Categories
SELANGOR

Berlari sambil nikmati panorama kampung, sawah bendang

 

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 21 MEI: Penggemar acara larian dipelawa menyertai Larian Amal Kuala Selangor 2019 di padang terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor, pada 29 Jun ini.

Program julung kali anjuran Persatuan Alumni SMKA Kuala Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) itu sempena Karnival Jubli Perak sekolah berkenaan yang bakal diraikan tahun ini.

Uniknya menerusi acara itu, peserta berpeluang menikmati laluan larian berlatarkan panorama kampung, sawah bendang dan merentasi jambatan utama di daerah terbabit.

Terdapat lima kategori dipertandingkan membabitkan kategori terbuka individu lelaki dan wanita bagi jarak tujuh, lima dan tiga kilometer (km), manakala kategori khas bagi pelajar sekolah menengah dari 13 hingga 18 tahun sejauh lima km termasuk larian santai tiga km membabitkan penyertaan sekeluarga.

Bagi kategori terbuka tujuh km, yuran sebanyak RM45 dikenakan kepada peserta, sementara RM40 dan RM35 masing-masing bagi lima km dan tiga km.

Pelajar sekolah adalah serendah RM25, manakala pakej keluarga termasuk dua dewasa dan dua kanak-kanak adalah RM95.

Setiap pendaftaran akan memperoleh baju T, beg sandang, sarapan, sijil dan pingat bagi pemenang pertama hingga ketiga untuk setiap kategori serta berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang http://jubliperaksmkaks.com/borang-penyertaan-rabitah-fun-run-2019/ atau https://bit.ly/2ITQrS3.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan, Permaisuri sertai rakyat dalam #AnakAnakMalaysia Walk

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli hadir dan melepaskan peserta #AnakAnakMalaysia Walk 2017 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, hari ini.

Baginda disertai DYMM Tuanku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Juga turut serta, Pengerusi Jawatankuasa #AnakAnakMalaysia & Eco World Foundation, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Star Media Group Bhd, Datuk Fu Ah Kiow.

PC (5 of 10)Seramai kira-kira 5,000 peserta menyertai acara jalan kaki sejauh lima kilometer anjuran Star Media Group Bhd dan Eco World Development Group Bhd itu.

Baginda Sultan dan Permaisuri serta tetamu kehormat lain turut menyertai acara #AnakAnakMalaysia Walk dalam jarak 2.2 kilometer.

Program memasuki tahun kedua itu diadakan bagi mewujudkan semangat keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Ia satu tindakan sederhana tetapi berupaya yang menyemai harapan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat dan meraikan Hari Kebangsaan negara.

Acara terbabit turut menyaksikan penyertaan beberapa selebriti tanahair antaranya Maya Karin, Amber Chia, Neelofa dan yang lain termasuk lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Barang kitar semula sebagai ‘yuran’ larian

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 APR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Kitar Semula sempena Program Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi 2017 di Dataran Kemerdekaan, pada 16 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, mereka yang berminat perlu membawa barangan kitar semula sebagai yuran larian berkenaan.

Katanya, ‘yuran penyertaan’ itu perlu dibawa ke tempat penghantaran di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Tingkat 4, Wisma MBSA, sebelum 14 April ini.

SHAHRIN“Antara barangan kitar semula yang boleh digunakan sebagai yuran peryertaan adalah 10 naskhah surat khabar, tujuh botol plastik berpenutup (1 liter), 15 botol plastik berpenutup (500 ml), 15 tin Aluminium dan 15 bekas air kotak sebarang saiz.

“Mereka yang menetap di kawasan berjauhan dari Wisma MBSA boleh membawa barangan kitar semula pada hari program mulai jam 6 pagi untuk mendapatkan T-Shirt dan nombor,” katanya kepada Selangor Kini.

Larian itu meliputi jarak lima kilometer, manakala pendaftaran terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas.

Seramai 1,000 peserta terawal berpeluang memiliki t-shirt percuma selain layak menerima ‘sticker’ bernombor dan sijil penyertaan, manakala 1,000 peserta yang berjaya menamatkan larian bakal menerima medal.

Shahrin berkata, Larian Kitar Semula bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar.

“MBSA juga berharap program ini dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti Shah Alam,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, mereka yang berminat boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 012-646 3897 (Rohaizat), 014-923 2387 (Ilan) atau 014-259 0546 (Mahendran).

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rawang Bear Run 2017 angkat identiti beruang

OLEH LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR, 5 JAN: Identiti beruang di kawasan perhutanan Rawang suatu masa dahulu diangkat sebagai ikon acara larian komuniti, Rawang Bear Run 2017.

Wakil penganjur, Noel Azzy berkata, pemilihan haiwan itu juga bagi mempromosi Rawang sebagai destinasi pilihan warga Lembah Klang.

“Rawang suatu masa dipenuhi pokok sawit, getah dan lombong bijih timah serta dihuni binatang liar termasuk beruang.

pc-3-of-13“Bukan bersandar kepada sejarah itu semata-mata, beruang juga dilihat mempunyai sifat fizikal dan identiti tersendiri yang digemari ramai.

“Jadi, kita mahu keunikan beruang ini menarik minat orang ramai termasuk kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengurus Jualan Hong Bee Property Management Sdn Bhd, K Jamilchelvan merasmikan Rawang Bear Run 2017.

Noel berkata, turut diadakan karnival jualan menampilkan lebih 50 gerai jualan usahawan produk tempatan.

“Terdapat 25 ‘food truck’, persembahan artis, perkhidmatan rawatan Islam dan pemeriksaan kesihatan percuma,” katanya.

Bakal berlangsung pada 22 Januari ini, ia dijangka disertai 1,500 peserta menerusi dua kategori jarak larian iaitu 12 kilometer (km) dan lima km.

Yuran penyertaan adalah RM75 bagi dewasa sementara RM20 dikenakan bagi peserta tempatan.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh rujuk https://mro.myraceonline.com/bear17/registrations.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Deuter International Trail Run kini di Batu Arang

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 18 APR: Selepas tiga tahun dianjurkan di Putrajaya, Deuter International Trail Run kembali lagi tahun ini di lokasi baru iaitu di Baru Arang, Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata acara larian itu pasti dapat mempromosi Batu Arang sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Katanya, muka bumi Batu Arang bukan sahaja sesuai sebagai lokasi ‘trail run’, bahkan ia kaya dengan khazanah dan sejarah tersendiri.

elizabeth01“Ramai tidak kenal Batu Arang, tetapi inilah pekan pertama yang membangun lengkap dengan landasan kapal terbang, rel keretapi, balai polis dan kemudahan lain.

“Sehingga kini, penduduk mendakwa masih terdapat api yang terbakar dari bawah walaupun aktiviti melombong sudah lama dihentikan,” katanya dalam sidang media di Wisma UFL, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Universal Fitness dan Leisure Sdn Bhd (UFL), Datuk K Radha; Pengarah Eksekutif UFL, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor dan Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din.

Dengan laluan sejauh 15 kilometer, dijangkakan lebih 3,000 peserta menyertai larian kali ini.

Menjanjikan hadiah wang tunai RM10,000 untuk pemenang, Deuter International Trail Run 2016 anjuran bersama Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang dengan Cyclic Sports Sdn Bhd.

-NFN-

Categories
SELANGOR

4,000 sertai SJ10KM 20 September

Oleh: NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 7 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Larian SJ10KM yang akan diadakan di Kompleks Sukan MPSJ, pada 20 September ini.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata 4,000 peserta bakal menyertai larian kelapan yang bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, penganjuran itu bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim warga kerja MPSJ dengan penduduk sekitar Subang Jaya.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Ia juga sebagai platform mewujudkan semangat kerjasama dan kesukanan antara golongan remaja, dewasa, veteran dan orang kelainan upaya,” katanya.

Nor Hisham memaklumkan MPSJ turut menerima sumbangan RM10,000 daripada Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Sebanyak 15 kategori dipertandingkan termasuk dua kategori baru iaitu ‘Fun Run’ dan ‘Family Run’ membabitkan larian tiga kilometer.

Penyertaan bagi dua kategori itu dikenakan yuran RM106 membabitkan empat peserta bagi setiap pasukan.

Kategori lain termasuk lelaki dan wanita terbuka, lelaki junior veteran, wanita dan lelaki senior veteran serta lelaki dan perempuan remaja dikenakan yuran RM32.

Manakala, yuran sRM53 dikenakan bagi kategori lelaki dan wanita antarabangsa, setiap peserta akan menerima baju T dan cabutan bertuah.

mpsjOrang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran secara atas talian di www.myraceonline.com atau terus ke Pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat, Aras 1, Ibu Pejabat MPSJ USJ5,

Pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat cawangan MPSJ, kaunter Stadium MPSJ Serdang Jaya, kaunter Kompleks 3K atau kaunter Dewan Puchong Indah.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 September ini.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi urusetia di talian 017-3037123 (Shahuddin) atau 013-4204853 (Nurul Badariah).

-NFN-