Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rawang Bear Run 2017 angkat identiti beruang

OLEH LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR, 5 JAN: Identiti beruang di kawasan perhutanan Rawang suatu masa dahulu diangkat sebagai ikon acara larian komuniti, Rawang Bear Run 2017.

Wakil penganjur, Noel Azzy berkata, pemilihan haiwan itu juga bagi mempromosi Rawang sebagai destinasi pilihan warga Lembah Klang.

“Rawang suatu masa dipenuhi pokok sawit, getah dan lombong bijih timah serta dihuni binatang liar termasuk beruang.

pc-3-of-13“Bukan bersandar kepada sejarah itu semata-mata, beruang juga dilihat mempunyai sifat fizikal dan identiti tersendiri yang digemari ramai.

“Jadi, kita mahu keunikan beruang ini menarik minat orang ramai termasuk kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengurus Jualan Hong Bee Property Management Sdn Bhd, K Jamilchelvan merasmikan Rawang Bear Run 2017.

Noel berkata, turut diadakan karnival jualan menampilkan lebih 50 gerai jualan usahawan produk tempatan.

“Terdapat 25 ‘food truck’, persembahan artis, perkhidmatan rawatan Islam dan pemeriksaan kesihatan percuma,” katanya.

Bakal berlangsung pada 22 Januari ini, ia dijangka disertai 1,500 peserta menerusi dua kategori jarak larian iaitu 12 kilometer (km) dan lima km.

Yuran penyertaan adalah RM75 bagi dewasa sementara RM20 dikenakan bagi peserta tempatan.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh rujuk https://mro.myraceonline.com/bear17/registrations.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kembalikan beruang ke habitat asal

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 1 JUN: Tindakan sedang diusahakan Kerajaan Negeri bagi membawa kembali beruang jenis matahari yang terlepas April lalu ke habitat asalnya di Hutan Simpan Sungai Karang.

Beruang betina itu ditemui penduduk selepas berkeliaran di sekitar Kampung Batu 4, Sepintas sebelum ditembak dengan pelali, April lalu.

Beruang MatahariExco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata beruang itu kini diberikan rawatan dan pemantauan terlebih dahulu sebelum dihantar ke Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu.

Katanya beliau mahu ia dikembalikan ke tempat asal kerana menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memelihara haiwan itu.

“Pembangunan pesat yang dekat dengan hutan simpan itu mungkin menyebabkan haiwan itu keluar mencari perlindungan selama hari.

“Jadi kita mahu ia dipulangkan kembali ke tempat asalnya untuk diberikan perlindungan dari pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa di sini, hari ini.

Katanya beliau dalam usaha bekerjasama dengan pihak terbabit memastikan perkara sedemikian tidak berulang kembali.

Sebelum ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa mengambil masa selama lima hari bagi menjejak seekor beruang yang dilaporkan tersesat sejauh kira-kira 50 Kilometer.

Penduduk turut mengadu pernah terserempak dengan beruang seberat 70 kilogram itu beberapa kali di sekitar kawasan sawah padi.

EZY