Categories
SELANGOR

Warta tanah sasar keluasan hutan kekal 35%

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 1 JUN: Usaha mengenal pasti dijalankan Kerajaan Negeri terhadap beberapa status tanah hutan untuk diwartakan sebagai hutan simpan kekal di negeri itu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong hal itu selaras dengan komitmen negeri mengekalkan dan meningkatkan keluasan hutan simpan mencapai sasaran sebanyak 35 peratus.

Pelancaran Hari hutan 2015 YB Elizzabeth Wong di Hutan Raja Musa (3) (1)“Sasaran 35 peratus itu bagi jangka masa panjang, untuk tempoh setahun hingga dua tahun ini, kita menetapkan peratusan itu naik ke tahap 32 peratus,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Perasmian Hari Hutan Antarabangsa, di Hutan Simpan Raja Musa, di sini.

Elizabeth berkata Kerajaan Negeri juga mengambil langkah penggantian tanah bagi mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan hutan.

“Sekiranya terdapat projek infrastuktur oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan mahupun swasta, kita pastikan tanah diambil diganti semula.

“Kerajaan Negeri terus menyokong dan mengalukan khidmat nasihat serta bantuan teknikal daripada Kementerian terutama projek berkaitan eko-pelancongan dan bioversiti,” katanya.

Dalam majlis itu, Elizabeth turut merasmikan Pusat Kecemerlangan Paya Gambut dan menanam sebanyak 1,500 anak pokok di kawasan hutan terbabit.

Hadir sama Pengarah Perhutanan Negeri, Dr Mohd Puat Dahalan.

Hutan simpanan kekal di Selangor bertambah dari 15,090 hektar kepada 18,998 hektar pada 2009 termasuk Kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal pada 6 Mei 2009 seluas 2,365 hektar yang asalnya merupakan tanah kerajaan.

Ketika ini, Kerajaan Negeri sudah mencapai 250,128 hektar bersamaan dengan 31.6 peratus dari keluasan tanah negeri.

EZY

Categories
SELANGOR

Kembalikan beruang ke habitat asal

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 1 JUN: Tindakan sedang diusahakan Kerajaan Negeri bagi membawa kembali beruang jenis matahari yang terlepas April lalu ke habitat asalnya di Hutan Simpan Sungai Karang.

Beruang betina itu ditemui penduduk selepas berkeliaran di sekitar Kampung Batu 4, Sepintas sebelum ditembak dengan pelali, April lalu.

Beruang MatahariExco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata beruang itu kini diberikan rawatan dan pemantauan terlebih dahulu sebelum dihantar ke Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu.

Katanya beliau mahu ia dikembalikan ke tempat asal kerana menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memelihara haiwan itu.

“Pembangunan pesat yang dekat dengan hutan simpan itu mungkin menyebabkan haiwan itu keluar mencari perlindungan selama hari.

“Jadi kita mahu ia dipulangkan kembali ke tempat asalnya untuk diberikan perlindungan dari pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa di sini, hari ini.

Katanya beliau dalam usaha bekerjasama dengan pihak terbabit memastikan perkara sedemikian tidak berulang kembali.

Sebelum ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa mengambil masa selama lima hari bagi menjejak seekor beruang yang dilaporkan tersesat sejauh kira-kira 50 Kilometer.

Penduduk turut mengadu pernah terserempak dengan beruang seberat 70 kilogram itu beberapa kali di sekitar kawasan sawah padi.

EZY