Categories
SELANGOR

Isu peruntukan SMUE, bekas setpol sanggah Faekah

Bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azman Bidin berkata akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dibekukan kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan lagi ahli parti PKR.

Menyanggah dakwaan  Pegawai Khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Hussin, Azman, yang juga Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, menjelaskan akaun bank program bantu rakyat itu hanya boleh diurus Adun dan Penyelaras DUN Pakatan Rakyat.

“Bendahari Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada wakil dari Parlimen Bandar Tun Razak bahawa memandangkan Tan Sri Khalid kini adalah Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat maka beliau tidak layak memegang peruntukan Skim Mesra Usia Emas lagi,” jelas Azman dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

“Peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang akan dilantik oleh Kerajaan Negeri. DUN Angkat ini akan memegang peruntukan ini bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang peruntukan akan disereahkan kepada Penyelaras DUN yang akan dilantik oleh Menteri Besar dalam masa terdekat.”

Pada kenyataan media semalam, Faekah berkata Bendahari Negeri Selangor diarah membekukan akaun berkenaan pada 25 September lalu, selepas penukaran teraju pentadbiran negeri.

HM

Categories
SELANGOR

Tiada perbincangan tukar MB, Anwar beritahu Setpol Abdul Khalid

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 JUL: Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar Selangor, Azman Bidin diberitahu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengadakan perbincangan bagi menukar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara ini dimaklumkan sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Azman dalam satu pertemuan, semalam.

“Sehingga kini Majlis Presiden tiga parti ini tidak keluarkan kenyataan, maka itu semua tak betul. Saya juga baru jumpa Datuk Seri Anwar, dia beritahu tidak ada perbincangan menukar menteri besar kerana perbincangan ini perlu dilakukan pimpinan tertinggi PR.

Anwar Khalid“Jadi, jelas tidak ada isu meletak jawatan, sama ada selepas raya atau September ini,” katnya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman pertukaran menteri besar hanya boleh dibuat Majlis Presiden PR dan kenyataan Anwar itu selari dengan yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan seperti ini bertujuan menggunakan media untuk memberi tekanan dan melemahkan sokongan ahli PKR dalam baki cabang yang mengadakan pemilihan semula.

“Dia tidak ada kuasa tetapi gunakan media untuk beri tekanan,” katanya.

Azman berkata demikian ketika mengulas laporan laman sesawang Astro Awani memetik satu sumber yang tidak dinamakan berkata, Abdul Khalid akan meletakkan jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri atau selewat-lewatnya September ini.

Sumber itu berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira program yang perlu dihadiri Abdul Khalid sepanjang Ramadan dan Syawal nanti.

Selain itu, sumber itu juga memberitahu pertukaran itu akan dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

-NFN-