Flash mob DUN Seri Setia bantah kenaikan harga

Layari http://www.tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Flash mob bantah kenaikan harga barang

SERAMAI 200 orang kebanyakan anak muda mengadakan flash mob membantah kenaikan harga barang di Tol Sungai Rasau, Klang selama 30 minit bermula jam 5.30 petang kelmarin.

Dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor itu, mereka mempamer poster bantahan dan kalender 2014 berlatar belakang fakta kenaikan harga yang diedar kepada orang ramai.

20131231_180647

Program yang mendapat kerjasama polis itu, disambut hangat penguna lebuh raya yang memberi reaksi positif dengan membunyi hon tanda sokongan.

“Kita menyeru rakyat terutama anak muda bangkit bersama-sama Pemuda PAS Selangor membantah kenaikan kos hidup yang menghimpit. (Harga) barang naik bukan setakat minyak tapi tol, cukai dan sebagainya.

IMG-20131231-WA0025“Insya-Allah, flashmob akan dibuat berterusan di semua daerah di negeri ini,” kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor.

– FZL

Categories
NASIONAL

16 Ditahan Termasuk Wanita Dan Kanak-Kanak (KEMASKINI)

Flash Mob Sogo

KUALA LUMPUR 15 JUN : Seramai 16 peserta termasuk wanita dan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun ditahan ketika mengadakan ?flashmob? sempena Himpunan Suara Rakyat depan gedung beli-belah Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman di sini.

Mereka ditahan selepas memulakan perhimpunan kira-kira jam 2.00 petang tadi.

Di antara yang terawal ditahan, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Eddy Noor Reduan.

Mereka dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.

Flash Mob Sogo 2

Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan.

Peguam, New Sin Yew tiba di balai selepas dimaklumkan oleh seorang aktivis yang ditahan, bagaimanapun beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan aktivis yang ditahan itu.

Flash Mob Sogo 4

Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk meminta kebenaran membuat laporan polis ekoran tidak dibenarkan masuk di Balai Polis yang sama.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata penahanan peserta ‘flashmob’ itu tidak akan menggugat Himpunan Suara Rakyat pada 22 Jun ini.

Flash Mob Sogo 3

” Walaupun 16 peserta ditahan, tetapi masih terdapat 16,000 rakyat masih menunggu untuk ditahan. Ini juga sebagai satu acara mobilisasi untuk himpunan. Apa yang penting kita fokus pada 22 Jun depan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis terbabit.

Dalam ‘flash mob’ tadi, Presiden Solidariti Mahasiswa (SMM), Safwan Anang memaklumkan ‘flashmob’ itu bertujuan untuk mengajak orang ramai turun pada 22 Jun ini.

“Kami bukan ingin menggulingkan kerajaan tetapi kami mahu menolak penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Flash Mob Sogo 5