JURNAL BERITA – Peguam: Disaman cermin gelap, boleh cabar di mahkamah

1. Isu Lebuhraya Kidex, Kerajaan Negeri jumpa semula penduduk

2. Peguam: Disaman cermin gelap, boleh cabar di mahkamah

3. Dr Agus: “Mengapa tak boleh beza pandangan politik dengan kerajaan?”

4. Selangor tingkat program pembangunan belia, landasan tepat wawasan negeri maju 2025

5. Kerugian tahunan terus meningkat, MAS perlu keluar Bursa Saham

6. Wanita PR bergabung pastikan Dyana menang PRK Teluk Intan

7. PRK Teluk Intan: Dyana Sofya dicabar Presiden Gerakan, pertembungan dua penjuru

8. Pemilihan Naib Presiden PKR: Nurul Izzah perolehi undi tertinggi atasi 13 calon

9. ‘Ops 1Premis 1Kediaman 1Tong Sampah’, didik masyarakat jaga kebersihan

10. Pemilihan PKR: Rodziah yakin atasi Zuraidah, saingan kian sengit

11. Hari Muzium Antarabangsa didik masyarakat hargai warisan negara

12. Larangan merokok dalam kenderaan awam bermula

13. MPK kutip cukai dari rumah ke rumah hujung bulan ini

14.Semua kaum harus jaga jati diri, kekal budaya nasional

15.11 gerai haram warga asing disita, atasi masalah kesesakan di Pandamaran

16.E-SPG mudahkan orang ramai bayar zakat secara talian

17.1,000 peserta sertai Walk-a-Payung sokong pesakit SLE

18.AKTIVITI YB: Guru terharu terima kek daripada Adun Gombak Setia

Categories
NASIONAL

Dr Agus: “Mengapa tak boleh beza pandangan politik dengan kerajaan?”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 MEI: Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan atas tiket DAP, tidak timbul soal ‘gigit tangan’ kerana tindakan kerajaan membina universiti bertujuan untuk melahirkan masyarakat berguna kepada negara.

Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat penyertaan bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM),berkata merupakan pilihannya sendiri dan tidak menjadi satu masalah besar sekiranya mempunyai perbezaan pendapat.

10374007_885464014803871_1616670679462923487_nBeliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah disifatkan tidak masuk akal.

“Kenyataan pemimpin itu tidak masuk akal saya. Apakah apabila kita masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?

“Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang mereka terima membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif dalam politik,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

menteri kenyataanShamsul Anuar dilaporkan berkata “Dyana Sofya mendapat didikan di UiTM sebuah institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar dan sebagainya sebelum ini”

Jelas Mohammad Agus kerajaan sepatutnya mengubah pendekatan untuk memahami aspirasi mahasiswa supaya kembali menyokong mereka dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang ‘pelik-pelik’.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam satu kenyataan lain berkata, Dyana Sofea bakal menjadi ketakutan baru kepada Umno sekiranya beliau menang dan diangkat menjadi Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah negara.

“Beliau dilabel sebagai pengkhianat dan teruk diserang. Kelak dia akan teguh bersama pendiriannya dan akan bangkit melawan serta ‘mengaum’ seperti harimau,” kata beliau lagi.

Dalam PRK Teluk Intan, yang akan berlangsung pada 31 Mei ini, Dyana akan menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Pada PRU13, Siew Keong tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan wakil rakyatnya Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.

EZY

Categories
NASIONAL

Dr Agus: Sistem PBS bermasalah, beban bertambah, guru tertekan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 11 FEB: Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menyebabkan beban guru bertambah dengan karenah merekodkan penilaian pelajar ke adalam sistem komputer berpusat.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, berkata ini kerana sistemnya lembab dan selalu tergantung.

PBSKatanya, keadaan itu menyebabkan terdapat guru yang bangun sebelum Subuh sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem PBS kementerian.

“Tanggungjawab guru dalam membangunkan generasi besar sekali. Di sekolah, guru mengajar, menjadi kerani, mengisi data dan maklumat murid, menjadi jurulatih, dan pelakon di pentas. Pun begitu, guru tetap seronok dengan tugas mereka.

“Namun, dengan terlaksananya sistem PBS, keseronokan guru berubah,” kata Dr Agus dalam entri Facebooknya.

Beliau berkata Kementerian menyedari rungutan guru ini dan berjanji untuk mengatasinya pada April 2014 nanti dengan guru meminta mereka bersabar.

Pada 22 Februari ini, sekumpulan guru yang menamakan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus YusoffDr Agus berkata terdapat banyak masalah yang dihadapi sistem PBS, antaranya sistem itu tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR.

“Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?,” katanya.

Beliau berkata sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang.

Katanya sistem ini memerlukan kemudahan sekolah yang mencukupi.

“Bagaimana melaksanakannya dengan baik jika mendapatkan kertas dari pejabat sekolah pun sukar? Tinjauan saya mendapati guru membeli sendiri kertas, pencetak dan toner yang diperlukan mereka,” katanya.

Tambah Dr Agus, sistem itu mewujudkan murid dan pelajar yang malas membaca, berusaha, berfikir dan hilangnya sifat ingin berlumba menjadi yang terbaik.

“Ini kerana murid tidak lagi mempunyai tekanan untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Ibu bapa tidak ghairah lagi untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen.

“Bila malas berfikir, malas mengulangkaji, maka apa hasil cemerlangnya dengan sistem ini?,” katanya.

Justeru katanya, sistem peperiksaan berpusat UPSR dan PMR perlu diadakan semula.

“Pelajar perlu dinilai, bukan sahaja untuk mengetahui tahap pencapaian mereka, tetapi untuk mereka mempunyai semangat berlumba, dan juga untuk membolehkan ibubapa menilai prestasi anak mereka,” kata Dr Agus.

Katanya, jika sistem ini mahu diteruskan juga, maka guru perlu diberikan pembantu untuk merekodkan data kerana tanggungjawab utama guru adalah mengajar.

“Guru perlu diberikan kembali keseronokan mereka mengajar tanpa dibebankan dengan kesibukan mengisi maklumat dalam komputer,” katanya.

EZY