Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor lantik Ahli Dewan DiRaja Selangor

sultan 01

Oleh : Afeeqa Afeera

KLANG 18 NOV : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Ahli Dewan DiRaja Selangor dalam satu istiadat di Balai Tengah Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Empat Ahli Ex-Officio Dewan DiRaja Selangor yang menerima watikah pelantikan adalahTengku Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang mana pelantikan mereka berkuatkuasa mulai 1 Disember 2013 hingga 30 November 2016.

sultan 03Empat ahli waris yang lain, lima Orang-Orang Besar dan tujuh Orang Tua-Tua turut menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan DiRaja Selangor.

Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.

Antara Orang-Orang Besar itu termasuk Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.

Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf; Tan Sri Ambrin Buang; Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali; Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir; Tan Sri Setia Ismail Adam; Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Seramai 204 Individu Menerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor

 

SHAH ALAM 21 MEI : Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zarida Hambali, mengetuai senarai 204 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Serta Pingat-Pingat Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 66 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) Darjah Kelas Ketiga kepada beliau disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di sini hari ini.

Zarida merupakan penerima tunggal untuk anugerah terbabit.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) Darjah Kelas Ketiga kepada dua penerima iaitu Pegawai Memerintah KD Tun Razak, Komander Baharudin Wan Md Nor dan Pegawai Laksana KD Tun Razak, Komander Mohd Razak Tahir.

Selain itu, 33 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) dan 33 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C) merupakan pegawai kerajaan di dalam Kumpulan Sokongan. Mereka berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh tahun dengan kerajaan negeri.

 

Turut dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada seramai 123 orang.

Manakala Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) dianugerahkan kepada seramai 12 orang kakitangan kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun.

Mereka terdiri daripada Mohd Hairani Abdullah, Che Nah Ab.Ghani, Azizah Daud, Mohd Esah Hashim, Mohd Nasir Md Rais, Noraini Yahya, S.Soliammal, Razali Yaacob, Mohamad Rafli Mohamed Yusof, Mohamad Sharie Mohamed Yusof, Ibrahim Abdullah dan M.Maniam.

Sementara itu, Zarida, 55, menyifatkan anugerah yang diterimanya itu hasil daripada perkhidmatan cemerlangnya sebagai pendidik.

Zarida, yang berasal daripada Perak, tidak menyangka akan terpilih untuk menerima anugerah itu.

“Saya juga berterima kasih kepada Naib Canselor UPM yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam banyak perkara,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang merupakan ibu kepada dua orang anak itu pernah berkhidmat sebagai Timbalan Dekan fakulti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Sebelum memegang jawatan di Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik UPM, beliau berkhimat di Kementerian Pengajian Tinggi seterusnya Pengarah.

“Banyak cabaran yang saya lalui terutamanya semasa bergelar pensyarah.

?Saya terpaksa mengajar pelajar perubatan dalam keadaan yang serba daif seperti kekurangan kemudahan dan peralatan serta meminjam bilik di bangunan fakulti lain.

?Bagaimanapun semua itu saya ketepikan. Apa yang penting bagi saya adalah semangat dan usaha kita serta kualiti pembelajaran,” katanya.

Penerima Pingat PJK, Harudin Dahlan, 67, pula tidak menyangka penyertaan aktifnya di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) diiktiraf.

Beliau yang merupakan bekas guru besar kini aktif dalam tiga persatuan iaitu Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Kuantan, Klang, Pengerusi Koperasi Klang Berhad dan mediator Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selangor.