Categories
NASIONAL

Gempa: 17 masih hilang di Gunung Kinabalu

RANAU, 6 JUN: Empat belas pendaki Gunung Kinabalu dan tiga malim gunung dilaporkan hilang dan masih belum ditemui berikutan kejadian gempa bumi berkekuatan 5.9 pada skala Richter di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau Supt Mohd Farhan Lee Abdullah, yang menyatakan perkara ini, turut mengesahkan bahawa seorang malim gunung dari Sabah dan seorang murid perempuan dari Singapura meninggal dunia di kawasan gunung itu dalam kejadian bencana semalam.

gempa2Malim gunung berkenaan dikenali sebagai Robbi Sapinggi, 30, dari Kampung Kiau, Kota Belud, manakala murid perempuan itu pula Wee Ying Ping Peony, katanya pada sidang akhbar di Pusat Gerakan Operasi Taman Kinabalu di sini, hari ini.

Satu sumber memberitahu bahawa 14 pendaki yang hilang itu merupakan pelancong iaitu lapan rakyat Singapura, tiga rakyat Malaysia dan masing-masing satu rakyat China, Filipina serta Jepun.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, yang merupakan kejadian gempa terkuat di Malaysia setakat ini, melanda kawasan Ranau pada pukul 7.15 pagi semalam.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran-gegaran kecil sehingga malam tadi dan ia turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

BERNAMA

Categories
NASIONAL

California dilanda gempa bumi terkuat sejak 25 tahun, 100 cedera

CALIFORNIA 25 OGOS: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda utara San Francisco awal hari ini menyebabkan kira-kira 100 orang cedera, kerosakan pada bangunan bersejarah dan kediaman terbakar serta gangguan bekalan elektrik di sini.

gempa caliAgensi berita Reuters melaporkan gempa yang dianggap paling kuat di negeri itu sejak 25 tahun mencemaskan penduduk yang sedang tidur apabila ia melanda pada kira-kira jam 3.20 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa pada 10 kilometer selatan bandar raya Napa terletak kira-kira 80 kilometer timur laut San Francisco.

Ketua Bomba tempatan, John Callahan berkata, tidak dapat dipastikan sekiranya terdapat kematian tetapi tiga orang mengalami kecederaan parah termasuk seorang kanak-kanak selepas dihempap tempat pendiangan.

GempaEnam kebakaran berlaku termasuk membabitkan enam buah rumah bergerak.

Sementara itu, Pusat Perubatan Queen of the Valley berkata, pihaknya merawat kira-kira 120 pesakit yang cedera akibat gempa bumi itu.

Gempa bumi berkenaan dirasai di sepanjang Teluk San Francisco.