Categories
GLOBAL

Gempa bumi 6.5 skala gegar Laut Jawa

INDONESIA 19 OKT: Satu gempa bumi kuat berlaku jam 8.25 pagi di latitud 5.31 Selatan longitud 107.99 Timur dengan magnitud 6.5 dan kedalaman 644km ,di Laut Jawa, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan ia berada di kedudukan 149 km Timur laut Bekasi, Indonesia. 750 km barat daya Tebedu, Sarawak.

Menurut laporan Tempo.com menyatakan Kepala Pusat Data, Informasi, dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho, berkata tidak ada korban luka ataupun korban meninggal akibat gempa tersebut.

gempa-2“Sampai saat ini, tidak ada korban,” katanya ketika dihubungi Tempo.com

Menurut data dari BNPB, gempa tersebut tidak berpotensi menimbulkan tsunami. Namun, gempa itu terasa di beberapa wilayah Jawa Barat.

Beberapa daerah yang turut merasakan gegaran akibat gempa itu adalah Cikarang, Indramayu, Cirebon, Cianjur, dan lain sebagainya.

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Myanmar, tiga terbunuh

YANGON, MYANMAR 24 OGOS: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak dalam kejadian gempa bumi dengan magnitud 6.8 melanda tengah Myanmar.

Pusat Ukuran Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa itu berlaku pada 4:04 petang (6.34 petang waktu Malaysia) di 143 kilometer barat Meiktila pada kedalaman 84 kilometer.

Pusat gempa itu terletak di 217 kilometer (km) barat laut Monywa, Myanmar dan 1,687 km barat laut Padang Besar, Perlis.

Gempa bumi itu menggegarkan bangunan di seluruh negara itu malah gegaran boleh dirasai sehingga Bangkok dan Bangladesh selama beberapa saat.

14064133_1063898733659342_2896522502633683405_nMenurut saksi penghuni dalam bangunan di bandar raya ini dan beberapa bandar lain dapat merasai gegaran kuat.

Menurut beberapa laporan gempa kuat itu telah menyebabkan beberapa kuil purba runtuh dan rosak teruk di bandar lama Bagan.

Kawasan tersebut, yang disebut sebagai Angkor Wat Kambodia, mempunyai lebih dari 2,000 kuil dan pagoda.

EZY

Categories
NASIONAL

Angka korban gempa bumi Ecuador meningkat

ECUADOR 17 APR : Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.8 di Ecuador meningkat kepada 77, selain menyebabkan rumah dan jejantas runtuh.

Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu, yang terkuat melanda negara berkenaan, berpusat 27 kilometer ke selatan tenggara Muisne, kawasan perikanan tidak ramai penduduk yang popular di kalangan pelancong.

CgNRYmCUkAAmaXaTimbalan Presiden Jorge Glas, berkata angka kematian mungkin meningkat apabila laporan dari kawasan paling teruk terjejas mula diterima.

Agensi berita antarabangsa melaporkan kira-kira 600 cedera dengan enam kawasan diisytiharkan zon darurat.

Kawasan itu adalah wilayah Guayas, Manabi, Santo Domingo, Los Rios, Esmeraldas dan Galapagos.

EZY

Categories
SELANGOR

Bomba terima panggilan kecemasan gempa bumi Sumatera

SHAH ALAM 2 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima beberapa panggilan kecemasan daripada orang ramai yang mendakwa beraku gegaran di Petaling Jaya, Shah Alam dan Kajang.

Laporan pertama diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya yang melaporkan berlakunya gegaran di Flat PKNS.

dw-sumatra-earthquake-160302cropBalai Bomba dan Penyelamat Shah Alam turut menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 malam membabitkan aduan gegaran di flat Blok A, Seksyen 26, Kampung Baru Hicom, lapor Astro Awani.

Selain itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kajang turut menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 malam membabitkan aduan gegaran yang dirasai di Tiara Park Home, Taman Bukit Ria, Kajang.

Bagi semua laporan berkenaan, anggota bomba telah dihantar untuk membuat pemantuan di lokasi-lokasi berkenaan.

FB Bomba

Tindakan anggota bomba kini adalah membuat pemantauan ke atas lokasi-lokasi yang terlibat.

Perkembangan tersebut dipercayai susulan daripada kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.9 magnitud melanda kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, pada jam 8.49 malam waktu Malaysia.

Agensi Pemantau Geological Amerika Syarikat (USGS) pada mulanya menyatakan gempa itu sekuat 8.2 magnitud sebelum menurunkannya kepada 8.1 dan kemudian 7.8.

Sementara itu, Pengarah Education Malaysia di Jakarta, Dr Juzhar Jusoh ketika dihubungi BERNAMA berkata, semua 314 pelajar Malaysia di Aceh dan 78 pelajar di Andalas, Padang diarah supaya berpindah ke tempat yang selamat.

Katanya, semua ketua-ketua pelajar dimaklumkan supaya mengikut arahan ditetapkan dan pihak Education Malaysia sedang menguruskan keperluan pelajar.

“Kita sedang memantau keadaan dan menghubungi ketua pelajar dan setakat ini kesemua pelajar  tahu apa yang harus mereka lakukan. Mengikut laporan yang diterima, pelajar memberitahu gempa kali ini terasa kuat di Padang dan masa yang berlaku agak lama,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa di Malaysia tidak perlu bimbang kerana Education Malaysia mempunyai sistem prosedur bagi menghadapi sebarang bencana alam dengan melantik seorang ketua bagi setiap 10 orang pelajar.

Juzhar berkata, menerusi sistem itu, semua ketua pelajar akan memastikan anggota kumpulannya dapat berhimpun dan tiada sesiapa yang akan ketinggalan.

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa bumi kuat 7.9 landa Sumatera, tiada amaran tsunami di Malaysia

JAKARTA 2 MAC: Gempa bumi kuat menggegar Sumatera pada kekuatan 7.9 pada skala richter menurut laporan United States Geological Survey (USGS).

Ekoran itu amaran tsunami turut diumumkan sesetengah kawasan di Indonesia.

Setakat ini belum ada laporan kemalangan dan kecederaan ekoran gempa bumi itu.

dw-sumatra-earthquake-160302cropGempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer, dengan pusat gempa dikesan pada kedudukan 808 kilometer barat daya Padang.

Berdasarkan laporan MetMalaysia, gegaran tersebut mungkin dirasai di Shah Alam, Subang dan Klang di negeri Selangor.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk Malaysia.

Indonesia, terutama Acheh, dilanda tsunami yang teruk pada 2004.

Negara ini terletak di kawasan “Lingkaran Api Pasifik”, zon yang sangat aktif, di mana plat yang berbeza di kerak bumi bertemu dan menyebabkan sejumlah besar gempa bumi dan gunung berapi.

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa bumi Taiwan: 35 disahkan maut, lebih 100 masih terperangkap

TAIWAN 8 FEB: Angka kematian akibat gempa bumi 6.4 skala magnitud di Taiwan meningkat kepada 35 mangsa dengan lebih 100 masih dalam senarai hilang di bawah runtuhan bangunan 17 tingkat.

Agensi berita antarabangsa, REUTERS melaporkan pasukan mencari dan menyelamat terus berusaha gigih mengeluarkan mangsa terperangkap di bawah timbunan struktur konkrit bangunan.

Cagw-YDUYAA0uFQPemerintah Taiwan dalam kenyataan berkata 33 daripada 35 yang maut adalah dari bangunan Wei-Guan tersebut, manakala 117 lagi masih belum ditemui.

Presiden Ma Ying-jeou dijadualkan melawat zon bencana pada petang Isnin, selain Tsai Ing-wen, yang memenangi pilihan raya presiden bulan lalu.

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa Taiwan: 132 masih terperangkap dalam runtuhan

TAIWAN 7 FEB : Keseluruhan 132 mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan menara pangsapuri di Taiwan yang runtuh dalam gempa bumi kuat awal pagi semalam, kata pegawai kerajaan.

Agensi berita antararabangsa, REUTERS melaporkan angka itu lebih tinggi berbanding anggaran awal pihak berkuasa.

Cagw-YDUYAA0uFQPasukan penyelamat meneruskan usaha menyelamat di bangunan 17 tingkat di Tainan menggunakan anjing pengesan dan peralatan akustik, mencari petanda ada mangsa yang masih hidup.

Dipercayai 29 daripada mangsa terperangkap lebih mudah diselamatkan berbanding bakinya yang tertimbus jauh di dalam runtuhan, kata pegawai kerajaan Tainan.

Sementara itu dilaporkan 18 terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat yang menggegar negara itu pada kekuatan 6.4 skala richter semalam.

EZY

Categories
NASIONAL

Dua gempa bumi landa Ranau

KUALA LUMPUR 8 NOV: Dua gempa bumi melanda Ranau, Sabah pada awal hari ini, dengan kejadian pertama pada 12.27 malam tadi dan kedua pada 3.40 pagi.

Ranau gempaJabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media melaporkan gempa bumi pertama berukuran 2.9 pada skala Richter manakala gempa kedua berukuran sederhana 5.3 pada skala Richter.

Kejadian kedua-dua gempa berkenaan menyebabkan gegaran berlaku di Ranau, menurut kenyataan itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Abang tak sangka gempa ragut nyawa adik selepas sebulan jadi malim

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KOTA BELUD, 16 JUN: Manusia hanya mampu merancang tetapi tuhan juga menentukan segala-galanya.

Itu yang berlaku terhadap malim Gunung Kinabalu, mendiang Joseph Salungin yang terkorban dalam kejadian gempa bumi, pada 5 Jun lalu .

Abang mendiang, Marius Salungin, 46, berkata kejadian meragut nyawa Joseph itu berlaku hanya sebulan selepas adiknya memutuskan kembali berkerja sebagai malim Gunung Kinabalu.

SABAHkeluarga joseph (4)“Dulu, dia memang pernah jadi malim gunung tetapi berhenti selepas dapat kerja bahagian perakaunan sebuah syarikat.

“Selepas beberapa tahun bekerja di pejabat, kira-kira sebulan lalu dia memutuskan kembali jadi malim.

“Tak sangka, akhirnya dia terkorban dalam gempa bumi  itu,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Kerajaan Selangor, di Kampung Kiau Teburi, di sini, semalam.

Marius berkata,  Joseph tidak menunjukkan sebarang tanda luar biasa ketika kali terakhir bercakap melalui telefon.

Dalam kejadian gempa 5 Jun lalu, Joseph, 33, adalah salah seorang dari empat malim gunung yang terkorban.

Mendiang adalah anak bongsu daripada 11 beradik dan meninggalkan isteri serta dua anak berusia dua dan empat tahun.

EZY

Categories
SELANGOR

Misi bantuan gempa berjaya, 220 individu & organisasi terima faedah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KOTA KINABALU, 16 JUN: Misi bantuan kemanusiaan Kerajaan Selangor kepada mangsa terjejas akibat gempa bumi di Sabah disifatkan berjaya, malah turut dianggap antara terbaik.

Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Kerajaan Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata ini berikutan usaha gigih dan kerjasama erat antara pemimpin tempatan, pertubuhan Misi Kemanusiaan Selangor (PANTAS) dan Kerajaan Selangor.

SABAHSumbangan kepada penduduk kg poring (8)“Pasukan PANTAS terlebih dahulu tiba di sini dan dibantu aktivis tempatan, mereka mengenal pasti individu dan pihak yang memerlukan bantuan.

“Tugas mereka sangat penting dalam memastikan sumbangan dihulurkan tepat ke golongan sasaran.

“Antaranya termasuk 90 malim gunung yang masih aktif, keluarga malim terkorban, penduduk kampung, peniaga, rumah ibadat dan lain-lain,” kata Dr Daroyah dalam sidang medianya di Pejabat Adun Inanam di sini, semalam.

Selain 90 malim, turut menerima bantuan adalah 21 ahli radio amatur yang turut sama terlibat dalam operasi menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Seramai 28 keluarga mendiami Flat SMK Ranau dan 26 lagi kuarters Hospital Ranau juga diberi bantuan selepas bangunan kediaman mereka mengalami kerosakkan teruk akibat gempa bumi.

“Pihak bertanggungjawab dah periksa dan mendapati harus dikosongkan kerana tidak selamat didiami.

“Diharap bantuan ini meringankan beban guru dan kakitangan hospital yang terpaksa menyewa, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan nanti,” kata Dr Daroyah lagi.

Sementara itu 10 penduduk Kampung Poring diberikan sumbangan kerana rumah mereka mengalami kerosakkan dan 31 lagi merupakan peniaga Poring Hot Spring yang terjejas.

Masjid Pekan Ranau, Gereja dan Tokong Pekan Ranau merupakan antara rumah ibadah terjejas akibat gempa bumi yang menerima sumbangan.

Sebuah rumah anak yatim, Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Penduduk Kampung Pinolobu turut menerima sumbangan masing-masing.

EZY

Categories
NASIONAL

Kurang dua minggu, Sabah gempa lagi hari ini

SHAH ALAM, 13 JUN: Sabah dilanda satu lagi gempa awal pagi ini selepas lapan hari kejadian pertama yang meragut 18 nyawa.

Gempa SabahJabatan Meteorologi Malaysia melaporkan di Facebook, gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter itu berlaku pada jam 2.29 waktu tempatan, 25 kilometer dari Kota Belud.

Memetik Malaysia Kini, Gegaran dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Dalam gempa bumi lalu yang berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura turut terkorban di Gunung Kinabalu.

Lebih daripada 130 orang yang mendaki gunung itu terkandas tetapi berjaya diselamatkan.

Categories
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN ucap takziah kepada mangsa gempa bumi di Sabah

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Tragedi gempa bumi 6.0 pada skala Richter yang berlaku di Ranau, Sabah semalam cukup menyedihkan.

Bagi pihak KEADILAN, saya ingin memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga 11 mangsa tragedi dan 8 pendaki yang masih belum ditemui.

Tiada kata yang dapat menebus nyawa, maka kita hanya boleh redha dengan ketetapan Yang Maha Esa.

Gempa SabahSaya ingin merakamkan juga rasa penghargaan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Semoga Allah mempermudah segala urusan mereka, agar para pendaki semuanya akan dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Kita berharap, semua pihak bekerjasama untuk memberikan pertolongan dan bantuan yang diperlukan bagi meringankan bebanan mangsa, Insya Allah.

Marilah kita mengambil iktibar dari kejadian ini untuk sentiasa bersiap sedia serta menambahbaik persiapan bagi menghadapi segala macam bencana dan malapetaka, tidak kira bencana semulajadi atau buatan manusia.

*Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden KEADILAN