Categories
AGENDA NASIONAL

Kes cuci duit: Sembilan individu dilepas dengan jaminan

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Kesemua individu tahanan reman terlibat siasatan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram dilepas dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Sumber SPRM berkata ia melibatkan sembilan individu termasuk tujuh anggota dan pegawai polis yang kemudian diserah ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berikutan kes diklasifikasi sebagai jenayah bersindiket.

“Mereka hanya dilepas dengan jaminan SPRM…kesemua mereka diperlukan untuk siasatan lanjut polis. Dalam erti kata lain, mereka masih belum dibebaskan,” kata sumber berkenaan kepada Bernama.

Pada Jumaat lepas, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata pihaknya telah memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota yang ditahan.

Kesemua pegawai dan anggota polis terbabit disyaki menyalahgunakan kuasa melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang ringgit dan lain-lain.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.

Pada 8 Oktober lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat ‘dami’ yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Sebelum ini, SPRM turut memanggil pasangan artis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram terbabit.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

‘Cuci duit’: SPRM panggil 13 pegawai kanan polis bantu siasatan

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Seramai 13 pegawai kanan polis dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

Sumber SPRM berkata dua daripada mereka adalah ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan di sebuah kontinjen polis negeri, masing-masing berpangkat ACP.

“Tiga lagi pegawai kanan ialah ketua polis daerah yang dua daripada mereka berpangkat ACP manakala seorang lagi berpangkat Superintenden.

“Selain itu, lapan lagi pegawai polis dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya kepada Bernama semalam.

Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata pihaknya telah memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota yang ditahan.

Kesemua pegawai dan anggota polis terbabit disyaki menyalah guna kuasa melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang ringgit dan lain-lain.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.

Pada 8 Oktober lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat dami yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Sebelum ini, SPRM memanggil pasangan artis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram terbabit.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

KPN arah siasatan terperinci anggota terlibat sindiket ‘cuci duit’

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.

Katanya, beliau telah mengarahkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk melakukan siasatan serta membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ketiga-tiga pengarah itu sedang jalankan tindakan masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Abdul Hamid berkata Jabatan Siasatan Jenayah juga diarahkan membantu SPRM dalam siasatan kes itu.

Beliau berkata masih banyak yang sedang disiasat SPRM dan mereka memerlukan ruang serta waktu untuk meneruskan siasatan kes berkenaan.

Abdul Hamid berkata demikian bagi mengulas siasatan terhadap 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu oleh SPRM berkaitan sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat dami yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Kelmarin, sembilan pegawai kanan polis termasuk beberapa Ketua Polis Daerah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan kes itu.

-BERNAMA