Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

1,200 bakul makanan diagih kepada penduduk, peniaga sekitar Pasar Jalan Othman

SHAH ALAM, 10 MEI: Sejumlah 1,200 bakul makanan diedar hari ini kepada penduduk di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata inisiatif dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu juga akan diberikan kepada pendatang asing dan pelarian.

“Diseru penduduk di kawasan itu dan Petaling Jaya khususya terus kekal tenang dan mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa. Adalah penting untuk anda terus kekal berada di rumah.

“Kerjasama dengan pihak berkuasa penting bagi memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 di kawasan itu yang kini sudah mencatatkan 26 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau turut berterima kasih kepada pihak yang membantu dan menyumbang kepada penyediaan bakul makanan tersebut.

“Terima kasih juga kepada sukarelawan yang bertungkus lumus menyiapkan bakul makanan dan mengedarkannya kepada keluarga memerlukan. Mereka termasuk Jabatan Ikatan Relawan (Rela), JKM, Datin Wong dari Childline, Mr Kok dan Rukun Tetangga PJ Old Town.

“Bagi sebarang bantuan makanan atau perubatan, boleh hubungi pejabat saya di talian 01111403861, kami turut bekerjasama rapat bersama JKM dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),” katanya.

Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan melaksanakan PKPD di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perintah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 23 Mei, ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

MB edar makanan kepada 114 penerima Bank Makanan

 

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 30 MEI : Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengedarkan makanan kepada 114 penerima Bank Makanan di PPR Lembah Subang 1, di sini, hari ini.

Amirudin ketika ditemui berkata, inisiatif edaran program Bank Makanan itu adalah usaha daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Katanya, program itu bertujuan memberi bantuan makanan kepada keluarga berpendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan dan ia adalah hasil kerjasama antara Pejabat Parlimen Petaling Jaya bersama Food Aid Foundation.

“Saya difahamkan Bank Makanan kali ini adalah 2.0 kerana sebelum ini sudah dilaksanakan sebagai projek perintis ‘pilot project’ pada September tahun lalu dan hanya terhad kepada 20 keluarga terpilih di sini.

“Hasil kejayaan projek itu, ia mendorong Pejabat Parlimen Petaling Jaya untuk menambah jumlah penerima kepada 114 keluarga atau seramai 458 orang tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Edaran Makanan Bersama Dato’ Menteri Besar di Bank Makanan Pejabat Parlimen Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Mengulas berkenaan sama ada program Bank Makanan akan diperluaskan ke Selangor, Amirudin berkata, ia bukan satu keperluan memandangkan rakyat perlu dididik berdasarkan konsep Pemberian ke Pemberdayaan (From Gift To Empowerment).

“Ia bukan program berterusan kerana rakyat juga perlu dididik dengan menambahkan kemahiran mereka supaya pada masa sama mereka boleh mencari pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada pemberian.

“Pelbagai program boleh kita berikan kepada mereka, yang penting perubahan sikap itu perlu. Sebagai contoh Kerajaan Negeri turut menyediakan Hijrah dan Ikhtisas bagi membantu golongan ini berdikari.

“Hasrat Kerajaan Negeri juga adalah mahu keluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Terdahulu, antara makanan yang diedarkan Amirudin kepada penerima Bank Makanan itu adalah terdiri daripada beras, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Melalui program itu, keluarga berkelayakan akan dibekalkan bahan makanan itu setiap dua minggu sekali.

Categories
SELANGOR

Maria Chin selesai buang undi di SMK Tropicana

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 9 MEI: Calon Kerusi Parlimen P105 Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah selesai membuang undi sekitar jam 3.15 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana.

Beliau membuang undi bersama tiga anak lelaki, Azemi Maria Mohamad Yunus, 22, Aziman Maria Mohamad Yunus, 23 dan Azumin Mohamad Yunus, 25 selepas tiba sekitar jam 3 petang.

Maria Chin sebelum itu tiba awal sekitar jam 11.15 pagi untuk membuang undi sekitar jam 11.30 pagi namun mengubah keputusan untuk kembali pada sebelah petang kerana barisan beratur yang panjang.

Dalam masa senggang, beliau turut melawat empat pusat pengundian di Dewan Masyarakat Taman Sri Manja, Medan Pejasa dan Sekolah Kebangsaan Taman Medan PJS2 dalam DUN Taman Medan diikuti Dewan Komuniti Jalan PJS6, Kampung Lindungan serta Dewan Sei Kelana, Kompleks Sukan Kelana Jaya SS7 di DUN Seri Setia.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Maria Chin suntik semangat gadis muda lawan penyakit kronik

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 2 MEI: Calon P.105 Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah memberikan kata-kata semangat kepada Norabaah Kamarudin yang kini menghadapi beberapa penyakit dan memerlukan rawatan lanjut.

Dalam Ziarah Prihatin di Jalan PJS 4/20, Maria memberikan beberapa tips kesihatan kepada Norabaah yang kini mengalami masalah hati, buah pinggang dan jantung.

Lebih menyedihkan beliau baru sahaja diminta berhenti kerja ekoran masalah kesihatan dialami.

Norabaah berkata beliau mula sakit sejak tiga tahun lalu dan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Katanya, beliau yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak serta mendapatkan rawatan di hospital berhampiran selain hanya boleh minum air putih dalam kuantiti sedikit.

Bagaimanapun, beliau sentiasa melemparkan senyuman sepanjang pertemuan itu dan kekal positif untuk kembali pulih.

Maria yang meluangkan masa hampir 20 minit meminta gadis berusia 28 tahun itu mengawal pemakanan selain memberikan ‘contact person’ bagi beliau mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

“Saya mendoakan beliau cepat sembuh dan melawan penyakitnya kerana beliau masih muda. Saya percaya beliau kuat menghadapi ujian ini,” katanya.

 

Categories
NASIONAL

Semangat perubahan bakal diterjemah menerusi kertas undi

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 1 MEI: Calon P.105 Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah terus bersemangat memperkenalkan diri kepada bakal pengundi dan kali ini beliau mendekati masyarakat di Pasar Malam Kampung Lindungan.

Beliau meluangkan masa hampir sejam bertemu peniaga disamping mengedarkan risalah kempen dengan tema ‘Hidup Bermartabat Untuk Semu.

Orang awam turut mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau selain bersalaman.

Maria yang ditemui selepas ‘walkabout’ berkata proses kempen beliau berjalan lancar dan ia diharapkan mampu diterjemahkan pada hari pengundian.

“Selepas tiga hari agak memenatkan tetapi ia sangat menarik.

“Saya yakin dengan tenaga serta sokongan diberikan akan mampu diterjemah menerusi undi pada 9 Mei ini,” katanya.

PRU-14 menyaksikan Maria akan berhadapan saingan tiga penjuru bersama dua lagi calon, Chew Hiat Tat daripada Barisan Nasional (BN) dan Noraini Hussin mewakili PAS.

=EZY=

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Permohonan habeas corpus Maria Chin 29 November

SHAH ALAM, 24 NOV: Permohonan habeas corpus bagi pembebasan Maria Chin Abdullah akan di dengar Mahkamah Tinggi, pada 29 November ini selepas perjumpaan peguamnya, Gurdial Singh Nijar dengan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan dalam kamar.

Gurdial Singh berkata, Jabatan Peguam Negara meminta tempoh seminggu untuk membalas afidavit.

“Bagaimanapun, kami membantah kerana Maria mungkin berhadapan tempoh yang lebih lama dalam tahanan sebelum perbicaraan.

pc-8-of-25“Kita juga meminta Maria dibawa hadir ke mahkamah semasa perbicaraan, namun Pesuruhjaya Kehakiman memberitahu pemohon tidak hadir di hadapan mahkamah.

Katanya, beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah bagi membawa Maria hadir di hadapan pendengaran atau tidak,” katanya.

Manakala, peguam kanannya berkata, Nordin mengarahkan Jabatan Peguam Negara bersama empat responden untuk memfailkan afidavit mereka dalam jawapan, pada 28 November ini.

Difahamkan, Maria memfailkan habeas corpus iaitu pembebasannya daripada Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau tahanan SOSMA serta-merta, pada 21 November lalu.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Anak Maria Chin sambung semangat ibu

OLEH SYASYA SUFIAN

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Tiga anak lelaki Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah menyuarakan rasa tidak wajar apabila pihak berkuasa menahan ibu mereka yang tidak melakukan sebarang kesalahan, bahkan bukan pengganas.

Anak sulungnya, Azumin Mohd Yunus, 23, berkata beliau kecewa, pilu dan marah dengan tindakan kerajaan yang menganaiya ibu mereka.

“Ibu kami pejuang, demi sebuah negara hanya untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

free-maria“Ibu kami yang tak buat apa-apa kesalahan dan berjuang demi keadilan untuk pilihan raya bersih, jadi kenapa dia perlu ditahan seperti pengganas?

“Bagaimanpun, kami tahu mereka menahan dia hanya untuk mematahkan semangat daripada terus menentang kerajaan, namun kami juga tahu semangat dia tetap ada dan itu yang kami akan terus perjuangkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Anak bongsunya, Azemi Maria Mohd Yunus, 20, berkata mereka tidak mendapat sebarang maklumat tentang keadaan Maria buat masa ini.

“Ketika kali terakhir kami bertemu ibu Sabtu lalu (19 November). Kami hanya dimaklumkan beliau ditahan di jel dengan lampu dipasang 24 jam. Dia tidak diberi bantal selimut dan hanya diberi dua pasang pakaian.

“Memang kami berasa sedih dengar keadaan ibu di sana, namun melihat ramai yang hadir memberikan semangat, sokongan moral dan bersoladiriti, kami lebih berkobar menuntut hak kebebasan ibu kami,” katanya.

Maria ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di pejabatnya di Petaling Jaya sehari sebelum perhimpunan aman Bersih 5.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Bersih 2.0: Jumpa di mahkamah

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 SEP: Bersih 2.0 tidak akan membayar tuntutan kos pembersihan RM65,000 seperti disebut Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan sebaliknya menunggu perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah meminta semua bukti seperti yang didakwa dikemukakan.

PC Bersih (3)“Kemukakan bukti, kita akan jawab dimahkamah,” jawabnya ringkas kepada media.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata jumlah kos tambahan untuk membersihkan kawasan digunakan Bersih dalam perhimpunan 34 jam mereka menelan belanja kira-kira RM65,000 untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada masa sama, tujuh anggota jawatankuasa Bersih 2.0 selesai memberikan keterangan di Bukit Aman, di sini, sekitar jam 12.30 tengahari.

Maria Chin memaklumkan antara perkara yang ditanya menyentuh soal kenyataan media, pelancaran Bersih dan perhimpunan yang berlangsung, pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Datuk-Abdul-Rahman-Dahlan“Mereka tidak mendakwa kami. Mungkin akan dimaklumkan kemudian jika mereka (polis) ingin berbuat demikian,” katanya.

Polis turut mengambil keterangan berhubung akaun derma bernilai RM1.5 juta yang menyentuh soal perolehan dan kegunaan.

Selain Maria Chin, turut dipanggil adalah Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Halim, Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh dan Adam Adli Abdul Halim.

Mereka akan disasat mengikut Seksyen 120, 124C, 140 dan 141 Kanun Keseksaan, sementara Mandeep d isiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Maria Chin dilantik pengerusi Bersih 2.0 baru

OLEH : AFIX REDZUAN,

KUALA LUMPUR 12 NOV – Aktivis, Maria Chin Abdullah, dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, (Bersih 2.0) yang baru selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan pertama gabungan berkenaan yang bakal diadakan pada 30 November ini.

maria chin bersihMaria Chin mendapat sokongan pencalonan daripada 13 NGO selepas tempoh pencalonan yang berakhir pada 8 November.

Pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Naib Pengerusi Bersih 2.0 menyaksikan pertembungan antara Dr Ahmad Farouk Musa dan Syed Ibrahim Syed Noh.

Sementara perlawanan satu lawan satu turut berlaku bagi jawatan bendahari antara Masjaliza Hamzah dan Nahar Md Nor.

Lima calon bersaing bagi dua kerusi ahli jawatankuasa iaitu K Arumugam, Ng Chak Ngoon, Farhana Halim, Hishamuddin Rais dan New Sin Yew.

Seramai enam ahli jawatankuasa akan dilantik kemudian bagi peringkat negeri, bagi menambah kepada pasukan lima ahli dalam peringkat kebangsaan.

Kesemua mereka boleh berkempen sehingga tengah malam 29 November ini dan pemilihan akan diadakan di Perpustakaan Petaling Jaya pada 30 November.

Pemilihan kali ini turut melibatkan pengundian pos untuk kumpulan NGO Sabah dan Sarawak. Kertas pengundian akan mula dihantar keluar bermula hari ini dan mereka perlu memulangkannya semula kepada Sekateriat sebelum 30 November ini.

Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini.

Ahli Jawatankuasa Pemilih Bersih 2.0, Stanley Yong berkata, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa pemandu itu akan hanya dibuat pada 30 November meskipun tiada pertandingan bagi jawatan pengerusi.

Beliau menambah, terserah kepada pucuk pimpinan baru Bersih 2.0 untuk menentukan status Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said yang sebelum ini mengetuai Bersih 2.0.

– EZY