Categories
NASIONAL

DAP kutuk tiada tindakan terhadap ugutan bakar ibupejabat

Oleh : AFEEQA AFEERA

PARLIMEN, 8 OKT : DAP mengutuk keras keputusan Peguam Negara untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap beberapa pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang bertindak mengugut membakar ibu pejabat parti itu dalam satu perhimpunan Mei lalu.

“Berdasarkan jawapan ini ia menunjukkan Peguam Negara berpendapat bukan kesalahan bagi mana-mana pihak untuk mengugut membakar mana-mana tempat atau pejabat parti.

Ong Kian Ming 01“Kalau begini akan ada lebih banyak kes untuk mengugut bakar pejabat DAP, PKR, PAS dan sebagainya dan mereka tidak takut kerana Peguam Negara tidak mahu mendakwa individu tersebut meskipun kes siasatan telah lengkap dibuat terhadap polis,” kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dalam sidang media di ruang legar Parlimen, hari ini.

Kira-kira 50 pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada Mei lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli strategik parti Dr Ong Kian Ming.

Mereka mengancam untuk membakar bangunan dan papan tanda parti turut dirosakkan.

Kian Ming berkata status yang dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pejabat Peguam Negara pada 17 September lalu memutuskan kes berkenaan sebagai “tiada tindakan lanjut”.

Sebaliknya, beliau berkata Peguam Negara hanya mengarahkan supaya siastan diteruskan di bawah kesalahan Seksyen 5(5) Akta Perhimpunan Aman kerana berhimpun tanpa kebenaran.

Bantahan pemuda Umno itu diadakan ekoran Adun DAP, RSN Rayer mengatakan “Umno celaka” di sidang DUN Pulau Pinang.

HM