Categories
AGENDA NASIONAL

Rasuah RM300,000: Reman ‘Datuk Seri’ disambung empat hari

SHAH ALAM, 15 MAC: Tempoh reman enam hari terhadap dua individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang berakhir hari ini, disambung empat hari lagi.

Perintah sambungan reman hingga Khamis itu dikeluarkan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari di Mahkamah Majistret selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ia bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya untuk membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.

Pada 10 Mac lepas, seorang lelaki berumur 44 tahun bergelar Datuk Seri dan seorang wanita yang merupakan ejen pekerja asing berumur 41 tahun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber SPRM memberitahu suspek lelaki itu mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam manakala wanita tersebut bertindak sebagai orang tengah.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Mohamed Azmin terima gelaran Datuk Seri

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 12 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dikurnia Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S), Darjah Kelas Pertama membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Keputeraan ke-70 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau antara 75 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor dalam istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini.

MOHAMED AZMINMohamed Azmin menjadi penerima tunggal gelaran itu bersesuaian dengan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi negeri.

Dilahirkan di Singapura, Malaysia Mohamed Azmin, 51, mula menceburi bidang politik sekitar tahun 1987 apabila dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Menteri Pendidikan.

Beliau memiliki Sarjana Muda dalam bidang Matematik dan Ekonomi di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat pada 1987 dan Sarjana Pendidikan di universiti sama.

Mohamed Azmin mendirikan rumah tangga bersama Shamshida Taharin pada 7 Ogos 1988 yang juga penuntut di universiti sama di Amerika Syarikat dan dikurniakan enam orang anak.

Beliau adalah Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa sejak 8 Mac 2008 hingga kini serta dipilih sebagai Timbalan Presiden KEADILAN, bermula pada 28 November 2010.

Pada 23 September 2014, Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anwar ada ‘banyak’ gelaran Datuk Seri

SHAH ALAM 4 DIS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menggunakan gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepadanya kerana beliau turut menerima beberapa anugerah dari negeri lain.

Gelaran Datuk Seri yang diterima Anwar ditarik Istana Selangor berhubung isu Menteri Besar.

anwar-gstMenurut laman sesawang Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri, Anwar mempunyai tujuh darjah kebesaran itu yang dianugerahkan padanya daripada Perlis (1995), Perak (1995), Pahang (1990), Pulau Pinang (1994), Sabah (1994), Melaka (1991) dan Pahang (1990).

Beliau juga mendapat darjah kedua daripada Pulau Pinang dengan gelaran Datuk pada 1991.

Semua anugerah itu diperoleh antara 1990 dan 1995, ketika beliau bertugas dalam kerajaan.

Dato Seri