Categories
AGENSI SELANGOR

Kereta hangus akibat api bakar sampah merebak

SHAH ALAM, 3 FEB: Sebuah Perodua Myvi hangus dipercayai akibat pembakaran sampah yang merebak ke kenderaan tersebut dalam kejadian i Parit 3 Timur, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 pagi, lapor Berita Harian.

Hafisham Mohd Noor menjelaskan, sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

“Ketika kejadian, pemilik kereta berusia 38 tahun berada di dalam rumah keluarganya. Kebakaran berpunca daripada pembakaran sampah dan dipercayai merebak ke kenderaan terbabit.

“Pemilik kenderaan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Dia kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Categories
ADN SELANGOR

ADN Sentosa cari pesalah bakar satu tan sampah di bahu jalan

SHAH ALAM, 4 SEPT: Ahli Dewan Negeri Sentosa mengesan individu yang membuang dan membakar sampah hampir satu tan di bahu jalan berhampiran taman perumahan, dekat sini.

Dr Gunaraj George berkata hasil siasatan mendapati pesalah membuang barang perhiasan berupa manik dan tali tangsi.

“Ini adalah tindakan yang amat tidak wajar kerana sampah berkenaan bukan saja dibuang sebaliknya turut dibakar sehingga menyebabkan penduduk gelisah.

“Oleh itu, saya sudah berbincang dengan penduduk setempat supaya menubuhkan skuad khas untuk mendapatkan maklumat berkenaan pembuang sampah haram berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, beliau terpaksa mendapatkan khidmat Majlis Perbandaran Klang dan KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi membersihkan kawasan terbabit.

“Saya berharap supaya pesalah dapat dikesan secepat mungkin dan dikenakan tindakan sewajarnya.”