Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: 42 kes baharu di Singapura, keseluruhan 55,395

SINGAPURA, 12 OGOS: Singapura mencatat 42 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 11 daripadanya adalah kes import dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu hari ini, kesemua kes import telah diserahkan notis kuarantin di rumah sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.

Berdasarkan siasatan MOH setakat ini, ia berkata hanya ada satu kes dalam komuniti, melibatkan seorang warga Singapura sementara majoriti kes adalah daripada pekerja warga asing yang kini sedang dikuarantin.

Perangkaan terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu mencecah 55,395.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian itu berkata kira-kira 22,500 pekerja masih berada dalam tempoh kuarantin.

Singapura mengklasifikasikan 763 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,195 kes komuniti dan 52,395 kes merupakan penghuni asrama.

Sejumlah 50,128 pesakit atau kira-kira 90 peratus daripada jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti.

Sementara itu, 104 kes disahkan masih lagi berada di hospital tetapi tiada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Sejumlah 5,094 pesakit yang bergejala ringan atau yang secara klinikal disahkan sihat tetapi masih positif dalam saringan Covid-19 diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: 481 kes baharu di Singapura, keseluruhan 50,369

SINGAPURA, 27 JULAI: Singapura mengesahkan 481 lagi kes jangkitan baharu Covid-19 di republik itu, dengan majoriti daripadanya masih pekerja asing yang tinggal di asrama.

Dengan perangkaan terbaharu ini, jumlah kumulatif mereka yang dijangkiti di negara berkenaan mencecah 50,369 kes.

Dalam data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan semalam, Menteri Kesihatan Singapura (MOH) berkata berdasarkan siasatannya setakat ini ada lima kes di dalam komuniti, semuanya pemegang pas kerja.

MOH juga berkata terdapat lima kes import, yang telah diserahkan Notis Duduk Dirumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 667 sebagai kes import, 2,160 kes komuniti dan 47,061 penghuni asrama.

Setakat tengah hari kelmarin, 45,352 atau kira-kira 91 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah didiscaj daripada hospital dan pusat penjagaan komuniti.

Terdapat 148 kes disahkan masih lagi di hospital, kebanyakan mereka dalam keadaan stabil atau beransur pulih dan tiada yang ditempatkan dalam unit rawatan rapi.

Sejumlah 4,361 pesakit bergejala atau yang disahkan secara klinikal sihat tetapi masih lagi didapati positif dalam saringan Covid-19 telah diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia daripada kesan komplikasi Covid-19 di sini.

Hanya satu kluster baharu dikenal pasti semalam, sebuah asrama di 12 Defu Lane 7.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: 257 kes baharu di Singapura, keseluruhan 41,473 kes

SINGAPURA, 18 JUN: Singapura hari ini mengesahkan pertambahan 257 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan hanya empat kes dalam komuniti.

Dengan angka terbaharu itu, menjadikan keseluruhan kes Covid-19 kini ialah 41,473 kes.

Secara ringkas data 12 tengah hari yang dikeluarkan di sini hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan antara kes komuniti itu, seorang melibatkan penduduk tetap Singapura dan tiga lagi ialah pemegang pas pekerja.

Sementara itu, majoriti besar jangkitan masih melibatkan pekerja yang ditempatkan di asrama.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,806 kes melibatkam komuniti, 581 kes import dan 38,829 pekerja asing yang ditempatkan di asrama.

Setakad tengah hari Rabu, 31,938 atau kira-kira 78 peratus daripada jumlah pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Terdapat 257 kes disahkan masih berada di hospital semalam dengan dua dalam keadaan kritikal di unit penjagaan rapi, menurut kementerian itu.

Ia menjelaskan bahawa 8,995 yang mempunyai simptom sederhana atau secara klinikal sihat tetapi ujian menunjukkan masih positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat difasiliti komuniti.

Setakad ini, 26 kematian dicatatkan akibat komplikasi jangkitan Covid-19. Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Singapura catat 463 kes baharu, keseluruhan 39,850

SINGAPURA, 12 JUN: Singapura melaporkan 463 lagi kes jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 39,850 kes di republik itu.

Data awal setakat tengah hari, menunjukkan terdapat 18 kes dalam komuniti melibatkan lapan warga Singapura atau penduduk tetap manakala 10 lagi pemegang permit kerja.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan, daripada jumlah tersebut, lima daripadanya adalah kontak rapat kepada kes terdahulu dan telah dikuarantinkan.

“Daripada siasatan awal kami, lima lagi kes ditemukan daripada pemantauan dan saringan yang dijalankan terhadap pekerja perkhidmatan penting dan orang yang bekerja di asrama,” menurut kenyataan itu dan menjelaskan bahawa siasatan epidemiologi sedang dijalankan terhadap lapan kes yang lain.

Kementerian itu memaklumkan sebahagian besar kes hari ini adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.

Berdasarkan data terperinci yang dikeluarkan lewat Khamis, Singapura mengklasifikasikan 1,764 sebagai kes jangkitan dalam komuniti, 580 kes import dan 37,043 kes lagi melibatkan pekerja asing tinggal di asrama.

Secara keseluruhannya, 27,286 kes Covid-19 atau kira-kira 70 peratus daripada 39,387 kes keseluruhan setakat semalam telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti komuniti.

Sehingga Khamis, terdapat 227 kes positif yang masih dirawat di hospital dengan dua berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 11,849 kes yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat ini, 25 telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 di republik itu.

Enam kluster baharu dikenal pasti semalam melibatkan asrama di 15 Kaki Bukit Cresent; 9 Kian Teck Drive; 1A Pioneer Sector Walk; Potong Pasir Avenue 1; 214 Tagore Lane; dan 200A Tuas South Boulevard.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Singapura catat 569 kes baharu, keseluruhan 36,405 kes

SINGAPURA, 3 JUN: Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 569 kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kini 36,405 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu berkata data awal setakat tengah hari menunjukkan bahawa kebanyakan kes masih melibatkan pekerja warga asing yang tinggal di asrama, dan tujuh kes dalam komuniti.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya masih meneruskan perincian kes-kes itu dan akan memberikan maklumat terkini lewat hari ini.

Menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat semalam (Selasa), Singapura mengklasifikasikan 1,689 sebagai kes komuniti, 580 adalah kes import manakala 33,567 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Seramai 23,175 pesakit, atau kira-kira 65 peratus daripada jumlah 35,836 kes keseluruhan semalam, telah pulih sepenuhnya.

Kementerian itu berkata 12,306 kes yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat tengah hari semalam, 331 kes masih dirawat di hospital dengan enam di unit rawatan rapi, sementara 24 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu.

Tiga kluster baharu dikenal pasti pada Selasa, kesemuanya melibatkan asrama iaitu 6, Tuas View Square; 65 & 67 Tuas View Walk 2; dan 18, Woodlands Industrial Park E1.

Tidak ada kes baharu dikesan dalam tempoh dua hari di kluster terbesar di republik berkenaan iaitu S11 Dormitory @Punggol dan jumlah kes kekal 2,711.

Bagaimanapun, lima kes baharu dikesan mempunyai kaitan dengan asrama terbesar di Singapura iaitu Sungei Tengah Lodge di 500, Old Choa Chu Kang Road, menjadikan jumlah keseluruhan 1,994 kes.

— BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: 344 kes baharu di Singapura, keseluruhan 31,960

SINGAPURA, 25 MEI: Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 344 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu sebanyak 31,960 dengan 14,876 pesakit pulih setakat semalam.

Data awal setakat tengah hari ini menunjukkan hanya empat kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing, kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan.

“Jumlah kes yang rendah hari ini disebabkan tidak banyak ujian yang dilakukan,” kata kementerian itu, sambil menambah bahawa pihak kementerian masih meneruskan perincian kes-kes tersebut dan akan memberikan maklumat terkini lewat hari ini.

Data penuh yang dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,673 sebagai kes komuniti, 580 adalah kes import manakala 29,363 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Setakat semalam, 690 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan lapan daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, sementara 23 telah meninggal dunia.

Kementerian itu berkata 16,027 kes yang bergejala ringan atau baik dari segi klinikal tetapi masih diuji positif untuk Covid-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Memandangkan tiada lagi kes yang dikaitkan dengan Strand Hotel di Bencoolen Street untuk tempoh dua inkubasi lepas, kluster itu kini ditutup.

Tidak ada kluster baharu yang dikenal pasti semalam, sementara kluster terbesar di republik itu, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai sejumlah 2,679 kes yang disahkan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: 682 kes baharu di Singapura, keseluruhan 28,038

SINGAPURA, 17 MEI: Singapura mengesahkan 682 kes baharu Covid-19, dengan hanya empat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

Data awal setakat tengah hari ini mencatatkan jumlah kes di republik ini seramai 28,038 orang.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataan mengumumkan peningkatan yang banyak itu melibatkan pemegang permit kerja yang ditempatkan di asrama pekerja asing.

Kementerian itu masih mengkaji butiran kes berkenaan dan akan dikemaskini kemudian hari ini.

Singapura mengklafikasi kes kepada 1,306 kes komuniti, 580 kes import, 361 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 25,109 kes pekerja asing yang ditempatkan di asrama.

-BERNAMA