Selangor pergiat kempen makanan bersih sempena Ramadhan

Kerajaan Negeri mempergiatkan kempen pengendalian makanan secara bersih dan selamat sempena Ramadhan di bazar terpilih di semua wilayah Pihak Berkuasa Tempatan.

Categories
SELANGOR

Pengambilan borang bazar ramadhan MBSA dibuka sehingga esok

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 MAC: Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan 27 lokasi tapak bazar Ramadhan yang menawarkan 2,226 lot berniaga.

Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad, berkata orang ramai boleh mendapatkan borang permohonan secara percuma di kaunter utama di Wisma MBSA, di sini, sehingga esok (27 Mac).

Katanya, borang juga boleh didapati secara muat turun di laman web rasmi MBSA di www.mbsa.gov.my.

MBSA-Shahrin Ahmad“Proses pengeluaran Permit Bazar Ramadhan ini akan mengambil masa sehingga tiga bulan bermula pada 25 Mac ini, yang mana borang akan mula diedarkan sehingga penyerahan permit berniaga yang dijadualkan, pada 17 hingga 19 Jun ini.

“Daripada keseluruhan lot yang disediakan, 1245 tapak daripada lapan lokasi yang diundi dan 981 daripada 19 lokasi yang tidak diundi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sharin berkata, pihak hanya membenarkan setiap pemohon menghantar satu borang permohonan sahaja serta perlu hadir sendiri mengembalikan borang kerana gambar foto mereka akan diambil secara terus.

“Pemohon juga perlu terdiri di kalangan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan melampirkan salinan dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan, salinan bil air, elektrik atau cukai pintu untuk pengesahan alamat tinggal di Shah Alam.

“Selain itu, pemohon juga perlu mematuhi syarat kesihatan antaranya memakai apron, topi dan kasut ketika menjalankan perniagaan,” katanya.

Setiap penjaja akan dikenakan bayaran RM215 untuk jualan makanan dan minuman, manakala bagi jualan air kelapa, air tebu atau jualan berbakar pula akan dikenakan bayaran permit RM245 serta cagaran RM200.

OBagi jualan ayam golek pula akan dikenakan bayaran permit RM305 dan cagaran RM200, sementara bayaran lain yang dikenakan termasuk bayaran apron dan topi (RM20), plastik sampah (RM10) serta bayaran kursus peniaga (RM50).

Antara lokasi bazar adalah di Jalan Plumbum 7/98 Seksyen 7, tapak Bazarena Seksyen 13, tapak pasar malam TTDI Jaya dan tapak pasar malam Subang Perdana.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Permit Bazar Ramadhan, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan di talian 03-55105133 sambungan 1550 atau 1317 atau 1549 atau 1486 atau 1396.

-NFN-