Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi Dakwa Calon BN Pandan Terlibat Salah Laku Langgar Etika Guaman

Rafizi  Biru 01

PANDAN INDAH, 20 APRIL : Calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa menerima satu surat tidak bernama yang memaklumkan pesaingnya daripada BN, Gary Lim Chin Yee terlibat dalam salah laku melanggar etika dan peraturan guaman.

Dokumen berkenaan mengandungi surat menyurat dari Majlis Peguam kepada Gary Lim apabila beliau gagal berterus terang mengenai statusnya sebagai seorang peguam.

Selain itu, terdapat surat daripada bekas majikan Gary Lim iaitu Shearn Delamore & Co serta salinan laporan polis kerana didakwa menyalahgunakan nama firman guaman itu.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh bekas majikan Gary, Shearn Delamore & Co.

Menurut Rafizi, dakwaan salahlaku ini merupakan satu tuduhan serius kerana ia mempersoalkan kejujuran Gary Lim sebagai seorang profesional.

Rafizi  Biru 02Katanya lagi, perkara ini didedahkan bukan bertujuan serangan individu sebaliknya berkaitan soal kreadibiliti dan integriti calon yang bakal diangkat mewakili Parlimen Pandan.

“Jika Gary Lim tidak boleh mematuhi etika dan peraturan guaman, ada risiko bahawa beliau juga tidak boleh dipercayai sebagai wakil rakyat.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya mendedahkan perkara ini kepada pengundi Pandan agar mereka dapat memilih salah seorang wakil rakyat yang bersih, amanah, beretika dan boleh dipercayai,” katanya selepas pengumuman calon bertanding.

Jelasnya lagi, tugas peguam tertakluk kepada undang-undang yang ketat serta melibatkan kepercayaan pelanggan kepada beliau.

Berdasarkan keterangan laporan polis yang dibuat bekas majikan Gary Lim, beliau menyertai firma berkenaan sebagai Pembantu Undang-undang pada 2 November 2000 sebelum meninggalkan firma berkenaan pada 8 Ogos 2004.

Beliau kemudian menyertai semula firma berkenaan pada 1 September 2007 sebagai Pembantu Undang-undang Senior dan dinakkan pangkat sebagai rakan kongsi berbayar (Salaried Partner) pada 1 Oktober 2008.

Beliau akhirnya meletakkan jawatan dari firma berkenaan pada 30 Oktober 2011.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan calon BN yang ditampilkan kali ini bersih dari sebarang salah laku dan melepasi saringan layak menjadi calon.

Kerusi Parlimen Pandan menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Rafizi Ramli mewakili PKR, Gary Lim Chin Yee (MCA-BN) dan Allan Tan (Bebas).

Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi, Iskandar Yakin Manifesto PR Tarik Sokongan

rafizi pandan penyokong

PANDAN INDAH, 20 APR : Calon Pakatan Rakyat di kawasan Pandan akan menumpukan kempen terhadap penerangan manifesto gagasan tersebut yang telah dilancarkan sebelum ini sebagai usaha mengambil hati pengundi.

Calon kerusi Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau turut akan memberi tumpuan terhadap masalah jenayah yang membelenggu kawasan itu yang terletak berhampiran ibu kota negara.

Beliau juga yakin akan mendapat sokongan pengundi terhadap dasar-dasar yang ditawarkan oleh PR di dalam manifestonya yang berjudul ?manifesto rakyat?, walaupun berhadapan persaingan yang sengit bagi kerusi Pandan.

“Sekarang mood rakyat adalah membawa perubahan. Pertembungan tiga penjuru ini adalah pertembungan terbuka dan kita akan melakukan yang terbaik,? katanya apabila ditemui di pusat pencalonan Dewan Perbandaran Ampang Jaya.

Parlimen Pandan bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Rafizi, Gary Lim Chin Yee dari BN dan calon bebas Allan Tan.

Allan, yang menggantikan penyandang Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Ting Keat akan menggunakan simbol gajah.

Sementara Dun Chempaka menyaksikan pertembungan satu lawan satu diantara penyandang PRU-12, Iskandar Abdul Samad dan calon Umno-BN Muhammad Faizal Sufar.

Iskandar berkata beliau akan memberikan tumpuan terhadap manifesto PR selain bertanding secara matang.

Beliau berharap kempen kali ini berlangsung sihat tanpa perlu ada serangan peribadi.

“Kita akan memberikan yang terbaik. Kita akan memberikan fokus kepada pencapaian kita sepanjang lima tahun sama ada dari segi pencapaian Kerajaan Negeri dan pencapaian yang kita lakukan di peringkat Dun,” katanya.

Sementara Dun Teratai pula membabitkan persaingan lima calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang melibatkan Tiew Way Keng dari DAP dan calon Gerakan-BN, Liew Pok Boon.

Sementara tiga lagi calon Bebas adalah penyandang PRU-12, Jenice Lee yang akan menggunakan simbol pokok, Pengerusi Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai (simbol kunci) dan Timbalan Presiden Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (GPBKSWPKL) Chin Kok Keong pula menggunakan lambang bunga.

Semua nama calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus SPR, Abdul Halim Hussain dan tiada calon yang ditolak.

Dianggarkan hampir 2,500 orang penyokong calon bertanding hadir pada proses penamaan calon Abdul Hamid Husin.