka, pada 20 hingga 22 April ini.

Dengan keputusan itu, penunggang Musashi Boon Siew Honda Racing itu tidak turun beraksi dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Bend Motorsport Park, Australia, yang berlangsung serentak dengan kejohanan berkenaan.

Zaqhwan yang juga juara keseluruhan 2014 dan 2016 akan beraksi dalam kategori JSB1000 apabila dia menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-19 dan perlumbaan kedua di tempat ke-14 pada aksi pertamanya bersama jentera 1,000cc di Litar Twin Ring Motegi, 7 hingga 8 April lalu.

“Pengurusan pasukan membuat keputusan supaya saya beraksi di Jepun, jadi saya mengikut sahaja apa ditetapkan pasukan.

“Keutamaan kami memang kepada aksi jentera 1,000cc sebagai persediaan untuk musim depan namun tidak bermaksud kami mengetepikan cabaran ARRC.

“Walaupun hilang 50 mata di Australia minggu ini, ada baki empat pusingan dan lapan perlumbaan lagi untuk musim ini,” katanya yang kini berada di kedudukan ke 10 SuperSports 600cc ARRC dengan 14 mata.

Beliau berkata, apa diharapkan semoga rakan sepasukan, Tomoyoshi Koyama dan Azroy Hakeem Anuar, dapat meraih keputusan terbaik dalam SuperSports 600cc ARRC bagi mengekalkan persaingan untuk merampas kembali gelaran keseluruhan berpasukan yang terlepas pada musim lalu selepas memenanginya sejak 2012 lagi.

Mengenai perlumbaan di Jepun, katanya, ia perlumbaan mencabar kerana akan diberi saingan ramai pelumba handalan.

“Perlumbaan pertama dengan jentera 1,000cc bukan mudah tambahan berdepan ramai pelumba Jepun yang berpengalaman di peringkat antarabangsa.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan pencapaian diraih dan akan bekerja keras untuk mencatat keputusan lebih baik,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

ARRC: Azlan raih tempat ketiga Supersports 600CC, Izzat juara Underbone150cc

SUKAN 4 MAC: Pelumba SuperSports 600cc negara, Azlan Shah Kamaruzaman bermula positif dalam usaha mempertahankan gelaran keseluruhan apabila berjaya menamatkan perlumbaan pertama di tempat ketiga pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing yang memulakan perlumbaan dari petak keempat itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 30’03.889s yang menyaksikan pelumba wildcard tempatan, Thitipong Warokorn (Core Kawasaki Thailand Racing Team) muncul juara dengan masa keseluruhan 29’59.35s.

Pelumba Australia, Anthony West (Webike IKAZUCHI Racing) muncul naib juara dengan masa keseluruhan 30’03.509s manakala seorang lagi pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang bermula dari petak pertama di kedudukan keempat dengan masa 30’04.779s.

Meskipun gagal menepati sasaran untuk memenangi perlumbaan, Azlan bagaimanapun tetap berpuas hati dengan 16 mata yang dipungut hasil kemenangan di tempat ketiga pada hari ini.

“Saya tetap gembira kerana dapat menamatkan perlumbaan di podium.

“Mata yang dipungut pada hari ini sangat penting dalam usaha saya dan pasukan untuk mengekalkan gelaran musim lepas. Kami akan mengkaji dan melihat dimana kelemahan pada Perlumbaan 1 supaya dapat mempamer aksi lebih baik dalam Perlumbaan 2 esok,” jelas Azlan.

Sementara itu, Mohd Izzat Zaidi Salehan (RCB Yamaha Y Y Pang Racing) muncul juara kategori Underbone 150cc dengan masa keseluruhan 16’40.311s mengatasi rakan senegara, Md Affendi Rosli (Team One For All) di kedudukan kedua dengan masa 16’41.100s.

Pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (YAMAHA Racing Indonesia) di kedudukan ketiga dengan masa 16:47.597s. Perlumbaan 2 ARRC akan bersambung pada hari esok (4 Februari 2018).

KEPUTUSAN

SUPERSPORTS 600CC

1 Thitipong Warokorn (THA) Core Kawasaki Thailand Racing Team 29:59.235s

2 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 30:03.509s

3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 30:03.889s

4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 30:04.706s

5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 30:04.779s

 

ASIA PRODUCTION 250CC

1 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:14.601s

2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 19:14.963s

3 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 19:15.161s

4 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:15.257s

5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 19:15.375s

 

UNDERBONE 150CC

1 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha Y Y Pang Racing 16:40.311s

2 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All 16:41.100s

3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA Racing Indonesia 16:47.597s

4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 16:49.512s

5 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 16:50.285s

Categories
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan, Azlan pamer aksi positif, duduki kelompok 5 teratas

SUKAN 3 MAC: Dua pelumba Supersports 600cc negara, Md Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman mempamer aksi positif apabila menduduki kelompok lima pelumba terpantas ketika sesi latihan bebas pada hari pertama Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Zaqhwan (Musashi Boon Siew Honda Racing) secara keseluruhan mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 1’38.934s yang dilakukan dalam sesi latihan bebas kedua manakala juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) mencatat masa kelima terpantas, 1’39.205s yang dilakukan dalam sesi latihan bebas ketiga.

Keminth Kubo (Yamaha Racing Asean) mencipta kejutan apabila muncul pelumba terpantas dengan masa 1’38.902s diikuti pelumba tuan rumah, Decha Kraisart (YAMAHA Thailand Racing Team) dengan masa 1’38.933s. Rakan sepasukan Decha, Ratthapong Wilairot keempat terpantas dengan masa 1’38.944s.

“Sesi latihan ketiga tadi saya banyak menumpukan kepada pelarasan jentera sahaja, dan kami juga menggunakan tayar lama. Beberapa berapa perkara masih boleh dipertingkatkan menjelang sesi kelayakan esok namun setakat ini,

“Keadaan jentera lebih baik berbanding perlumbaan pusingan terakhir tahun lepas dimanak etika itu saya agak bergelut untuk menempatkan diri di kelompok depan. Saya harap semuanya berjalan lancar dan dapat bersaing untuk merebut podium pada minggu ini,” jelas Zaqhwan.

Azlan Shah

Bagi Azlan pula, dia yakin untuk mencatat masa lebih pantas pada sesi kelayakan dan perlumbaan esok.

“Cuaca hari ini sangat panas dan kami juga tidak terlalu menumpukan untuk mencatat masa terpantas pada sesi latihan ketiga. Selain turut menggunakan tayar lama, kami juga hanya menumpukan kepada beberapa pelarasan untuk membantu saya pada hari esok,” jelasnya.

Sementara itu, dalam saingan Underbone 150cc, pengalaman beraksi dalam saingan Asia Talent Cup yang menggunakan jentera Moto3 sebelum ini banyak membantu Mohd Helmi Azman untuk mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan setelah penggunaan tayar licin (tayar slick) serupa digunakan ke atas jentera Underbone pada musim ini.

Pelumba SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team itu muncul pelumba tunggal yang mencatat masa di bawah 2’02s setelah mencatatkan masa terpantas 2’01.998s mengatasi rakan senegara, Mohd Amirul Ariff Musa yang mencatatkan masa terbaik 2’02.206s.

“Saya sudah agak biasa dengan karakter tayar tersebut, jadi sebaik keluar ke litar, saya tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keserasian dengan tayar yang digunakan, sebaliknya lebih menumpukan kepada prestasi jentera,” jelas Helmi yang beralih menggunakan jentera Honda bersama pasukan baharu pada musim ini.

Gupita Kresna Wardhana (Yamaha Yamalube SND Factory) mencatat masa ketiga terpantas dengan masa 2’02.786s diikuti dua pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing), Md Izzat Zaidi dan Md Adib Rosley dengan masa 2’02.786s dan 2’03.046s.

KEPUTUSAN

(LATIHAN BEBAS)

 

SUPERSPORTS 600cc

1 Keminth Kubo (THA) YAMAHA Racing Asean 1:38.902s

2 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:38.933s

3 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1:38.934s

4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:38.944s

5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:39.205s

ASIA PRODUCTION 250cc

1. Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 1:53.106s

2. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:53.250s

3 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 1:53.389s

4 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1:53.466s

5 Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 1:53.531s

SESI KELAYAKAN

Underbone 150cc

1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:01.998s

2 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 2:02.206s

3 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 2:02.236s

4 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha Y Y Pang Racing 2:02.786s

5 Md Adib Rosley (MAS) RCB Yamaha Y Y Pang Racing 2:03.046s

Categories
SUKANKINI

ARRC: Misi sukar Zaqhwan pertahan kejuaraan

SHAH ALAM 29 NOV: Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi mengakui berasa sedikit tertekan menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) dalam misi untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada perlumbaan kemuncak di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand bermula 30 November hingga 3 Disember ini.

Bebanan lebih terasa memandangkan pada tahun ini juara keseluruhan 2014 dan 2016 itu beraksi tanpa gandingan pelumba berpengalaman sebaliknya bertindak selaku pelumba utama pasukan bergandingan dengan pelumba kurang berpengalaman, Teppei Nagoe di dalam pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing.

“Saya terpaksa bekerja lebih keras pada tahun ini. Rakan sepasukan, Teppei merupakan pelumba muda berbakat namun ini merupakan tahun pertamanya dalam kelas 600cc dan memerlukan sedikit masa untuk bersaing di kelompok depan.

“Ini menyebabkan saya bersendirian tanpa rakan sepasukan ketika bersaing di kelompok depan bersama pelumba berpengalaman yang lain,” jelas Zaqhwan.

Tambah juara bertahan itu, dia tidak menyangka untuk menjadi pendahulu setelah kehilangan banyak mata ketika terjatuh pada Perlumbaan 2 di Pasir Gudang manakala meraih keputusan tidak begitu baik pada pusingan berikutnya di Thailand.

Sebaliknya rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman yang lebih menonjol pada permulaan musim sebelum juara tahun 2013 itu terbabit kemalangan dan mengalami kecederaan menyebabkannya gagal untuk mengekalkan momentum terbaik pada beberapa pusingan lepas.

Keputusan konsisten meraih dua gelaran juara dan lima penamat di podium sepanjang lima pusingan lepas membantu Zaqhwan untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan 138 mata, namun dicabar rapat Yuki Ito dan Taiga Hada yang mengekori rapat dengan 134 mata.

“Berdasarkan keputusan lepas, jentera Kawasaki dan Yamaha lebih laju ketika di laluan lurus dan memberi mereka banyak kelebihan di Buriram.

“Saya dan pasukan perlu mendapatkan pelarasan terbaik dan merencana strategi serta pemilihan tayar tepat yang akan memain peranan besar pada perlumbaan minggu ini,” jelas Zaqhwan.

Kedudukan Keseluruhan SuperSports 600cc
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 138 mata
2 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 134 mata
3 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 134 mata
4 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 128 mata
5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 110 mata

Kedudukan Keseluruhan Pasukan SuperSports 600cc
1 Manual Tech KYT Kawasaki Racing 155 mata
2 MUSASHi Boon Siew Honda Racing 146 mata
3 RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 140 mata
4 Yamaha Racing 140 mata
5 Yamaha Thailand Racing Team 115 mata