Categories
GLOBAL

Ebola mula merebak ke kawasan bandar di Congo

KINSHASA, 11 DIS: Congo kini dilanda penularan wabak Ebola yang mula merebak ke beberapa bandar utama, menurut pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Medecins Sans Frontieres (MSF), lapor Xinhua.

MSF berkata bandar Butembo, di timur laut Congo yang mempunyai penduduk hampir sejuta merupakan bandar terbaharu yang dilanda wabak berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Khamis, 35 kes baharu dilaporkan sejak Selasa, dua kes di Butembo, lapan di Katwa dan dua di Kalunguta.

“Keadaan itu amat membimbangkan dan kami sedang berusaha untuk mengawalnya,” kata penyelaras projek MSF di Butembo, John Johnson.

Sehingga Jumaat, data dikeluarkan WHO menunjukkan jumlah kes Ebola mencapai 489 kes dengan 441 daripanya disahkan Ebola dan 232 kematian.

Congo mengisytiharkan wabak terkini Ebola di Wilayah Utara Kivu pada Ogos, wabak ke-10 dalam tempoh 40 tahun dan negara yang terbesar pernah tejadi.

Kadar kematian Ebola, menurut WHO, sangat tinggi, dengan kes kematian dari 50 peratus hingga 89 peratus, bergantung kepada jenis virus.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Pesawat tentera terhempas di Congo, 12 disahkan maut

KINSHAHA, CONGO 1 OKT: Seramai 12 orang disahkan maut dalam satu insiden nahas membabitkan sebuah pesawat tentera negara itu berdekatan Kinshaha.

Menurut sumber lapangan terbang tempatan, pesawat pengangkut Antonov baharu sahaja berlepas sebelum dilaporkan terhempas, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Pesawat berkenaan dikatakan terhempas di Nsele, kira-kira 100 kilometer timur Kinshaha.

Seorang pegawai tempatan yang enggan dikenali memberitahu AFP, tiada mangsa terselamat dalam kejadian tersebut.

=EZY=