Categories
NASIONAL

Biro Pengguna PKR: Bantu penoreh, jangan tunggu harga getah jatuh sampai RM1.40/kg

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 24 APRIL : Kerajaan Pusat perlu mengkaji mekanisme menyeluruh bagi mengatasi kejatuhan harga komoditi getah yang menurun teruk sejak 2011 hingga kini menjadikan harganya sebanyak RM1.80 sekilogram (kg).

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Shari berkata dalam keadaan ekonomi sara hidup yang meningkat, sudah tiba masa Kerajaan Pusat mencari penyelesaian menyeluruh menangani masalah itu.

getah kain rentang 1.80Katanya, dengan penurunan harga komoditi itu secara berterusan, golongan petani akan terus terhimpit dan tertekan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Harga getah yang secara berterusan menyusut ke paras cukup rendah ketika ini, ia adalah satu nilai yang tidak munasabah dalam keadaan ekonomi ketika ini.

“Kita memahami dari sudut persaingan, tetapi jika dibandingkan dengan harga komoditi sawit, ia mengalami peningkatan walaupun ada ketika ia turun,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Yahya berkata sekiranya dibiarkan, tidak mustahil harga komoditi itu mengalami penyusutan sehingga ke paras RM1.40 kg.

“Jika perkara itu berlaku, bagaimana pekebun kecil dapat menjalani kehidupan harian mereka?,” soalnya.

Beliau berpendapat sekiranya perkara itu masih berterusan, tidak mustahil kerajaan akan berdepan dengan kebangkitan gerakan penduduk desa yang menuntut kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.

yahya saari permatang 30 apr 02“Kerajaan perlu ingat insiden demonstrasi Baling 1974, jadi tidak mustahil ia akan berulang kembali. Jika rakyat di kota sudah bangkit, kini gerakan desa pula akan menuntut.

Sehubungan itu, katanya, Menteri yang bertanggungjawab perlu memperhalusi dan mengambil tindakan serius dalam menyelesaikan masalah itu.

Pada 2011, harga getah mula mengalami penurunan daripada RM5 kg kepada RM4.50 kg. Namun, ia terus merundum ke tahap RM2.40 kg seterusnya menjadikan harganya sebanyak RM1.90 kg sahaja awal tahun ini dan kini mencecah RM1.80 kg.

Ini kerana, ketika harga getah jatuh merudum, musim kemarau yang melanda negara pula menyebabkan susu getah hanya sedikit, dan dalam masa yang sama, kos sara hidup melonjak naik.

Penurunan harga itu menyebabkan beberapa siri demonstrasi dilakukan oleh penoreh getah yang terhimpit, malah lebih malang lagi apabila tiba musim hujan menyebabkan penoreh hilang punca pendapatan.

getah turun demoBaru-baru ini, sekumpulan warga peneroka Felda Kampung New Zealand, Maran, di Pahang membuat demonstrasi berhubung kejatuhan harga getah itu.

Manakala, Februari lalu, bantahan itu turut dilakukan oleh penoreh getah di Baling, Kedah, yang meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah sehingga menjejaskan perbelanjaan harian mereka.

EZY

Categories
NASIONAL

Harga Getah terus jatuh, peneroka tekad demo di kubu kuat Umno

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 23 APRIL : Sekumpulan peneroka tekad membuat demonstrasi di kubu kuat Umno menggesa Kerajaan Pusat memainkan peranan dalam mengawal kejatuhan harga getah yang sehingga kini menjadi RM1.80 sekilogram (kg).

Beberapa laman blog dan laman sosial Facebook memaparkan sekumpulan warga peneroka Felda Kampung New Zealand, Maran, di Pahang membuat demonstrasi berhubung kejatuhan harga getah itu, baru-baru ini.

getah kain rentang 1.80Peneroka terbabit dilihat berani membuat demonstrasi walaupun kawasan terbabit yang merupakan kawasan kubu kuat Umno dan penduduknya bergantung pendapatan utama dengan hasil getah.

Bantahan itu turut dilakukan oleh penoreh getah di Baling, Kedah, Februari lalu yang meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah sehingga menjejaskan perbelanjaan harian mereka.

Ketika itu, harga getah dikatakan turun sehingga RM1.90 kg hanya dalam tempoh beberapa minggu tahun ini.

Penurunan itu antara yang paling tinggi sehingga menimbulkan keresahan mereka yang
mengusahakan tanaman terbabit.

getah turun demoHarga getah mengalami penurunan dengan mendadak pada kadar RM1.90 kg daripada sekitar RM2.70 dan RM2.40 kg.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebelum ini berkata penurunan mendadak harga getah itu bakal membuka ruang krisis sosio-ekonomi baru rakyat Malaysia sekiranya keadaan ini berterusan.

Katanya, ia akan berlaku ekoran tiada langkah proaktif dari Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah ini juga bakal mengakibatkan kadar pendapatan jatuh lebih rendah dari tahap kemiskinan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), penurunan harga getah sudah bermula . Kalau kita perhatikan sejak PRU 2008 dulu, ia berada di puncak kestabilan harga sama ada komoditi sawit dan getah.

“Tapi memang secara perlahan-lahan sejak tahun 2010 harga getah memang mula turun dan hari ini berada di suatu tahap rendah sekitar RM2.70 sekilo,” katanya kepada Selangor Kini.

johari-abdulPengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul juga mengaitkan penurunan harga getah itu dengan demontrasi Baling 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, tindakan itu berjaya menunjukkan kuasa rakyat miskin yang seolah dicabar oleh Kerajaan Pusat dan ia berkemungkinan boleh berlaku jika keadaan itu berulang.

Namun, katanya, keadaan petani masih tidak berubah dan kerajaan masih gagal mengatasi masalah kejatuhan harga getah.

Dalam demonstrasi Baling itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan bahawa penduduk di Baling mati kerana kelaparan akibat kemiskinan.

Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan.

Tahun lalu, Ketua Umum itu mencadangkan satu perancangan khusus dan praktikal bagi tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk menyelesaikan masalah itu.

PKR menggariskan prinsip program penstabilan harga antaranya satu Tabung Kebajikan Komoditi Negara wajar ditubuhkan dengan sumbangan asas sebanyak RM100 juta oleh Kerajaan Pusat.

EZY

Categories
NASIONAL

Mahasiswa tuntut kerajaan tetap harga lantai getah RM4 sekilogram

SHAH ALAM, 9 APRIL: Mahasiswa mendesak Kerajaan Pusat segera menyediakan pelan tindakan bagi memastikan harga getah tidak mengalami kejatuhan yang teruk.

Sekumpulan mahasiswa diketuai Pengerusi Gerakan Mahasiswa SEDAR, Khairol Najib Hashim berhimpun di hadapan Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Pusat supaya menyelesaikan isu getah secepat mungkin.

Mereka juga menuntut supaya harga lantai ditetapkan pada kadar RM4 sekilogram dan bertepatan dengan kos sara hidup rakyat Malaysia.

10151802_3989251705478_6664820642754475014_nKhairol berkata, beliau kecewa kerana dengan ahli parlimen daripada Barisan Nasional (BN) yang tidak keluar untuk menerima memorandum daripada mahasiswa.

Walaubagaimanapun, mereka sempat menyerahkan memorandum kepada beberapa Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hatta Ramli, Nik Abduh, Khairuddin At-Thakiri, Dato’ Mahfuz Omar dan Nasaruddin Hassan sebagai usaha supaya isu itu tetap dipandang serius untuk dibincangkan di Parlimen.

“Kami daripada Gerakan Mahasiswa SEDAR akan tetap meneruskan usaha bagi menyelesaikan isu ini. Langkah seterusnya,kami akan ke pejabat Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani.” katanya.

Penyerahan memorandum itu turut dihadiri wakil front mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS),Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro Mahasiswa Nasional (PRO MN) dan Sisters In Movement (SIM).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Harga getah jatuh RM1.90 sekilo, Kerajaan Pusat patut bertindak segera

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 FEB: Penurunan mendadak harga getah pada kadar RM1.90 sekilogram bakal membuka ruang krisis sosio-ekonomi baru rakyat Malaysia sekiranya keadaan ini berterusan.

Ekoran tiada langkah proaktif dari Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah ini juga bakal mengakibatkan kadar pendapatan jatuh lebih rendah dari tahap kemiskinan.

menoreh getahPengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, kengganan Kerajaan Pusat membuat kajian berhubung saranan ANAK supaya stok pengimbal diwujudkan sebagai persediaan berlakunya penurunan harga getah merumitkan lagi keadaan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), penurunan harga getah telah bermula .Kalau kita perhatikan sejak PRU 2008 dulu, ia berada di puncak kestabilan harga sama ada komoditi sawit dan getah.

“Tapi memang secara perlahan-lahan sejak tahun 2010 harga getah memang mula turun dan hari ini berada di suatu tahap
rendah sekitar RM2.70 sekilo,” katanya kepada Selangor Kini.

Minggu lalu, beberapa penoreh getah di Baling Kedah meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah sehingga menjejaskan perbelanjaan harian mereka.

Harga getah dikatakan turun mendadak sehingga RM1.90 sekilogram hanya dalam tempoh beberapa minggu tahun ini.

mazlan aliman_1Penurunan itu antara yang paling tinggi sehingga menimbulkan keresahan mereka yang mengusahakan tanaman ini.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan penurunan harga getah dari RM2.80 sehingga RM2.50 dan terbaru turun sehingga RM1.90 sekilogram.

Jelasnya, sehingga kini Kerajaan Pusat masih lagi tidak menyatakan tindakan bersepadu yang bakal diambil bagi mengatasi masalah pendapatan penoreh getah termasuk pemberian subsidi.

“Bila harga getah jatuh, satu faktor yang kita perlu faham, ada penoreh getah ini yang mereka tak toreh sendiri. Mereka upah orang dan yang kelazimannya dibahagi dua, sudah tentu pendapatan pekebun-pekebun kecil begitu rendah.

“Untuk pemberian subsidi kita desak perincian segera perlu dibuat. Saya percaya ramai pekebun dan penoreh getah yang memperoleh pendapatan dibawah RM500,” katanya lagi.

EZY