Categories
NASIONAL

Menteri kanan Britain letak jawatan, tak mampu sokong dasar berat sebelah

SHAH ALAM, 6 OGOS: Dasar Kerajaan Britain menyokong Israel dalam konflik Gaza mendorong seorang menteri kanannya melepaskan jawatan semalam.

Anggota Dewan Negara Britain, Sayeeda Warsi yang juga Menteri Kanan di Kementerian Luar Britain berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tidak mampu lagi menyokong dasar berat sebelah Britain.

8093186986_c558de9e31_z-220x288Melalui laman makro Twitter, Warsi menzahirkan sebab perletakan jawatan beliau berkait rapat dengan konflik di Gaza yang sehingga kini mengorbankan hampir 2,000 warga Palestin termasuk kanak-kanak.

“Dengan rasa amat kesal dan dukacita, pagi ini saya menulis surat kepada Perdana Menteri dan menyerahkan surat peletakan jawatan. Saya tidak boleh lagi terus menyokong dasar kerajaan berkenaan Gaza,” katanya.

Kerajaan Britain di bawah Perdana Menteri, David Cameron kini berdebat kritikan hebat pembangkang, Parti Buruh ekoran keengganannya mengecam pencerobohan Israel ke Gaza termasuk pembunuhan dilakukan rejim Zionis.

Britain sebelum ini berulang kali menggesa gencatan senjata di Gaza, terbaru Setiausaha Luar Philip Hammond berkata keadaan di Israel sudah melampaui batas.

imagePendirian Britain nyata mengecewakan sehingga Warsi secara terbuka menyatakan perasaan tidak gembira dengan kegagalan Cameron sebelum akhirnya melepaskan jawatan.

Warsi adalah wanita dan penduduk Islam pertama berkhidmat di dalam kabinet selepas menjadi pengerusi pertama Parti Konservatif oleh Cameron selepas pilihan raya umum 2010.

Categories
NASIONAL

MH17: Britain desak mesyuarat tergempar PBB bincang pergolakan Ukraine-Rusia

SHAH ALAM, 18 JULAI: Britain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu pergolakan Ukraine-Rusia ekoran nahas membabitkan pesawat MH17 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), semalam.

AFP melaporkan sumber diplomat memberitahu mesyuarat itu akan diadakan esok.

malaysia-airlines-boeing-777MH17 dilaporkan terhempas yang didakwa mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Amsterdam.

Pesawat itu juga didakwa menjadi mangsa serangan peluru berpandu milik pro-rusia.

-NFN-