Categories
GLOBAL

BWM panggil semula 360,001 kenderaan di China

BEIJING, 20 APRIL: BMW akan memanggil balik sejumlah 360,001 kenderaan di China untuk menggantikan beg udara yang rosak, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Negara bagi Peraturan Pasaran.

Langkah itu, yang dijadualkan bermula pada 30 Ogos, membabitkan sejumlah 272,880 kenderaan keluaran BMW Brilliance Automotive Ltd. antara 2 Januari 2014 dan 16 Oktober 2017 serta sejumlah 87,121 model import yang dikeluarkan antara 5 April 2000 dan 21 Februari 2018.

Kerosakan beg udara akan menyebabkan serpihan terkena penumpang jika digunakan.

Beg udara yang rosak itu dikeluarkan pembekal dari Jepun iaitu syarikat Takata, yang kini sudah gulung tikar pada 2017 susulan krisis beg berkenaan.

BMW akan menggantikan beg udara yang rosak secara percuma. -BERNAMA

Categories
GLOBAL SAINS & INOVASI

BMW keluarkan motosikal bergerak sendiri ala ‘Knight Rider’

BERLIN 17 SEPT: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW baru sahaja memperkenalkan sebuah model motosikal bergerak sendiri yang mana ia boleh memecut dan melengkapkan satu pusingan di litar dan parkir tanpa penunggang.

Satu klip video yang dikongsi oleh BMW Motorrad, unit pengeluaran motosikal syarikat berkenaan, menunjukkan aplikasi teknologi itu pada model R1200GS. Ia mengambil masa selama dua tahun untuk dibangunkan.

 

Jentera itu menggunakan satu perisian pintar yang membolehkan enjin dihidupkan, kawalan motosikal, kuasa memecut dan mengambil selekoh serta membrek tanpa campur tangan manusia.

BMW berharap teknologi kecerdasan pintar (AI) boleh membantu meningkatkan keselamatan penunggang menerusi bantuan kawalan tunggangan dan membrek dalam situasi berbahaya atas jalan.

Syarikat itu mendakwa kenderaan itu dibina bukan untuk pengguna tetapi sebagai medium memahami bagaimana ciri keselamatan baharu boleh diserapkan ke dalam rangkaian produk motosikal BMW.

Bagaimanapun, kumpulan pengkaji yang menghabiskan masa beratus-ratus jam melakukan penyelidikan dan pembangunan teknologi tersebut berharap AI itu boleh dipasang dalam model-model motosikal BWM pada masa hadapan.

Firma automotif itu tidak mendedahkan jenis teknologi yang digunakan untuk tunggangan sendiri tetapi dipercayai membabitkan kamera sensor, lidar dan teknologi AI.

SUMBER: AGENSI

Categories
NASIONAL

BMW kata kereta diguna Sidang Asean

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 APR: BMW Group Malaysia menafikan Kerajaan Persekutuan membeli kereta mewah BMW 5 Series dan 7 Series seperti didakwa beberapa pihak hari ini.

Pengarah Urusan, Alan Harris dalam kenyataan media berkata, kenderaan itu ditaja BMW untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi pada Sidang Kemuncak Asean 2015 ke-26.

BMW“Kereta berkenaan tidak dibeli Kerajaan Persekutuan sebaliknya BMW menaja kereta berkenaan.

“Kereta itu digunakan sebagai kereta rasmi yang digunakan pada Sidang Kemuncak Asean 2015 ke-26 di Kuala Lumpur dan Langkawi dari 24 hingga 28 April 2015,” katanya.

Menurut Alan, BMW 5 Series dan BMW 7 Series itu digunakan semua delegasi dan tetamu terhormat sepanjang persidangan itu sahaja.

Pagi ini, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) BMW mengesahkan perkara itu serta mendesak kerajaan memberikan penjelasan dakwaan pembelian kereta mewah BMW 7-Series tatkala kemarahan rakyat memuncak ekoran perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan patut beri penjelasan 6 buah BMW 7-Series

Oleh:AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 APR: Kerajaan Persekutuan patut memberikan penjelasan dakwaan pembelian kereta mewah BMW 7-Series tatkala kemarahan rakyat ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkata jika kereta Proton dianggap setaraf dengan BMW, maka bukan keperluan membeli kereta mewah itu dengan harga melebihi setengah juta.

BMW“Apa kewajaran membeli kereta mewah ini pada kala rakyat marah dengan pelaksanaan GST membebankan?,” katanya di Lobi Parlimen.

Beberapa keping foto kereta mewah BMW 7-Series tanpa nombor pendaftara dikongsikan kepada Rafizi Ramli di laman Facebook, hari ini.

Enam buah kereta BMW 7-Series berkenaan hanya mempunyai jata negara mengundang spekulasi bawa kereta mewah itu milik Kerajaan Persekutuan.

Enam keping foto kereta itu dikongsikan di laman Facebook rasmi milik Rafizi.

Datuk Johari Abdul beliau berkata, kerajaan sepatutnya mempromosikan kereta tempatan termasuk kepada tetamu hadir mengunjungi negara.

Jelasnya, sekiranya kereta berkenaan dibeli untuk kegunaan menteri atau kakitangan kerajaan, ia adalah tindakan tidak wajar.

Minggu ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi gambaran kereta keluaran Proton setaraf kereta mewah BMW.

Kenyataan itu menjadi bahan sindiran dan jenaka di laman sosial.

EZY